Friday, February 17, 2012

Zaman Kegelapan Eropah Dan Zaman Kegemilangan Islam

Assalammulaikum,

Bagaimana tajuk di atas?.Menarik bukan?

Baiklah,Aku buat tajuk ini kerana semalam atau kelmarin aku menonton ceramah Ustaz Azhar Idrus. Memang menarik dan seronok di tonton.Sambil menonton itu aku membaca ruang-ruang ulasan.Aku tertarik salah seorang pengulas ulasan ayat lebih kurang sebegini

"Kenapa perlu buat hukum hudud?bukan ia mengongkong rakyat seperti terjadi Zaman Kegelapan Eropah?"

Sebenarnya ayat itu aku ada edit sedikit sesuai untuk pembacaan umum.Secara ringkas aku ingin bercerita kepada anda semua apa yang aku baca dan mentelaah bahan-bahan sejarah Eropah.Walaupun secara ringkas aku pasti ia padat.

Pada Zaman Kegelapan Eropah agama Kristian  menguasai Eropah.Semua orang tahu apa yang terjadi dizaman tersebut kota-kota di eropah lesu dan kotor berbanding kota-kota di Kerajaan Islam yang indah dan bersih.Sejarah membuktikan agama islam yang diamalkan oleh Kerajaan-Kerajaan Islam terdahulu melahirkan manusia yang berakhlak mulia dan berilmu.Apa yang terjadi di eropah adalah sebaliknya.Gereja amat berkuasa ketika itu,menyekat perkembangan ilmu,jika ilmu para cendikiawan bertentangan dengan kitab bible ia akan dihukum,ini berlainan pada agama islam yang telah membuktikan dunia yang sains ciptaan Ilmuan Islam selari dengan Kitab Al-Quran.

Penyekatan oleh gereja menyebabkan rakyat eropah tidak ada kebebasan bersuara,berfikir dan sebagainya.Pada Pasca Zaman Kegelapan Eropah hak asasi manusia,kebebasan bersuara,tidak percaya agama telah diterima oleh masyarakat  eropah kerana mereka sudah tidak percaya pada agama kerana penyekatan oleh Gereja.

Perkara ini tidak berlaku pada Zaman Kegemilangan Islam,perkembangan Ilmu,kebebasan berfikir dan sebagainya digalakkan oleh agama Islam.Pada Zaman Kegemilangan Islam Kerajaan Islam merupakan kuasa besar dunia seperti apa yang berlaku sekarang seperti Amerika.

Jadi kesimpulannya aku berpendapat perlaksanaan Hukum Hudud tidak akan berlaku seperti di Eropah dahulu.Perlaksanaan agama islam seperti undang-undang,pendidikan,budaya,kewangan, dan sebagainya akan membawa kemakmuran dan kemajuan.

Ia bukan retorik,tetapi Sejarah Telah membuktikan.

Assalammulaikum.:)

Tajuk ini bukan untuk sesiapa,mahu yang hidup atau yang meninggal dunia,Tajuk ini bertujuan ingin berkongsi para pembaca,jika ada kesilapan,sila tegur saya secara baik.:)

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...