Sunday, February 27, 2011

Terima Kasih Sofea

"Kenapa awak pandang saya macam tu?.ucap Sofea"

"Awak cantik lah.ucap Zakif"

"Ohhh..Terima Kasih..sayang awak.."

"Kenapa awak Terima kasih pada saya?.ucap Zakif

"Kenapa tak boleh ke?"

"Tak payah lah awak berterima kasih pada saya..kan saya selalu menghargai awak?..Kalau awak cakap terima kasih aja..penat lah..

"Awak rasa macam tu?.ucap Sofea merenung Zakif

"Ye kenapa?"

"Hmmmmmmmm..."

"Kenapa hhmmmm?.ucap Zakif"


"Tapi itu sekarang awak,awak memang menghargai saya apabila kita bertemu..tapi dulu... awak tak pernah menghargai saya apabila kita bertemu..Awak tak hargai langsung apa yang saya berikan pada awak.ucap Sofea airmatanya berair laju"

"Jangan cakap macam tu..saya sekarang amat rindu kat awak..sekarang saya dah jumpa awak nak melepaskan rindu dihati"

"Sofea tersenyum..Awak rindu dengan saya sekarang? kenapa awak tak rindu masa kita di bertemu dulu?

Mata Zakif sudah berkaca.

"Awak maafkan saya..saya tahu kesilapan saya..ucap Zakif menyesal"

"Sudah terlambat awak,awak sedar tak saya sudah pergi selama-lamanya..Ini hanya lah mimpi antara kita awak.."

"Saya tahu awak..udah lah..biarkan saya saya menyentuh tangan awak..saya amat rindu dengan gegaman erat awak.ucap Zakif dengan begitu lembut"

"Sudah terlambat awak..awak tak akan merasa apa-apa..sebab ini adalah mimpi..Saya minta izin dulu"


Zakif meraung kepedihan. Dia menangis kerana kekasih dia sudah meninggalkannya untuk selama-lamanya. Dia sedar apa yang dia lakukan. Tapi itu sudah terlambat.

Zakif memandang kearah langit.

"Awak sekarang saya betul-betul faham menghargai mereka yang tersayang selagi mereka masih hidup..kerana awak yang menyedarkan saya...Terima kasih Sofea"

Suami & Isteri

Suami : Sayang..sayang saya..hikhikhik..Gedik suaminya.

Isteri: Kenapa ni sayang?

Suami: Tak de pape..saje je..Kalau abang nak tanya boleh??

Isteri: Apa sayang?

Suami: Abang nak madu boleh?

Isteri: Boleh, Cari lah berlambak kat luar tu sayang.

Suami: Sayang rasa madu tu macam mana?

Isteri: Sayang rasa madu tu manis dan sedap..Bagus untuk saya gak.

Suami: Betul ni?

Isteri: Betul lah kenapa? Sayang?

Suami: Nampaknya bertambah lah anak kita!
Isteri: Anak kenapa lak??

Suami: Yelah sayang kasi kahwin kan!?..hehehe..

Isteri: Apa?!!..Langkah mayat saya dulu abang!..

Suami: Buat apa lak..kalau sayang mati bukan abang kahwin 2..abang kahwin lagi kiranya macam tu..

Isteri:$@%#^%^$&^%*&^&*^&*&&&&&&&&*$%

Friday, February 25, 2011

Bila?

Bila kita akan bersama?..Aku amat merindui kau bagai siang merindui malam, bagai Kucing betina merindui kucing jantannya, Bagai Pokok perlu disokong oleh akarnya. Tanpa Dirimu aku mungkin jatuh hidup tak akan tenang. Setiap detik aku tanpa dirimu aku seperti hilang pedoman. Ohhhhhhhh.. Bila kita akan bertemu? Tolonglah aku ingin kita bertemu selama ini pernah kita temu. Jadi tak perlu kau tinggalkan aku. Aku perlu tubuhmu untukku guna sebagai memecah kebosananku dan kerinduiku. Tanpa tubuhmu itu aku mungkin kesunyian untukku seketika..






