Wednesday, April 5, 2017

Poligami, Keadilan Dan Pemimpin


Aku menyoal kembali kepada diri aku mengenai isu Poligami. Benar, poligami adalah penting kepada keadilan untuk setiap isteri-isteri. Isu timbul apabila aku melihat Poligami ini sangat Taboo pada masyarakat. Maka, sesiapa yang lakukan poligami, maka di-cop negatif dan tidak akan berlaku adil.

Ia terpulang kepada individu. Individu atau Muslim yang akan memberikan imej yang baik. Agama Islam diburukkan dengan berita keganasan dan pengeboman yang sering dikaitkan dengan orang islam. Ini tidak betul, bukan semua muslim yang salah erti apa maksud Jihad yang disarankan oleh Islam. Begitulah jika seseorang ingin berkahwin, maka dengan itu, seseorang tidak adil pada perkahwinan poligami tidak memberikan gambaran yang benar yang poligami itu tidak berlaku adil. Kerana perspektif yang melihat perkahwinan poligami yang tidak adil, telah membelenggu masyarakat. Oleh sebab itu, jika ditanya wanita diluar sana, ramai mahu mengelakkan mereka di-poligami.

Masyarakat lebih peka kepada mana-mana ahli masyarakat lain yang ingin berkahwin lagi, isu tidak adil, tidak sama rata dan isu soal hati dan perasaan dimainkan dan ditiupkan supaya mengambarkan adalah mustahil berlakunya aman damai dalam perkahwinan poligami. Mereka mengecam pada mana-mana orang ingin berkahwin lagi. Ironi-nya, mereka tidak kenal dan mengecam tanpa adil. Tidak pula mereka kenal orang itu secara mendalam dan terus mendakwa mereka tidak akan berlaku adil. Jika tidak adil Poligami secara total, adakah Tuhan tidak adil dalam menetapkan Peraturan dan Hukum-Nya?

Ini persepktif yang membelenggu. Sudah menjadi kebiasan pada mana-mana novel dan drama menunjukkan pengakhiran pada poligami, maka berakhirlah kebahagiaan yang di bina. Perlu lihat pada asasnya, iaitu poligami boleh berlaku adil pada orang betul. Orang atau mereka yang sememangnya layak. Bukan aku mengalakkan pada mereka yang tidak adil, tidak memberi nafkah, mengikut hawa nafsu untuk berpoligami. Cuma berikan sokongan pada yang layak dan tidak mengecam sesiapa ingin poligami sekiranya layak. Dan buang perspektif bahawa poligami ini tidak membawa kebaikan dan berakhirlah sebuah perkahwinan dan kebahagiaan pada isteri pertama.

Ingatlah, pandangan alam atau persepktif bukanlah kebenaran. Ia cuma lingkungan pengalaman yang kita cerap daripada kehidupan. Kehidupan di dunia ini pula sungguh luas. Pelbagai ragam dan rinci. Kita boleh mendakwa kebanyakkan poligami berakhir tidak bahagia, tetapi pada di sisi kebenaran belum tentu. Kita mungkin terperangkap dengan propaganda di luar sana dan bersetuju bahawa poligami ini tidak mungkin berlaku adil. Ia cuma propaganda, ajakan menyuruh kita mempercayai kata-kata mereka.

Bercerita soal keadilan, isu poligami hangat diperkatakan tentang isu ini. Adil. Malangnya, penilaian kita pada sesuatu isu tidak adil, mengikut cerapan pemgalaman yang kecil dan mengikut propaganda yang dikeluarkan aktiviti seni, seperti drama, novel, filem, lagu dan lain-lain. Lebih mengharukan, apabila masyarakat menyoalkan dan sensitif isu keadilan dalam poligami berbanding isu keadilan Pemimpin Masyarakat atau Pemimpin Negara.

Pemimpin Masyarakat yang melakukan skandal dan rasuah, mereka (baca:masyarakat) tidak sensitif mengenai isu Keadilan dan Integriti. Malah mereka boleh turun ke jalan raya membantah sebarang skandal dan rasuah, Tetapi tidak berlaku. Mereka tidak sensitif dan sedih tentang hal itu. Mereka sedih mengenai kos barang naik dan sara hidup tinggi, walhal itulah kesan daripada skandal dan rasuah yang mereka tidak ambil tahu langsung dan sensitif !!

Mengapa poligami yang halal kita sensitif. Isu skandal dan rasuah kita tidak rasa apa-apa? Inilah saya lihat barah yang melanda sebahagian masyarakat. Peka perkara yang remeh mengenai artis yang kahwin lagi dan mengecam beliau kerana tidak sayang bini pertama dan berlaku ketidakadilan, berbanding menunjukkan perasaan tidak puas hati pada pemimpin yang korup.

Kesimpulannya, perlu jelas apa difikirkan supaya adil dan keluar dari belenggu perspektif yang salah. Berlaku adil dalam penilaian. Utama isu yang memberi kesan pada anak dan cucu-cicit kita. Berikanlah orang yang layak berpoligami dan tidak mengecam dirinya. Sekian, terima kasih.


Nota kaki: Aku secara peribadi, tidak mahu poligami, kerana aku bukanlah golongan yang layak. Artikel ini ditulis supaya melihat poligami sisi yang betul dan sensitif pada perkara yang betul, yang kesan kepada semua masyarakat secara total, iaitu isu skandal dan rasuah.









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...