Monday, September 30, 2013

Beli Motor Kapcai: Modenas GT128

Assalamualaikum!

Lama tidak mengemaskini blog. Hehe. Baiklah, mengikut tajuk di atas aku sudah beli motorsikal! Jenis Moped atau Kapcai. Mengapa Modenas? Nanti, sabar dulu.

Ini gambarnya.






Sebenarnya motorsikal ini menjadi milik aku secara tidak sengaja. Bagaimana tu? Baiklah baca baik2.

Pertama sekali, memang mak aku tidak sesekali benarkan aku pandu motorsikal ini kemana-mana. Malah nak  pandu ke KFC pun tak lepas. Walaupun lesen motorsikal B2 tu, mak aku bayarkan. Pada satu hari, mak aku nak cari motor untuk Restoran. Motorsikal Modenas Karisma tu dah rosak, kata staff. Jadi, cari punya cari dengan harga yang berpatutan. Lepas berusaha mencari itu, Ayah aku dapat kawan dia nak jual Motorsikal Modenas GT128 ini.

Deal punya deal, dapat harga RM2+++ gitu. Motorsikal ini tak bergerak semenjak tamat cukai jalan pada tahun 2011. Cuba bawak, brek belakang motorsikal gigit brake disc, kata Ayah gigi brek masuk angin. Lepas hantar bengkel kasi selesaikan masalah ini. Lepas beberapa hari, hantar ke Puspakom dan lepas. Pada awalnya motorsikal ini memang nak letak nama ayah aku, tapi tiba2 Ayah suruh aku ikut kawan dia pergi JPJ Padang Jawa, untuk letak nama aku. Apakah keajaiban ini?

Sebenarnya motorsikal Karisma tu boleh guna, sebab motorsikal tu tak boleh bergerak, sebab tak isi MINYAK! masalah kecil seperti brek depan belakang dan tayar belakang bocor sudah selesai, cuma lampu depan belakang tidak ganti.

Aku yang hantar motorsikal Karisma ini, selepas beli minyak kat petronas, dengar sahaja enjin Karisma dihidupkan, tertanya2 aku, Milik siapakah motorsikal Modenas GT128 ini? Jeng, jeng, jeng.

Nak senangkan cerita, motorsikal ini sudah jadi milik aku, dengan nama aku sendiri. Semua duit Ibubapa aku. Memang keajaiban betul lah. Mak aku yang tak kasi itu, keluarkan duit beli motorsikal untuk Restoran, tiba2 motorsikal Karisma boleh jalan, bagi kat aku pulak. Tapi dengan syarat, bawa kat kawasan Taman sahaja.

Lepas sah miliki sepenuhnya (Sebab sebelum lulus Puspakom, Ayah aku buat deal dengan kawan dia, bayar separuh dulu, selepas selesai semua perkara, baru bayar habis.) Baru aku layan corner! Mungkin memang betul brader2 di forum maya itu cakap, motorsikal ini sedap layan corner. Keyakinan masa nak cornering tu ada, itu yang mengancam tu. Macam layan Cub Prix pun ada. Hehe. Tapi biasalah, first time dapat motorsikal!

Motorsikal ini berat, jadi kalau layan di lebuhraya. memang sempoi. Kalau kereta, SUV atau lori lalu di sebelah motorsikal ini, ia tidak tertolak dengan tolakan angin kenderaan tersebut, jadi motorsikal ini lebih stabil gitu.Sekarang timbul pula masalah, motorsikal Karisma itu kembali rosak? Apakah status Modenas GT128 ini? Adakah milik aku atau Mak aku? Macam blurb aku buat.

Okaylah, setakat ini sahaja perkongsian kita.
Assalamualaikum!

4 comments:

  1. Choiiii... Duit mak bapak jer tau..

    ReplyDelete
  2. Kekeke. Nak beli bro. Ibubapa tak kasi. Ini ibubapa aku beli. Rezeki namanya. Hehe. Terima kasih membaca. ^_^

    ReplyDelete
  3. Nama pun rezeki! hehe.Terima kasih membaca! ^_^

    ReplyDelete

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...