Sunday, October 2, 2011

Wanita Berpurdah 2 & Cerita Miss Liza

Assalammulaikum

Selama tiga hari aku di Unisel.Aku perasaan seorang wanita yang berpakaian tudung labuh dan berpurdah.Apa yang aku nak cakap,aku suka perempuan berpurdah.sebab?aku rasa mereka sangat menghargai diri mereka.Walaupun Miss Liza tak berpurdah dan Miss Liza memang berasal dari sekolah agama.itu sudah cukup aku terpikat padanya.hehe.Semalam aku sebelum balik,aku pandang Wanita Purdah itu dengan renungan tajam.Pandang je memanjang sampaikan Wanita itu perasan dan tidak selesa. Anak mata sekejap pandang berliar-liar tetapi kadang-kala anak matanya pandang kearah aku.Apa yang aku boleh katakan

"EH2!!,MACAM MISS LIZA LAK!."

Cara wanita itu malu-malu dan nampak tak selesa yang aku pandang dia.Sama seperti Miss Liza time aku buat kat kelas Kenegaraan.Tapi Wanita berpurdah itu,ia berusaha cuba lari dari pandangan mata aku.Apa yang dia buat?!!

Dia tolong kakak FISILITATOR itu mengambil air dan makan ringan beri pada kawan-kawannya dibelakang itu,dengan ini dia lari kebelakang.dan aku tak pandang dah.hehe..Pandang dia ingat Miss Liza. Ingat Miss Liza pandang dia..eh2??!!..tak ar..huhu.."Hipotesis katakan."

Kalau tengok matanya wanita itu,mcm citer Ayat-ayat Cinta.Memang cantik oohhhh...hahaha..just puji..Kalau Miss Liza lak,memang cantik sikapnya ooohhhh....hahahaha..

hhhmmm..Ada beberapa orang yang tahu aku minat Miss Liza,banyak dak Plkn lah,dan sorang membe aku.

Membe2 plkn aku gelarkan Miss Liza ini sebagai Mizz Nina.AHAHAHA..ada sorang member aku ni,kata kat aku,
"Siapa Mizz Nina itu mirul?"

"itu hah,sambil menunjuk kearahnya"

"Yang mana?,yang hitam itu?"

"#$@$%$#%$#^#^"

Time aku naik angin!..tapi biasa2 ar..mungkin dari pandangan matanya lain,pandangan aku lain..huhu..Kalau membe aku jumpa dengan,"mana Mizz Nina kau?"

"hhmm..ada lah tu..hahaha"

aku ingat lagi time kelas Kenegaraan.membe aku yang perempuan ini,minta semua nombor satu kelasnya termasuk aku.time dia bagi kertas itu kat aku..aku cari nama Miss Liza itu,YES,jumpa dan aku ambik fon aku dan taip nombornya.

dan aku ingin msg dia,tapi membe aku cakap

"Mane boleh,nanti dia mungkin tak layan,sebab kau ambik nombornya tanpa keizinan dia"

Aku dapat nombor mungkin sebelum 3 minggu nak balik dari plkn.aku tak msg dia,walaupun ada majalah plkn yang tertera nombornya.aku tak msg dia..aku simpan perasaan itu..simpan..simpan..simpan..aku nak minta nombornya,tapi keadaan kurang mengizinkan.dengan kesabaran aku,

Satu hari sebelum nak balik itu,Jumaat 30 julai 2011,petang itu aku dan membe rapat aku,pergi ke dorm jurulatih,time dengan jalan itu,aku tengah pikir pasal Miss Liza tu,tiba kawan aku ajukan tangannya kearah belakang..dan melihat Miss Liza melabai-labai aku,anak mata aku membesar serta dengan background music sekali..Miss Liza datang kepada aku..Peeerrggghhh..!!..memang syok tul lah time tu..aku pelik macam mana background music hindustan ada sekali dalam keadaan terpegun itu.

Dia bagi aku surat A4 yang tebal.Kertas itu disuruh berikan kepada rakan MC nya.iaitu membe aku gak.
Miss Liza bagi kertas itu,semasa dia hendak melangkah pergi dia berpusing balik dan kata pada aku

"Mir,hari tu kau kata nak fb aku kan?"

"Huh.ye2..(dalam hati ada can ni)"

"Okay2,kau bagi nama kau nanti aku add kau,okay?"

"okay2"

Hahaha..time aku cakap kala-kambut sikit,sebab Miss Liza ada...hhehe..Malam 30 julai 2011 itu dia jadi MC..dalam hati aku cepat ar..habis..cepat ar habis..time nak abis itu!,jurulatih kompeni panggil pulak,wat runsing je..kot2 dia dah naik dorm..time habis perbincangan kompeni itu, aku pergi ke dewan makan cari dia..Yes!..dia betol2..tgh melayan rakan-rakan dia,time melangkah pergi,kawan-kawan dia beredar..Yes,memang betol2..terbaik..

Aku jumpa dia,dia berkata "Mir okay aku MC malam ni?"

aku kata "okay,cuma mircofon tu yang problem"

"Kan!?"kata Miss Liza sambil muka berkerut..

"hah,aku nak fb kau?"

"hah okay2..kau bagi fb kau kat aku?"

"sebab apa?"

sebelum dia nak cakap aku kata."Okay2..aku faham,fb susan nak cari?"(fb Miss Liza sukar nak dicari kerana namanya..kata Miss Liza)

"Hah...tanda mengiakan"

Aku konon2 cari kertas padahal memang tak de kertas.hehe..aku kata pada Miss Liza "Hah,macam ni ar,kau bagi numb kau kat aku ,nanti aku bagi email fb aku kat kau..okay?"

"Hah,okay,sambil mengangguk kepalanya"

Dalam hati bagai Musim kemarau ditimpa Hujan.

"aku pakai digi..kata aku"

"Hah?!digi!!"..muka berubah seperti keadaan marah plus terkejut,seakan-akan tak puas hati aku pakai digi..dalam hati aku,Miss Liza nak msg aku banyak-banyak ni..hehe..tapi mahal lah kan pakai digi..huhu..

Aku kata "takpe,,aku ada pakai Maxis.."..baru turun muka berkerutnya..

"Okay bagi numb maxis"

aku kata "numb ini baru lagi,aku kurang ingat..kau bagi numb kau kat aku..nanti aku msg guna numb maxis"

Miss Liza bagi numb dia kat aku,walaupun aku dah tahu numb dia sejak sekian lamanya..Kiranya cara ini aku mintak izin lah..aku setuju kata-kata member rapat aku tu..

Dia bagi numb dia..aku tekan untuk kompen tu numbnya..memang sah,tertera nama Miss Liza Sebenar pada papan skrin fon aku..aku rasa time ti aku miscall dia.huhu..

Aku dan dia berjalan,berborak sekejap..aku kata "esok nak balik dah"time tu muka Miss Liza seperti bimbang aku lihat,dan aku kata balik "laaaa,,nanti kita boleh jumpa kan?kat jj bukit tinggi?".mukanya berubah,ia tersenyum apabila aku kata seperti itu.

Miss Liza kata "Hah,nanti kita boleh keluar jalan-jalan."

Dalam hati aku,maksud kau berdating ke?

aku hanya tersenyum dia kata begitu..lepas tu berborak kosong,aku melangkah pergi sambil senyum seorang diri..

Itu sahaja,aku ingin cerita mengenai Miss Liza masa di plkn.Okay terima kasih kerana membacanya sampai habis.
Untuk Miss Liza,jaga diri elok di Negori orang itu.

Sekian,Terima Kasih
Assalammulaikum :



No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...