Ohhh Handphone Cepat lah Kau SIHAT....

Monday, February 21, 2011

Cambridge

Semasa Tahun Baru Cina hari tu..Aku macam biasa lah kena pergi..memang best pun belajar kat cambridge ni..masa selesai mandi semua bagai..aku pergi..aku tak syak apa-apa lah..yang hantar aku abang sepupu aku dia tolong hantarkan.Masa tengah bawa kereta tu dia cakap kat aku.

"Pelik CNY pun ada tusyen gak ehh.."

Aku dengar perkataan tu, cepat2 aku ambil jadual tengok..

"bang hari ni tarikh dia apa?"

" 5 haribulan kenapa?"

"Hah??!!..hehehe..sori abang tak de kelas arrrhhhhhhhhh..."

abang saudara tengok aku benggang je..hahahahahahahaah...

kes kedua.

12.30 pm aku bangun dari tidur..aku cepat2 ambik buku latihan sebab ade kerja "Homework" yang belum siap..huhuhu..aku buat apa yang patut lepas tu aku terus mandi..lepas mandi mak aku bawak aku ke cambridge kat setia alam tu...sesudah sampai...aku naik lah macam biasa anak tangga ni..lepas tu aku rasa lain macam je..

"kenapa sunyi je??"ucap aku.

aku pun naik sampai depan pintu aku tekan loceng lepas tu buka..tiba onwer cambridge cakap..

"Amirrruuuullll...dengan nada lembut..hari ni no class because cuti ganti CNY you tak dapat surat ka?"

"Alamak kantoi lagi..kalau mak aku tahu mesti kena sebab tak tengok jadual.ucap aku dihati"

"Hah??!!..aku buat muka bluuurrrr..hehehehe..

"OOOHHH.saya dapat surat tu..heheheheh..."




Kesimpulannya kena peka keadaan sekeliling..
Tambahan (Onwer Cambridge kalau jumpa aku ni cakap Bm,aku pun tak tahu kenapa..huhuh..)

Friday, February 18, 2011

Perempuan Melayu Terakhir

Assalammulaikum.

Ok nak cerita pasal Perempuan Melayu Terakhir.Ada setengah pihak mengatakan perempuan melayu terakhir ni pakai tudung,baju kurung,sopan satun/akhlak.dan sewaktu dengannya.


Ada setengah mengatakan "Ala,pakai tudung tapi perangai teruk".Bagi aku memakai tudung bukan menunjukkan kebaikan akhlak seseorang itu..Tetapi adalah satu KEWAJIPAN memakainya.Tidak kira perangai teruk ke atau tidak...Ia adalah satu tanggungjawab wanita..Memakai baju kurung sama..tak kisa baju kurung ke apa ke..janji ia menutupi badan dan tidak kelihatan bentuk badan wanita.Tudung tidak menampakkan dada..fungsi tudung ia menutupi dada dan rambut.Seterusnya,sopan satun atau akhlak mulia.Sopan satun atau akhlak mulia penting kerana lelaki yang nak menjadikan seseorang itu isteri nya..akan melihat pada perangai/sifat nya..ini penting untuk kepentingan berumah tangga..Kamu pun tahu sebabnya kan?..jadi Perempuan Melayu Terakhir ini buka lah untuk perempuan-perempuan cantik..tetapi mereka yang mempunyai keadaan yang di atas ni..

(Ada juga mengatakan "Bini dia tu tunjuk sana tunjuk sini aset nya tapi setia dengan suami nya,ada perempuan pakai fullset tutup abis tapi perangai hampeh dan tak setia")
Saya ulangi sekali lagi menutup aurat bukan melambangkan sifat keperibadian tetapi itu adalah tanggungjawab sseorang wanita ISLAM.


