Tuesday, September 25, 2012

Betul Ke Amirul Mahu Melamar Tanpa Bercinta?

Assalammulaikum!

Lihat tajuk di atas, tiada siapa yang bertanya pada aku soalan begitu. Entri kali ini hanya mengupas pandangan aku cinta selepas kahwin. Kenapa aku asyik bercerita tentang hal percintaan, lamaran dan perkahwinan ini? Tidak ada apa-apa, hanya meluahkan apa dirasa dalam sukma.

Pertama. Sudah tentu, bagus.
Kedua. Sudah tentu, menjaga ahklak
Ketiga. Sudah tentu menjaga, pandangan.
(Cakap macam orang alim saja)

Secara jujurnya, aku tak mahu melecehkan diri aku ini. Kalau suka terus kahwin. Memang kenal-kenal, tapi tak "Emm" lah kan. Kalau sudah kahwin mesti ada "Emm" (Amboi, kau ini Amirul baru 19 tahun sudah mengatal!) So, what?

Merancang kehidupan itu penting, termasuk hal perkahwinan. Rancang sesuatu pada diri kita, adakah mencari pasangan itu perlu kahwin atau couple dulu sebelum kahwin? Ia memerlukan sebuah perbahasan pada sendiri dan menundukkan kehendak nafsu yang degil ini, seperti aku.

Sememangnya aku mahu kahwin tanpa bercinta. Wah! (Aku tak bayang apa-apa pun, ye) Dapat pahala melihat isteri dan menjaga makanan minum aku. Pada saat ini aku dapat rasa apabila "orang masakkan" untuk kita. Seronok dan rasa dihargai. Siapa? Bukan siapa-siapa, pembantu rumah sahaja. Kehkehkeh. Itu pun tangkap feeling pembantu rumah masakkan, yelah hidup mesti ada saling menghargai pasti ada barakah. Haha.

Ya, secara jujur dan ikhlas. Kalau aku sudah mampu dari pelbagai segi bagi melengkapkan diri sebagai seorang suami. Aku akan terus lamar TSO. Walaupun TSO dan aku tidak berhubung lagi seperti sekarang ini. (Memang jarang contact) Aku akan pergi rumahnya dan jumpa wali dia. Simple. Terima atau tidak, tolak ke tepi. Haha! Cakap macam ada bran saja. Kehkehkehkeh!!


Jangan silap rumah lah, kalau aku pergi rumah janda. Anak dia tak dapat, emak dia nak kat aku. Ceh, (Siapa diri aku, cuma insan biasa saja) HAHA!

Babai, itu saja.
Assalammulaikum!

Monday, September 24, 2012

Mimpi Melihat Kaabah.

Assalammulaikum.

Semalam saya tidur lewat. Tidur lena juga sebab ada almari buku baru. Kemudian saya bermimpi fasal kotak Istore yang apple buat tu. Tiba-tiba sahaja, saya berada di dalam Masjidil Haram. Saya melihat kaabah dengan keadaan sempurna, tiada cacat dan kekurangan. Kemudian, badan dalam mimpi itu mengelilingi kaabah itu dalam 90 darjah saja, tidak mengelilingi kaabah itu 360 darjah. Kemudian saya melihat tempat ambil wuduk dengan diperhatikan oleh beberapa orang lelaki.

Pada waktu itu, hati saya rasa cukup hina. Seolah saya mahu menangis apabila melihat kaabah. Saya tahu, saya ini tidak baik, selalu melakukan dosa dan iman entah ke mana. Apabila melihat kaabah itu, hati bergaul dengan perasaan, kekurangan diri, tangisan, dan kesyukuran kerana menjejakkan kaki di kota Mekkah.

Awan, bangunan Masjidil Haram itu, lantai masjid, dan sinaran cahaya dalam mimpi saya itu disinari cahaya PUTIH sehingga kurang jelas orang dihadapan saya termasuk awan, bangunan masjidil haram dan lantai. Cahaya putih itu sungguh menyinar. Ia semacam CGI kalau filem-filem Holywood. Saya melihat kaabah sangat jelas dan cahaya putih itu tidak meliputi kaabah!Seolah memberi ruang mata saya melihat kaabah itu.

Saya tidak tahu maksud mimpi itu. Sudahlah saya bermimpi membaca buku dalam bahasa Inggeris dan perancis yang sememangnya lemah penguasaan saya disertakan ilmu pengetahuan baru dalam bacaan saya dalam mimpi itu. Mimpi baca buku itu berulang-ulang saya hadapi ditambahkan lagi saya faham bacaan saya dalam bahasa inggeri dan perancis! (Kerap dalam Bahasa Inggeris.)

Tapi dalam jiwa saya berkata mimpi melihat kaabah itu disebabkan saya sering melewatkan solat dan melakukan dosa berulang kali setelah beberapa kali bertaubat. Itu yang saya tahu dan sedar, yang lain itu saya tidak tahu.

Ia pengalaman yang baru. Badan saya ketika dalam mimpi itu sungguh nyaman. Saya terlupa sejenak tentang hal duniawi. Saya betul-betul dalam ruang ketenangan yang jelas. Itu saja, saya mahu berkongsi.

Sekian, terima kasih. :D
Assalammulaikum!

Sunday, September 23, 2012

Bolehkah Aku Dapat RM100 Ribu Dalam Masa Dua Bulan?

Assalammulaikum!

Kalau lihat tajuk di atas pasti ia jualan produk atau MLM dengan memujuk anda semua membeli dan melaburkan, Kan? Tetapi ini bukan jualan atau MLM dan sebagainya. Ini sebuah perancangan.

