Sunday, August 11, 2013

Apa Anda Perlu Tahu Tentang Runningman (Part 2)


Assalamualaikum!

Pada peminat drama korea atau K-pop, mereka mungkin sudah tahu apa itu Runningman. Runningman adalah rancangan variety show. Ia bukan variety show yang biasa. Ia melibatkan pertarungan maruah dan status masing-masing dalam rancangan itu.

Tetapi ahli-ahli tetap Runningman tidak pula mementingkan diri sendiri. Mereka seolah keluarga yang rapat dalam Runningman. Sekiranya sudah ditetapkan satu kumpulan (Selalunya satu kumpulan itu terdiri tiga atau empat orang, termasuk artis jemputan) Walaupun kadangkala atau selalu berlakunya pengkhianatan terhadap kumpulan sendiri. Seperti Lee Kwang Soo dan Haha.

Pada aku, Runningman ini ceria dan seronok adalah disebabkan Song Ji Hyo atau Mong Ji Hyo (Mong:Blank) kecomelan dan semangat perjuangan  Song Ji Hyo sungguh buat aku rasa hebat. Haha. Hebat dari segi maksud membakar semangat. Yalah, sebab Song Ji Hyo ini perempuan, satu-satunya perempuan dalam Runningman dan ahli lain adalah lelaki. Dan perlu bersaing enam orang lelaki. Kebanyakan episod Song Jin Hyo adalah juara! Dia digelarkan Ace Ji Hyo!

Dan selain mereka pertahankan maruah dan status masing-masing, mereka menjadi diri sendiri. Mereka mempamerkan diri mereka dan tidak berlakon apabila dihadapan kamera. Boleh klik video ini.



Lee Kwang Soo menari sehingga peminatnya buat video khas untuknya yang dikumpul berlainan episod Runningman. Lee Kwang Soo digelarkan raja pengkhianatan. Sikap ini menambahkan lawak dan drama dalam Runningman. Dan nasibnya sehingga tamat satu episod selalunya malang. Dan itu gaya menari Lee Kwang Soo Hehe.

Untuk Song Ji Hyo yang comel tu, boleh tonton video ini.


                                 Kang Gary kacau Song Ji Hyo. lihat pada minit 1.16


Kepada yang masih tidak tahu bila rancangan variety show Runningman akan berlangsung boleh menonton di Astro channel 393 pada pukul 11.50 malam pada hari Jumaat (First and Eksklusif) di Asia. Dan sekiranya anda tidak ada Astro, anda boleh menonton laman web yang dibuat peminat Industri Hiburan Korea.
Contoh: KshowNow.Net

Sekian itu sahaja entri kali. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin!
Assalammualaikum!

Nantikan sambungan Part 3.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...