Sekian,Terima Kasih.
(Saya tidak menegur mana-mana pihak,ini cuma pandangan untuk kita berfikir.Sebab saya pun manusia) :)

Thursday, February 17, 2011

Akulah Cinderella Author Nozi Danisya


Aku baru saja baca buku "Akulah Cinderella" Author Nozi Danisya.Memang best lah!.Rasa comel syah ni geram pun ada.hahahahaha.isk2..pertama watak syah memang cukup buat hati geram dan suka,sebab dia gedik dan ada pendirian.Kalau syah ni wujud kompem2 aku nak kahwin dengan dia ni,tak nak lah COUPLE2..hahahhaah..jaga dia elok2...hahahahahah..

beli buku ini..penerbitnya KAKI NOVEL sebelum ia dicetak,karya ini di persembahan di penulisan2u,lepas tu diambil karya ini untuk diterbitkan..huhuhu..memang layak pun diterbitkan..sebab cerita ini memang menarik walaupun aku baru baca BAB 14 (lom basi agi..huhu..) bagus ayat dia.huhu.. dan harga murah gila RM18.00 selalu aku beli buku non-fiksyen RM 30-40 keatas selalu nye..Novel pun macam tu tapi dari karya luar ar...hehehee..Aku start baca pukul 11.00 pm sampai 1.52 or 55 macam tu...tak sedar kot..hahahahah...pape pun TERUJA..huhuhuhu..


Penutup.
-Kalau syah ni wujud aku nak kahwin dengan dia. :)

Sekian,Terima Kasih.

Wednesday, February 16, 2011

Sinopsis "Kucing Rumah"

Sinopsis

Kiki,Panda,Pasha dan Prada adalah kucing yang tidak boleh berdikari tetapi mereka mahu berlgak seperti kucing berdikari.Mereka mahu bebas seperti kucing lain di luar sana.Mereka dikongkong oleh Tuan mereka.Disebabkan mereka mahu keluar rumah pelbagai pelan mereka lakukan akhirnya mereka gagal tetapi Kiki ada sebuah idea yang cukup bernas dan idea ini sangat jahat.Adakah mereka berjaya keluar daripada rumah Tuan nya?Adakah mereka boleh hidup di luar seperti kucing-kucing yang lain?Saksikan Hanya Di........

akupunyapasallah.blogspot.com

Sinopsis "Isteriku Seorang Doktor?"

Sinopsis

-Ain ia adalah seorang doktor.Memiliki sebuah klinik di petaling jaya.Dia mahu mengahwini Saiful yang bekerja sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat di petaling jaya.Ain secara tiba-tiba sahaja mahu mengahwini saiful pada hal saiful tidak mengenalinya langsung.Saiful dapat merasakan ini adalah satu konpirasi untuk menjatuhkan dia.Apakah kesudahannya?adakah ini satu konpirasi atau ada Rahsia sebalik perkara ini?Saksikan Hanya Di....

akupunyapasallah.blogspot.com

Suka

Petang tadi sebelum maghrib akhir aku dapat siapkan siri ketiga cerita aku. Cerita ini ada sambungan lagi dalam siri yang sama gak. So memang idea mencurah-curah tadi.huhu. Apa2 aku harap sape yang baca aku punya cerita tolong komen sebab aku nak tahu tahap mana penulisan aku.komen tu harap membina lah..heheheheh...

Ini sekarang ni tak boleh tido..huhu..sebab aku bangun pukul 2.00 petang tadi. jadi aku ngah tunggu Barcelona vs Arsenal malam ni. Pak cik aku cakap malam ni diorng lawan dalam liga juara-juara.huhu. Kalau tak de pon tak pe..aku layan blog kawan2 aku ar.hehee..

Mood baik.

Terjumpa (tajuk baru)

-Semalam dan kelmarin.Aku tolong mak aku kat kedai (ooppsss,tolong ke?)heheh..tengah syok layan tv..aku terlihat seorang wanita yang umur lebih kurang macam aku..uhuh..lepas tu aku tengok dia perrrgggghhhhh..simple dimple n biasa2 je...tapi aura dia lain macam pernah aku daripada perempuan yang pernah aku jumpe (heh macam mana ayat aku ni?) .Wanita tu semua pakej dah lengkap dah..memang yang terbaik macam iphone 4 semua ada..Aku tengok2 je..pandang skit je..sebab aku rasa dia lebih layak dapat lelaki setanding dengan dia...........
hehehehhehehehe..huhuhuhuhuhuhuhu....sebenar nya aku suka perempuan macam tu DIA ADALAH DIRI DIA.Tak perlu komen panjang2 nanti kaum hawa marah..huhuhu..terpulang pada diri sendiri janji korang BAHAGIA dengan hidup korang.jap2 siapa mengenali aku dia tahu perempuan macam mana aku suka..huhuhuh..