Perancangan mencipta sesuatu luar biasa. Kalau mengikut logik memang boleh, tetapi ketika aku mendalami ilmu falsafah membentangkan idea di atas itu. Pelbagai cabaran akan muncul. Semuanya terletak di bahu aku dan seorang rakan kongsi aku dalam bisnes ini. Cewah, bisnes besar ke? Haha! Macam karya aku Mat Telek : Mihun Goreng Rozita Che Wan tu! ahaha!

Kalau mengikut hukum matematik, memang luar biasa pendapatan tu! Macam mana kira? Adalah. Tapi apa yang pasti. Hahaha! Kalau tercapai angka itu, aku nak lamar si TSO tu! HAHAHA! kompfem ayah dia tak kasih sebab aku tak sambung belajar! Sebenarnya melamar seorang wanita dengan duit 100 ribu ringgit tidak berbaloi. Perlu ada rumah dan kereta. Sekurang-kurangnya ada diploma, untuk menyakinkan orang sekeliling bahawa aku ada kerja tetap.

Baik, aku tipu. Tidak perlu ada diploma. Tetapi perlu ada perancangan masa hadapan yang konkrit dan berwawasan. Aku perlu ingat juga seni mengambil duit dari poket orang sememang sukar dan perlu dipelajari.

Berbalik pada perancangan itu, adakah aku akan melamar TSO? Aku tidak tahu. Tapi apa yang aku tahu, aku mahu buka kedai buku di berhadapan Klang Parade. Perrggghh, cakap macam orang berjaya saja.

Sebab apa aku tidak tahu, aku tidak tahu bahawa dia bersedia atau tidak. Ini soal hati dan perasaan. Bukan soal beli kereta Ferrari atau Honda. Sebenarnya aku tahu, TSO sememang tiada hati dengan aku. Aku akan menjalani hidup meniaga dan meniaga dalam dunia perniagaan yang aku suka tanpa diteman oleh seorang wanita yang aku dambarkan. Cewah ayatnya...

Sesungguhnya, semua ini berasal dariNYA. Sememangnya aku tidak terdaya sekiranya DIA tidak mengizinkan aku memberi sebahagian rezekiNYA yang luas itu.

Mood "berangan-angan"

Wednesday, September 19, 2012

Menulis Sinopsis-Pengalaman Baru.

Assalammulaikum,

Kali ini sudah dua kali sinopsis saya ditolak. Pertama bukan kerana susunan plot dan konflik tidak bagus, sebalik saya menghantar contoh manuskrip! Kedua pula, sinopsis ditulis tidak jelas dan bahasa tidak lengkap. Jadi, akhirnya saya memohon bantuan dari rakan penulis saya. 

Sekarang saya sedang tunggu, lampu hijau dari sifu saya! Semoga berjalan dengan lancar dan harmoni. Amin.

Assalammulaikum!

Thursday, September 13, 2012

Aku Mahu Kahwin Lari! Serius!

Assalammulaikum !

Itulah terjadi. Semenjak TSO meninggalkan aku (Cewah, ayat kecewa menonggek, padahal TSO , tak pernah meninggalkan aku pun, sebab kami memang tak ada apa-apa pun) Atau lebih tempat sebab aku cinta pada dia. Aku mahu kahwin lari bersama sang kekasih aku yang sejati. Oh, dia setia memberi semangat kepada aku dan menyedarkan aku selama ini. Kesedaran itu juga aku melawan orang-orang yang pandang serong pada aku yang mahu kahwin lari dengan dia dan tinggal satu tempat yang jauh dari manusia-manusia yang tidak percaya pada Allah Yang Maha Berkuasa.Serius aku mahu kahwin.

Serius, sesungguhnya beliau bukanlah perempuan atau wanita (Apa Amirul Gay ke?) dan juga bukannya lelaki. Tapi siapakah dia dan dari mana dia berasal? Adakah dari Planet Marikh? Haha. Bukan dan semestinya apa yang aku maksudkan adalah ilmu. Ya, ilmu. Ilmu yang aku sangat sanjungi dan cinta yang berada dalam carta cinta pada kehidupan aku.

Aku tak mahu membebel lagi, nanti aku akan sambung entri pada masa dan hari lain. Sebab aku buat entri mahu tingkat trafik blog ini sahaja, sebab sudah tentu pembaca blog ini akan klik pada blog aku mahu membaca selanjutnya lagi-lagi TSO, kalau dia nak baca lah (Angkat tangan ke bahu dan mata pandang ke atas sambil muka memcebik) Haha.

Baik,
Assalammulaikum!

Monday, September 10, 2012

Hari Pertama Dan Semalam

Assalammulaikum !

Saya miliki blog yang nama domain sangat unik dan kreatif. Semalam saya menerbitkan beberapa informasi baru yang kurang diambil perhatian oleh blog informasi lain. Ternyata semalam dalam satu malam sahaja blog itu menerima pelawat sebanyak 262 orang pada pukul 6 petang hingga 12 malam. Walaupun ia nampak sedikit, tetapi motivasi saya untuk terus dalam dunia internet ini.

Pada hari ini 10/9/2012 dan rabu minggu ini ada sesuatu yang menunggu kita. Iaitu pelancaran iphone 5! Itu tentang dunia gajet. Bagaimana pula dunia TSO? Pada hari ini 10/9/2012 bersamaan hari isnin. TSO menghadiri kuliah yang pertama, kumpulan yang pertama dan kerja kuliah yang pertama. Jadi hari ini adalah hari pertama. Dan saya pula? Apa yang saya dapat pada hari isnin ini? Saya menerima berita bahawa penerbit yang terkemuka di Malaysia mempelawa pada penulis-penulis dibawah didikan Cikpuan Azzah untuk menulis buku terbitan mereka!

