Wednesday, July 24, 2013

Wakaf Buku: Asas-Asas Fardu Ain-Sulaiman Endut.

 Pitas - Bermacam kisah dilempar ke kami untuk dipikul. Antaranya, “saya ini nama saja Islam tapi saya tidak tahu apa-apa”. “Islam lagikah saya ini? IC saya nama Islam, tapi saya tidak Islam sebab suami saya dulu bukan Islam. Sekarang ni, suami saya Islam jadi kami mahu belajar agama tapi tiada guru”,  “saya mahu belajar Islam dan sanggup tinggalkan kampung tapi  siapa yang jaga dan bagi makan ibu bapa saya di kampung nanti?”, “Saya mahu hafal al-Fatihah, mahu belajar sembahyang, tapi saya takut sebab saya tidak pernah mandi bersih.” Inilah antara isi hati yang kami dengar setiap kali masuk ke kampung-kampung.

Muslimin dan muslimat, PPIS yakin jika seluruh umat Islam di Malaysia mengambil langkah mendengar dan membantu mereka, insyaa Allah, kita boleh  mengadakan keperluan buku Asas Fardu Ain kepada mereka sebagai langkah awal mendidik mereka. Oleh itu, PPIS merayu sekali lagi agar kita bersama-sama membantu keperluan mereka.

Program menghimpunkan buku-buku asas Fardu Ain  sebanyak 50,000 naskah untuk diagih-agihkan kepada seluruh umat Islam di kampung-kampung pedalaman Sabah.

Alamat pos kami;

Persatuan Pendakwah Islam Sabah ( PENDAKWAH )
Lot J-2, Blok J, Lorong Sierra 2/3A, Bandar Sierra,
Apartment  PH 3A1, 88450 Kota Kinabalu Tel; 088473445 / 0198827449 

Akaun BANK: PERSATUAN PENDAKWAH ISLAM SABAH 
10-016-02-096785-6 ( BANK ISLAM )

Sumber: CahayaFM.Net

Tuesday, July 9, 2013

Restoran Dan Hartanah,

Assalamualaikum!

Kali ini aku mahu cerita fasal Restoran dan Hartanah. Mengapa restoran dan kenapa hartanah? Dua bidang ini adalah berbeza dalam subjek perniagaan, Restoran perniagaan yang menjalankan perkhidmatan makanan, dan hartanah, perkhidmatan ruang perniagaan dan perumahan.

Keluarga aku miliki restoran, sememangnya kalau memiliki restoran dan berbisnes, semua usahawan mahukan keuntungan yang maksimum. Tetapi sekiranya kita tidak endahkan untuk memaksimumkan keuntungan, banyak cashflow akan keluar untuk pusing modal dalam perniagaan. Salah satu beban aku nampak dalam restoran adalah kita perlu bayar sewa kedai. Ya. Sewa kedai akan semakin meningkat, itu pasti.

Usaha mengabungkan Restoran dan hartanah akan meningkatkan nilai aset dalam perniagaan kita. Secara tidak langsung kita memilih ruang kedai yang sesuai untuk bisnes kita. Dalam pelaburan hartanah, lokasi adalah satu perlu diambil kira, sekiranya salah pilih lokasi, tiada siapa mahu menyewa tapak hartanah kita, sebab sukar memperolehi pelanggan di sekitar itu.

Memilih hartanah yang Hot ini banyak kaedahnya, tapi aku bukan mahu cerita tentang kaedahnya, aku mahu cerita tentang idea, Restoran dan hartanah. Kalau aku memiliki hartanah sendiri, kemudian aku buka restoran, dengan hasil keuntungan itu aku bayar pinjaman kepada pihak bank, kemudian lama kelamaan, hartanah itu menjadi milik aku.

Selepas hartanah sudah jadi milik aku, aku sudah bebas dari liabiliti perniagaan yang besar. Dan fokus cashflow untuk kegunaan lain. Tapi bagaimana pula bisnes restoran sekadar persimpangan jalan sahaja?
Mudah, cari penyewa, menyewa hartanah kita!

Tapi bagaimana pula hartanah aku itu tiada siapa mahu menyewanya?
Mudah! Sebelum kita beli hartanah, pasti kita akan cari hartanah yang senang dan menjadi tumpuan orang ramai. Jadi fikir semula, adakah bisnes restoran mengalami kerugian disebabkan lokasinya tidak strategik? Tanpa mengira faktor servis restoran dan makanannya.

 Bisnes restoran boleh aku ringkaskan adalah.

Chef yang tepat, makanan sedap.
Sistem pengurusan betul, servis yang mantap.
Kekal restoran itu, apabila memiliki hartanah!

Apa-apa pun ini pendapat aku sahaja, semenjak aku kira cashflow dan mengakaunkan (Secara asas) pembelanjaan kredit dan debit restoran mak aku.

Tapi idea restoran dan hartanah sudah lama bertapak, contohnya, Mcdonald. Kita boleh lihat Mcdonald ada tapak khas untuk restoran mereka. Tanda mereka bukan sekadar melabur dalam bisnes restoran tetapi dalam bidang hartanah. Restoran mereka menjadi rujukan kepada para pelabur hartanah untuk membeli hartanah di sekitar dan berdekatan restoran Mcdonald.

Sekian. Assalamualaikum!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...