Teringin (tajuk baru)

-Aku teringin nak BB (BlackBerry!) sebab aku nak sentiasa online..aku perlu buka blog aku setiap hari..Dapat BB dapat tengok (Trafik,komen dan duit daripada iklan2) hehehehehe..Aku nak BB yang asalkan bagus dan TERBAIK untuk online..(aku rasa semuanya terbaik kot)huhuhu..

Teruja (tajuk baru)

-Aku dapat tahu yang pengasas google tu..pertama kali menjalankan projek mereka membuat google di GARAGE..Huhuhu..bagus2..diorang berusaha tanpa memikirkan kerjayaan akan mereka perolehi sekarang.Mereka lebih masyuk pada kerja diorang daripada masyuk memikirkan keuntungan..(TEORI AKU SAJA)..huhuhuhuheheheheh..

Terkejut (tajuk baru)

-ada orang panggil aku HENSEM...

Monday, February 14, 2011

Anti copy and paste!!

Assalammulaikum!

Baru saja mengedit template ini and baru memasang Anti COPY AND PASTE.Aku buat ini saja je.Sebab tak ada sapa nak copy aku punya blog ni.Kalau blog lagi satu ye..aku pasang ready2,untuk keselamatan!..hehehehehe..Korang nak buat ANTI COPY AND PASTE???
sapa dah buat tu bagus..yang belum tu??nak buat??

Korang boleh tanya kat Pak Cik Google tu..tulis 'Anti copy and paste blogger" keluar dia tu..
ok?

kalau ada apa-apa msg ye....hehehehe...


Sunday, February 13, 2011

Blog

Assalammulaikum!!

uhuhuh..nak buat kerja ni..tapi tak semangat sebab tak MANDI agi walaupun dah pukul 3.52pm..
sebab teruja nak tgk blog lagi satu tu..tak buat apa2 pon blog lagi satu tu..just tengok je...sebab teruja tuan diri sendiri design dengan cantik dan teratur...hahahahah..itu je..blog lagi satu ini aku buat sebab aku suka menulis..pasal apa2 je lah..hahahaha..aku boleh tulis apa saja..kalau ada salah tu sila-sila beri ulasan yang membina ye...hehe..lagi satu aku nak buat manuskrip untuk hantar kat blogger lain..dia macam penulisan2u tu..Aku hantar kat situ sebab yang bertemakan fiskyen je..
dan sama lah dengan aku suka sangat berangan-angan..huhuhuh..lagi satu blog kat sana banyak pelawat datang so,diorang boleh baca aku punyer cerita..huhuhu...blog aku tak ramai pelawat sebab baru buat..huhuhuh...

INI blog aku:http://akupunyapasallah.blogspot.com/
INI blog aku nak hantar manuskrip tu:http://ilhamdanfantasi.blogspot.com

huhu..Sekian

Friday, February 11, 2011

BAGUS

Gila lah..pertama aku nak ucapkan berjuta Terima Kasih kepada diri aku sendiri disebabkan rajin membuat kerjanya sendiri..walaupun kurang konsisten..tapi tak pe aku terima keadaan dan tabiat itu..hehehe..banyak benda belum siap lagi..buku pun lom baca abis lagi..dan paling penting TEST kereta pun lom buat agi..huhuhu..takpe2..uhuh

Buku Think Like Da Vinci
Buku kerajaan madani oleh John Locke

Senarai buku diatas belum dihabis baca lagi..hehe..

TETAPI

Aku dah ada perancangan beli buku baru jeng,jeng,jeng...

bukunya belum ditentukan lagi..huhuhuh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...