Apa perasaan anda apabila orang besar negara mempelawa anda datang ke rumah mereka dan orang-orang di dalam rumah itu telah berjaya membikin duit yang banyak dan popular? Tetapi ini bukan soal popular, ini soal kualiti. Sesungguhnya mereka menjemput menulis untuk sebuah buku adalah kerana kualiti penulis-penulis Alumni Akademi Hero. Bukan karya mereka menjadi rebutan pujaan ramai (walaupun itu satu faktor). Dan saya percaya penulis yang baik ada tempat mereka di industri kreatif ini.

Untuk mencapai matlamat menulis dibawah naungan penerbit yang besar dan terkemuka di Malaysia perlu juga menghantar sinopsis karya walaupun kita sendiri dijemput. Dan saya setuju untuk menghantar sinopsis itu. Terima atau ditolak itu belakang kira. Apa yang penting dan diberikan keutamaan adalah mencuba peluang yang diberikan olehNYA dan selepas berusaha hingga kepuncak kita hanya perlu bertawakal kepadaNYA.

Semalam juga, salah satu karya saya diterima oleh penerbit bebas tempatan. Ia sebuah cerpen. Ceritanya bermula apabila saya mahu rakan penulis saya membina nama sebagai penulis bersama. Peringkat awal saya mencadangkan kepadanya untuk menulis sebuah blog yang diciptakan bersama. Rakan penulis saya tidak mahu dan mengajak saya menyertai projek penulisan dibawah terbitan rakan saya itu. Sesungguhnya penerbit bebas yang baru mula bertapak memang tidak akan menerima royalti tetapi akan menerima cenderahati.

Rakan penulis saya mahu saya siapkan sebuah cerpen yang panjangnya lima (5) mukasurat dan tema bebas. Katanya dia menunggu selama dua minggu untuk saya siapkan. Tetapi semalam rakan penulis saya itu mahukan karya saya untuk diserahkan kepada kilang percetak! Saya mula gelabah dan memikirkan bagaimana mahu menyiapkan sebuah karya yang baik selama satu hari kerana saya tidak menyimpan sebarang idea di kepala saya untuk projek baru itu. Lalu saya mencari jalan lain dan berkata kepada rakan penulis saya bahawa saya ada beberapa cerpen yang telah diterbitkan di blog penulisan saya.

Rakan penulis saya itu setuju dan mahu membaca karya saya itu. Mula sekali saya menghantar karya saya yang saya mendapat ilham dari kisah sejarah melayu dan movie kegemaran saya Avengers. Nama karya itu sendiri yang sudah saya tukar Avengers Malaysia. Tetapi rakan penulis saya tidak setuju sebab karya ini tiada plot perceritaan yang lengkap seperti klimaks dan pertengahan. Saya mula fikir-fikir dan mencari alternatif lain.

Tiba-tiba sahaja saya memikirkan karya saya yang bertemakan Bapa. Cerpen ini boleh dikatakan karya yang terpanjang di blog itu dan saya buat cerpen apabila pihak Geng Ubran (Geng Penulisan) membuat cabaran bulanan bertemakan bapa. Akhirnya setelah selesai rakan penulis saya itu membaca dia menerima karya itu! Sesungguhnya saya tidak sangat teruja, kerana saya tahu ia tidak dapat membanggakan ibu dan keluarga saya apabila memberitahu mereka karya saya berjaya diterbitkan oleh penerbit bebas. Tetapi saya sangat bersyukur dan doa saya termakbul.

Sebab pada bulan ramadan yang lalu saya memohon kepadaNYA supaya karya saya di blog penulisan diterbitkan oleh mana-mana penerbit asalkan saya rasa dimotivasikan. Tidak pula saya berdoa supaya karya saya itu diterbitkan oleh penerbit yang kaya-raya. Jadi, saya bersyukur dan Allah Yang Maha Mendengar itu memakbulkan permintaan saya.

Akhir kata, sekiranya saya dapat buku itu saya akan beri percuma pada salah seorang pembaca blog ini. Sudah tentu TSO! haha. Kena tunggu TSO balik ke klang supaya senang dihantar, kalau saya meminta alamatnya di USIM pasti ia merasa pelik dan hairan, kan-kan? :D

Assalammulaikum !


Saturday, September 8, 2012

Blog Ini Berwajah Baru

Assalammulaikum !

Alhamdulillah. Melihat blog berwajah baru ini, menguatkan semangat untuk menulis. Haha. Sekiranya sekali pandang seperti blog informasi popular yang kita biasa lihat di facebook dengan link URL mereka tersebar secara viral. Baik. Saya telah mengambil keputusan bahawa blog ini kekal sebagai blog peribadi! Yeah, jom tepuk ramai-ramai! HUHA-HUHA! hAh?

Website informasi saya akan bina yang baru dengan modal yang baru.  Website itu saya akan dedahkan perkara yang baru yang orang awam tidak tahu dari segi pendidikan, kesihatan, ekonomi, sosial dan lain-lain yang mungkin akan menjadi kontroversi. Sesungguhnya website itu bukan website politik atau organisasi tertentu tetapi sebuah website memberitahu kepada umum apa yang mereka tidak tahu dan tertipu selama ini.

Dari segi geografi pendedahan itu bukan terhad pada Malaysia sahaja tetapi isu global, cewah ayatnya. Saya akan lakukan kerjasama ini dengan pihak tertentu yang ada autoriti untuk meluahkan pandangan mereka dalam bidang kepakaran mereka masing-masing. Jadi, perkara ini adalah menarik kerana dibincangkan dan diulas oleh mereka yang betul-betul pakar. Sehingga kini saya hanya mengenali seorang sahaja yang perjuangkan bidang kesihatan ini dan sesungguhnya orang itu sangat saya kenali.

Akhir kata, satu fenomena akan berlaku di Malaysia, cewah. Macam orang politik aku berbicara ini. Baik, Assalammulaikum semua! 

Friday, September 7, 2012

Puisi: Wahai Ilmu

Wahai Ilmu aku cinta engkau
Aku perlu engkau sebagai cahaya dunia.
Wahai Ilmu aku cinta engkau
Aku perlu engkau sebagai temanku.

Wahai Ilmu kenapa ada sebahagian manusia tidak hargai engkau?
Kenapa mereka memerlukan engkau untuk kerjaya mereka sahaja?
Mereka tidak peduli akan engkau apabila mereka menggengam segolong ijazah

Wahai Ilmu mereka mencari engkau hanya untuk kepentingan mereka sahaja
Mereka tidak mahu beban untuk mencari engkau
Wahai Ilmu tanpa engkau setiap bangsa hilang tamadun
Kerna engkau mencipta tamadun.

Wahai Ilmu aku syukur pada Allah kerna engkau
Aku mengenal Siapa Penciptaku
Aku mengenal Siapa Pencipta Bumi dan Langit
dan Aku mengenal Siapa diriku. 


Puisi ini pernah diterbitkan dalam Majalah Dewan Siswa Edisi November 2011. Puisi melayakkan saya sertai Minggu Penulisan Remaja (MPR) anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) bulan 3 2012 lalu.

Naungan-Puisi

Purba malam menjelma
Tiduri sungai gangguan siang

Purba siang menjelma
Gangguan tidur siang

Lautan dalam membunuh manusia
Sungai alam menghidup

Sumber kepimpinan hidupan
Khlaifah sumber naungan 

Mungkin Ia Berharga

Assalammulaikum !

Tadi berbincang menggunakan chatroom facebook berbincang perniagaan online dengan rakan saya. Menggunakan platform Fan Page Facebook sebagai medium yang optimum. Secara trending ia akan meningkat pendapatan sebagai seorang penjual ebook yang mensasarkan 100 ribu LIKE. 100 ribu LIKE bukan mudah untuk dicapai tetapi ia tidak mustahil dan menipu jadi keuntungan akan melipat kali ganda.

Sesunngguhnya keuntungan bukan boleh dapat dalam seminggu dua ini. Perlu kuat usaha dan tawakal kepadanNYA. Membuat kerjasama dengan konsulton perniagaan online memudahkan dan memberi nasihat bagaimana meningkat pendapatan di internet. Saya harap ia berjaya dan saya terus berusaha.

Sekiranya saya sudah mengapai 10k like pun sekiranya saya tidak bijak menggunakan kata-kata ia tidak menjadi kerana facebook sebagai media sosial adalah mereka yang suka berkongsi sesuatu pada rakan mereka yang jauh dan kemudahan itu semuanya adalah percuma, cuma perlu membayar bil internet secara bulanan. Jadi seni mengambil duit dari poket setiap pelanggan perlu ada. Pertama komunikasi. Ya, ia sangat penting walaupun kita membina perniagaan persendirian. Saya perlu memikirkan di mana ilmu ini patut dipelajari.

Saya bercadang mahu mendaftar dan membina sebuah syarikat untuk perniagaan online ini. Saya mahu menggunakan istilah sendirian berhad (Sdn.Bhd) lalu bertanya pada kakak sulung saya yang bekerja sebagai Eksekutif Akuantan di sebuah syarikat pembinaan bangunan di USJ. Katanya mendaftar syarikat dibawah label sendirian berhad perlu ada auditor dan setiausaha. Tauliah atau tidak saya tidak tanya lebih lanjut. Jadi, saya biarkan harapan saya itu terus pergi dan jauh duduk di khayalan sana.

Akhir kata saya perlu daftar pada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) supaya perjalanan perniagaan saya sihat dan lancar. Sekian, terima kasih.

Assalammulaikum !

Mahu Gula Lopes Untuk Kuih Kaswi?

Assalammulaikum !

Membaca tajuk entri pasti tukang buatt kuih akan terasa pelik mungkin juga lucu membacanya. Kuih kaswi cicah gula lopes? Haha. Itu yang berlaku pada pagi tadi khamis 6/9/2012. Sesungguhnya saya sudah sedia maklum setiap pelanggan-pelangan saya, pelbagai ragam dan citarasa merea saya lihat dan perhatikan. Jadi, tidak mustahil apabila seorang pelanggan makan kuih kaswi bersama ABC (Air Batu Campur) yang digaulkan sekali dalam mangkuk ABC itu. Saya mahu cerita drama pagi tadi sungguh lucu.

Pada mulanya, seorang makcik berumur dalam agakan saya setengah abad mahukan ubi kayu satu ringgit. Satu ringgit ubi kayu akan dapat lima batang ubi kayu. Jadi, saya pun mengambil pinggang yang telah tersedia untuk digunakan kemudian mengira satu demi satu batang ubi kayu itu. Pada masa saya mula mencapai batang ubi kayu yang pertama makcik itu berkata pada saya bahawa menyuruh saya memilih batang ubi kayu yang besar dan tidak mahu batang ubi kayu kecil dan pendek.

Saya akur sahaja arahan makcik berumur setengah abad itu. Mata saya liar mencari batang ubi kayu yang besar dan tebal-tebal belaka. Kemudian, secara tiba-tiba sahaja, makcik itu merungut pada saya. "Siapa mahu makan besar-besar itu adik, pilih kecil-kecil saja, makcik makan seorang." saya akur sekali lagi. Kemudian mata saya menangkap satu demi satu batang ubi kayu kecil dan pendek. Makcik itu kemudian ke bahagian kiri iaitu terletaknya kuih kaswi. Lalu makcik itu sudah membuat keputusan mahukan kuih kaswi ini dan saya bertindak serta-merta mengambil pinggang dan menghulurkan kepadanya.

Setelah selesainya saya memilih batang ubi kayu itu mengikut kehendak makcik itu, makcik itu berkata kepada saya,

"Kuah kuih ini ada tak adik?" makcik itu menunjukkan kuih kaswi dipegangnya.

Saya mencari-cari kuah kuih kaswi itu dan berkata padanya,

"Hanya ada sambil kuih udang dan gula lopes sahaja," dengan tangan saya menunjukkan dua jag sambal dan gula lopes itu.

"Bolehlah adik," jari makcik itu menunjukkan jag gula lopes.

Tanpa memikirkan sebarang kepelikan dan kehairan yang tinggi saya mengambil jag berisi gula lopes itu untuk dicurahkan ke dalam pinggang berisi kuih kaswi. Tiba-tiba ada suara datang yang bertalu-talu ke telinga dan sesungguhnya saya kenal suara itu iaitu pekerja yang menjaga bahagian kuih muih iaitu Abang Panjang (Sebab ia paling tinggi dalam kalangan pekerja restoran, tapi saya lagi tinggi darinya :) Saya tidak dengar dan ambil pusing apa yang dikatakan Abang Panjang kemudian saja makcik itu terkejut dan berkata pada saya,

"Adik bukan kuah ini, kuah untuk kuih udang itu."

Saya terus meletakkan jag dan kemudian mencapai jag sambal kuih undang dicurahkan pada batang ubi kayu. Selepas selesai dan makcik itu berpuas hati, makcik melangkah ke meja makannya dan saya tertanya-tanya tidak mahukah makcik itu mengisikan kuih kaswi dengan gula lopes atas permintaanya tadi? Jadi, saya bertanya pada makcik itu,

"Makcik mahu gula lopes untuk kuih kaswi?"

Pipi dan dahi makcik itu berkerut. Renungannya tiba-tiba sahaja tajam akibat kedua keningnya dirapatkan, jawab makcik itu,

"Apalah kau ini adik, manalah orang makan kuih kaswi campur gula lopes," makcik itu mengeleng-geleng kepalanya beberapa kali kemudian berada dari situ.

Seorang pelanggan yang berdekatan dan Abang Panjang itu mengetawakan saya. Saya hanya senyum ikhlas sebab saya tahu, mereka tidak mengetahui peristiwa saya melayan makcik itu.

(Tamat)

Thursday, September 6, 2012

Blog ini mungkin akan tamat sebagai blog peribadi

Assalammulaikum !

Dalam perancangan di kepala saya, saya mahu mengubah blog ini menjadi blog informasi yang terunggul di Malaysia. Cewah. Pertama adalah domain blog ini, akusukamencipta.blogspot.com menjadikan blog ini terunggul dan kelihatan professional saya sudah beli domain blog ini iaitu akusukamencipta.com bagaimana? Kelihatan professional dan bergaya, bukan? Ya,  memang bergaya habis. Domain itu akan di setup esok kerana member saya tidur dah kot.

Segala entri di blog ini akan dipindahkan blog penulisan saya yang bernama amirulmohomed.blogspot.com dan entri blog penulisan itu akan dipindahkan ke website saya iaitu amirulmohamed.com jadi saya punyai 3 blog aktif secara rasmi. Haha. Blog ini banyak kenangannya. Blog ini tercipta pada tahuun 2009 tetapi aktif pada tahun 2011. Pelbagai entri saya mula menulis daripada malu-malu kepada sekarang yang boleh berkongsi kisah agak peribadi iaitu cinta. Cewah. Suka dan teruja kerana blog ini akan di upgrade ke hosting sendiri dan ia akan jadi website yang berinformasi yang terunnggul di Malaysia. Cewah. Amin.

Semua perkara ini terjadi kerana nama akusukamencipta itu yang mahal. Sebab bila blog ini menjadi sebagai blog informasi perlu meletakkan domain yang sesuai, jadi pemilihan akusukamencipta itu sangat sesuai dan sedap bunyi dalam kaitan informasi, "cipta informasi" atau "informasi tercipta" kemudian blog ini akan ada sistem SEO. Ada ke sistem SEO? Mungkin ada. HAHA!

Walaubagaimanapun, ia adalah perancangan awal, mungkin saya tidak ubah atau mungkin saya mengubahnya. Ia mengikut keadaan, kerana saya percaya akan datang idea-idea yang menarik selepas ini. Sebab blog ini TSO follow juga! HAHA! Tetapi gelaran TSO itu ada pada blog penulisan.

K, babai.
Assalammulaikum !

Wednesday, September 5, 2012

Oppa Gangnam Style Vs Opah Nak Gandum Style

Assalammulaikum !

Bulan ini adalah bulan cabaran, pertama cabaran dari Geng Urban dan kedua pula perlu menulis untuk penerbit independent. Disebabkan tema penulisan Geng Urban mencabar dan ditambahkan lagi pemilihan karya terbaik akan diterbitkan untuk menjadi Antologi Cerpen Geng Urban yang pertama menambahkan tekanan berganda walaupun tidak seteruk exam yang memerlukan jawapan yang tepat dan sekira gagal akan dibuang terus dari universiti. Hehe.

Berfikir dan mengelamun karya yang mahu dituliskan muncullah idea yang agak popular pada masa sekarang! Iaitu Gangnam Style. Haha. Bagaimana saya mengabungkan tarian Gangnam Style ke kisah dongeng. Sesungguh saya mahu memudahkan cara dan karya saya ini. Mula memikirkan idea lain yang memudahkan karya ini ditulis. Jadi, saya ubahkan tarian Gangnam Style kepada Opah Nak Gandum Style! Yeah. Bagaimana? Sudah tentu ia berkaitan dengan gangnam style! Haha. Mesti anda semua pening kan? Saya pasti perkara itu berlaku pada anda.

Saya tidak pasti  menghasilkan karya ini untuk Geng Urban, sebab saya mahukan yang terbaik dari segi idea dan penulisan. Dalam kepala saya, idea Opah Nak Gandum Style itu berbentuk humor jadi ia sesuai untuk bacaan umum. Cewah. Walaubagaimanapun, saya perlu mencari idea yang gempak dan terbaik gila tahap planet Marikh supaya terpilih dalam Antologi Cerpen Geng Urban Pertama! HUHA! Eh, kenapa HUHA?

Sebab mahu jadi jenis HUHA seperti TSO.

K, babai.
Assalammulaikum !

Rasa Mahu Jatuh Gila-TSO

Assalammulaikum !

Semalam TSO dan saya berchat di facebook perbincangan kami dengan mulai niat saya mahu meletakkan link blog dia di website baru saya. TSO memberitahu bahawa saya tidak mengenali diri yang sebenar dan apa yang saya tulis di blog akusukamencipta.blogspot.com adalah kurang tepat dan membuatkan dirinya jatuh gila (down gila) TSo memberitahu bahawa dirinya adalah jenis HUHA. Jenis yang suka funny, seronok, tidak mahu stress atau sebagainya. Memang secara jujur saya tidak mengenali sangat sikap sebenar TSO itu.

Selama ini entri saya mengambarkan kepada anda bagaimana sikap TSO yang sememang anda gambarkan dalam kepala anda itu seorang yang ayu, sopan, lembut, tunduk kepalanya ketika berjalan dan sebagainya. Jadi, saya berpendapat  saya mahu mengambarkan sikap HUHA yang dikatakan atau yang keluar dari jari-jemari dirinay ketika chat hari itu. Jom kita ramalkan.

1) HUHA
TSO wanita kuat agama, cara berjalan pun saya dah tahu. Jadi bagaimana mengambarkan wanita yang ebrtudung labuh, jaga adab sopan mempunyai sikap funny atau HUHA-HUHA? Mungkin dia HUHA dengan kawan perempuan dia sahaja. Atau gaya penceritaan sungguh dramatik ketika mula berbicara, atau juga jenis berimiginasi yang tinggi apabila mula mencipta idea baru. Atau juga jenis di dalam kelas yang suka melihat orang lain untuk mengetahui dan memikirkan kembali (Adakah itu jenis HUHA juga?) untuk kaum perempuan sahaja.

Atau TSO suka menceritakan kembali filem yang ditonton di pawagam dengan teruja dan satu demi satu babakan diceritakan dengan terperinci sehingga pendengarnya seperti menonton wayang secara percuma? Atau TSO suka menceritakan kembali kisah novel yang pernah dibaca dua minggu lepas atau semalam dan mengesyorkan pada rakan wanita supaya membaca karya novel terbaru. Adakah juga TSO suka menceritakan pada rakan wanita tentang subjek pembelajaran pada waktu kuliah kembali? Sekiranya begitu, mungkin akan meceritakan kembali tentang idea atau gagasan atau juga falsafah dalam ilmu yang baru dipelajari sewaktu kuliah.

Sekiranya tidak begitu, mungkin TSO menceritakan perkembangan baru atau pengalaman yang lepas tentang program yang disertai di kampus mahupun diluar disertai keterujaan yang tinggi serta menggunakan bahasa melayu tinggi. Kemudian rakan-rakan perempuannya yang suka menulis akan menulis balik cerita TSo di blog peribadi sebagai kisah yang membawa pengajaran atau peringatan atau juga keseronokan.

Adakah juga TSO mengulangi pembelajaran kemudian tidur selepas tidak dapat menjawab soalan atau tidak faham kemudian dalam bungkusan selimut TSO ketawa bersama-sama rakan perempuan yang turut senasib dengannya? Atau menyelak selimut ketepi lalu menari lagu Gangnam Style atau LMFAO dengan rakan sebiliknya? Sesungguhnya beliau suka baca surah Al-Mulk dan Qasidah atau sewaktu dengannya (Ini betul-betul meyimpang ini) Sekiranya tidak, beliau sangat aktif di dunia persatuan sehingga persatuan itu ramai ahli dan aktiviti berjalan lancar sehingga pihak HEP menerima undangan penceramah yang berlain fahaman politik dan ideologi semasa kerana penganjur atau orang kuat dalam persatuan jenis HUHA. Pasti pengawai HEP menerima cadangan program untuk persatuan sebab orang kuatnya TSO adalah best orangnya. (Mungkin semasa perbentangan program TSO menceritakan dengan penuh dramatik dan menggunakan bahasa melayu tinggi)

Sekiranya saya silap lagi, Adakah TSO seorang yang baik suka menolong manusia yang dalam kesusahan atau keresahan atau kekacauan jiwa lalu memberi dakwah secara terbuka. Dakwah yang disampaikan dipenuhi dengan nasihat, hadis, ayat Al-Quran serta kisah sahabat Rasul kita. Gaya dakwah TSO pula seperti JEP Sepah yang tiba-tiba sahaja semput semasa berdakwah kepada sasaran mereka, itu betul-betul jenis HUHA. (Sebenarnya saya sakit perut menaip perkataan di atas)


Baik, semuanya adalah ramalan. Saya hanya membayangkan, kemungkinan betul dan salah. Ia memang salah, sebab memberi hujah tanpa mengetahui itu atau memberi ramalan tanpa memeriksa itu hujah dan ramalan yang dangkal. Baik, saya terima kedangkalan saya itu. Sebenar saya hanya mahu membentangkan teori saya mengenai

"Kenapa TSO Merasa Jatuh Gila Kerana Apa Yang Saya Tulis Adalah Bukan Dirinya Yang Sebenar."

Dalam kehiudapan bermasyarakat samada rakan, sahabat, saudara terdekat, ibubapa, dan sebagainya apa kita tidak mengenali diri rakan, sahabt,saudara terdekat dan ibubapa akan merasakan kita ini tidak ambil berat tentang diri mereka. Sesungguhnya mereka sikap begitu sebab diri mereka sendiri sudah kenal dah tahu sikap kita tetapi kita sebaliknya.

Perumpamaan di atas sama apa yang kita bincangkan sekarang. TSO rasa jatuh giler sebab apa yang aku tulis bukan lah dirinya yangs sebenar, walaupun aku beritahu padanya aku buat begitu supaya pembaca blog ini merasa seram sejuk supaya mereka mengalum dalam dunia mereka dengan mengambarkan rupa dan sikap TSO yang sebenarnya. Aku pun tidak kekecuali sebab aku yang menulis aku pun membayang perkara yang sama, walaupun aku tahu hakikat yang sebenar adalah bertentangan sama sekali. Jadi, kesimpulan untuk menjelaskan teori aku adalah,

"TSO menyuruh aku menulis tentang dirinya dengan betul supaya dirinya tidak rasa jatuh gila." Ini bermakna dalam bahasa tulisan wanita ia menyuruh aku kenal lebih rapat dengan dirinya. Kemungkinan teori ini hampir 70% betul dan 30 peratus salah. haha. Baik, kita pergi Kitab Puisi Cinta.

Kitab Puisi Cinta diwujudkan sebab puisi-puisi itu hanya untuk TSO sahaja. Kata TSO puisi aku terlalu mengunung memuji dirinya dan ia takut hajat aku tidak kesampaian. Ini yang aku maksudkan bahawa teori aku adalah 30% salah disebabkan faktor ini. TSO memang kurang faham dengan bahasa puisi. Walaupun puisi aku tidak sebagus mana tapi aku cuba beri kefahamanan untuk TSO faham maksudnya. Semua hasil puisi itu datang dari perkenalan aku dengannya pada waktu PLKN dulu. Jadi, jiwa-jiwa dan rasa puisi itu datang dari jiwa-jiwa dan rasa dari pengamatan aku padanya. Cewah.

Frasa ayat "Down Giler" yang ditulis pada chat room semalam memberi makna yang besar. Sudahlah jatuh bertambah gila pula itu. Memang betul-betul terasa dihatinya apa yang aku tulis selama ini. Dari segi bahasa wanita apa yang disebut membawa makna lain dalam kehidupan mereka. Tanpa mengira sesiapa, wanita, lelaki, ibubapa, rakan, sahabat mereka, apa mereka kata begitu ini dan ini untuk pertahankan maruah, ego, sembunyikan sesuatu, dans sewaktu dengan adalah lain apa hati mereka katakan. (Itu aku maksudkan)

Jadi frasa "Down Giler" itu membawa kebarangkalian bahawa 50-50 untuk menyokong teori aku diatas. Sekiranga kebarangkalian berpihak pada aku maksudnya teori aku semakin kuat, sekiranya tidak, teori aku semakin lemah. Aku percaya teori aku semakin kukuh.

Untuk pengetahuan TSO ini sertai Pelapes. Hah, apakah itu? Simpanan Pegawai Tentera. Maknanya aku tahu tapi ayat Pelapes itu aku kurang tahu dan tidak mahu search di internet. Ya, dalam pengamatan aku sesorang yang keluar dari kem tentera akan berjaya dalam hidup. Percaya atau tidak? Percaya lah dan rasailah kepercayaan itu. Cewah.  Saya bagi satu contoh, Robert Kiyosaki. Beliau pernah jadi tentera dan kini berjaya sebagai pelabur yang hebat. Pertama mungkin ia DISPILIN dalam menguruskan kehidupannya. Jadi, anda boleh bayangkan sekrianya TSo sudah berumahtangga memudahkan kerja-kerja suami dia? Siapakah bakal suami dia?

Jadi, kesimpulan kita tunggu dan lihat adakah teori saya itu berjaya atau semakin menyusut lemah. Sekian, terima kasih membaca entri yang panjang kali ini.

Assalammulaikum !

Tuesday, September 4, 2012

TSO-Tidak Mahu Diganggu

Assalammulaikum !

Baik, saya tadi berchat dengan TSO. Ya, selepas saya memberi tahu bahawa website baru saya dan mencadangkan meletakkan entri fasal dirinya. Katanya tidak mahu. Sebab, apa yang saya tulis akan membuat dirinya rasa jatuh gila. Sesungguhnya saya terkejut juga, kemudian saya bertanya apa yang membuat TSO jatuh gila selepas membaca entri saya?

Katanya saya tidak mengenali dirinya. Ya, memang. Dan saya mengambil keputusan serta-merta tidak akan lagi menulis fasal TSO dan sebagainya. Semua entri akan disembunyikan ketempat rahsia. Supaya kekallah memori bahagia di dalam ayat-ayat entri itu. Keputusan ini memang berat. Tapi lelaki yang baik menghormati pada kaum hawa. Yeah, prinsip itu memang tepat.

Jadi, adakah hari-hari saya akan kosong, tanpa menulis fasal dirinya? Entah. Biar doa ini akan aku sampaikan untukmu. Cewah.

Baik, babai.
Assalammulaikum !

Notakaki : Dalam entri wujud kebenaran, iaitu TSO baca setiap entri yang saya tulis. Baru saya tahu.

Menjalankan Perniagaan

Assalammulaikum !

Allah berikan aku pertunjuk dan jalan untuk mencapai jalan perniagaan. Amin. Baru-baru ini aku telah berjaya membeli domain dan hosting sendiri untuk website baru. Alhamdullilah. Walaupun dalam pembikinan tapi ia sungguh bermakna. Kemduian, Allah berikan aku berjumpa orang yang betul untuk mengatasi masalah trafik. Jadi usah pening lagi untuk menarik trafik ke blog baru itu.

Perancangan memang ada semenjak melihat nama domain itu di URL komputer ini. Mula merancang pelbagai idea dan strategik mahu menarik pelanggan. Tercipta pula pelbagai model perniagaan yang selama ini tidak pernah terlintas di kepala mahupun kehidupan. Sesungguhnya itu kuasa Allah. Amin. Pada pemerhatian aku, aku lambat mengembangkan diri dalam dunia internet atau lebih tepat perniagaan internet. Walaupun begitu aku percaya pada rezeki Allah, jadi usah aku risau fasal perniagaan ini.

"Walaupun aku lambat ambil peluang, tapi aku percaya peluang itu yang diberikan oleh Allah. Jadi kita memohon saja pada dia."

Ya, itu yang aku percaya. Lambat. Tetapi Allah tahu membahagikan rezeki pada setiap manusia. jadi usah risau dan berserah padaNYA untuk dunia perniagaan internet mahupun offline. Oleh demikian, perancangan yang tiba muncul bagaikan air yang mencurah, sebabkan itu aku mahu berkongsi dengan anda semua. Kongsi bisnes apa yang mahu dibuat, bukan kongsi idea bagaimana perniagaan itu dijalankan.

1) Perniagaan Tudung.
2) Perniagaan Dropship.
3) Perniagaan Ebook.
Dan lain-lain.

Yang lebih semangat aku perlu mendaftar pada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) itu lebih membanggakan. HAHA. Walaupun tidak pasti apa yang perlu dibanggakan tentang pendaftaran pada pihak SSM saja. Doakanlah perniagaan ini berjalan lancar dan berjaya. Amin.

Assalammulaikum !

Monday, September 3, 2012

Perkara Luar Biasa Mungkin Berlaku

Assalammulaikum !

Entri aku kali ini biar aku berkias habis. HAHA!

Pertama : Kalau jadi memang terbaik !

Tak Mungkin Terjadi : Memang betul melihat diriku seperti yang biasa sahaja, mana mungkin akan terjadi !

Tak Mustahil Berlaku : Kekuasaan Allah meliputi segalanya, jadi sekiranya diizinkan oleh Allah s.w.t sudah tentu akan terjadi.

Tema: Ini bukan soal masa depan aku, ini soal cinta yang serius bebeh.

Dejavu: Aku mengalami apa yang aku mimpi, tapi aku percaya ia bukan meletakkan masa depan aku dalam bayangan diberikan. Semua hanya apa yang aku fikirkan.

Kesimpulan: Apa yang aku fikirkan, sudah tentu apa yang aku inginkan. Kiranya aku kerap fikirkan seingga terbawa ke mimpi. Sudah tentu perkara aku inginkan itu adalah kebaikan semata-mata.

Tiada kaitan: Ini bukan soal cinta TSO. Ini lain. Kalau aku cerita pasti berpusing topik secara 360 darjah. Percayalah. Huhu.

Muktamad : Ia memang terbaik dari ladang, serius bebeh.

Sunday, September 2, 2012

Cinta: Perkara Sama, Tapi Rasa Berbeza.

Assalammulaikum !

Entri aku pada malam ini mahu mengulas fasal CINTA. C.I.N.T.A-XPDC!

Cinta Pada Allah-Rasa Berbeza.
Cinta Pada Rasul-Rasa Berbeza.
Cinta Pada Manusia-Rasa Berbeza.

Apa yang berbeza dalam konteks ini? Tahap.

Aku merasa tahap ini walaupun tidak ke puncak rasa cinta itu. Setiap kategori pula isi cinta itupun berbeza.

Cinta Pada Allah-Sungguh Manis.
Cinta Pada Rasul-Manis Lazat.
Cinta Pada Manusia-Manis.

Oleh demikian. Kenapa dan mengapa aku mencintai manusia aku dibuai perasaan Rindu. Bila aku mengambil sekeping gambar yang menenangkan perasaan ombak rindu ini, perasaan rindu itu lenyap tapi masih membuak-buak. Kenapa ia muncul perasaan rindu itu? Adakah mungkin Cinta aku pada Allah  tidak ditahap paling tinggi sehingga aku tidak rindu setiap kali aku mahu solat?

Memang ya. Tidak perlu aku mengulas lebih. Cinta itu berputik apabila disentuh tangan-tangan halus. Bukan halus apa kau sangka, halus rupawan manusia!

Kerana itu cinta itu buta dan cantik itu subjektif. Begitu juga kita melihat dunia. Setiap pandangan dan pengalaman kita berikan adalah subjektif kecuali kita mencerap apa yang ada disekitar kita.

Contoh aku berikan. Dimana kita berada, perasaan rindu pada suatu tempat yang memberi kenangan pada diri. kesan itu mungkin datang dari pengalaman atau pandangan kita yang terperam di minda. Lalu memberi luahan rindu atau kasih yang kita sudah meninggalkan atau meninggalkan sesuatu tempat. Contoh PLKN. Kesan pada jiwa (rindu) itu ada datang dari manusia. Kita berbual, bersuka ria, bersosial dan kita makan bersama, tidur bersama, mandi bersama. nakal bersama, solat bersama dan sebagainya.

Apabila kita bertanya pada bekas pelatih PLKN apa yang mereka rindu. Mereka akan memberi pelbagai pendapat, pandangan atau pengalaman mereka sendiri tentang PLKN  dan tidak tertinggal ialah tempat atau kem PLKN itu sendiri itu paling terkesan.

Sama seperti manusia yang bercinta. Kita rindu orang jauh sebab, rindu mahu dengar suara mereka, rindu dengan sikap mereka dan lain-lain tetapi yang paling terkesan ialah wajah, susuk tubuh atau rupawan mereka. Itu berlaku pada aku.

Melihat wajah TSO, kesan gambar itu membawa ke  dunia khayalan yang nun jauh di sana.

K, babai.
Assalammulaikum !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...