Tuesday, April 24, 2012

Blog Peribadi Ke Dua

Assalammulalikum

Sudah saya janjikan. Saya sudah miliki blog kedua!. Blog ini lebih pandangan peribadi.Blog ini pula lebih pada sentuhan peribadi. Jadi ada perbezaan.

Tujuan blog kedua ini adalah saya mahu mengumpul semua catatan saya sepanjang saya blog ini mahu jadi kumpulan cerpen atau buku. Itu sahaja. Jadi singgah dan follow ya blog ke dua ini. Terima Kasih :D

Amirul Mohamed

Sekian,terima kasih :D

Sunday, April 22, 2012

Penulisan Blog

Assalammulaikum.

Saya mahu buat blog peribadi kedua. Blog ini adalah catatan serius. Saya kira blog kedua ini adalah berani mati. Catatan dalam blog itu mungkin akan melibat perkara-perkara yang serius. Politik,Isu semasa,pandangan saya dan sebagainya. Blog ini bertujuan mencatat segala karya saya di situ.

Saya mula menyedari kepentingan selepas saya membaca buku Tips Penulis Bestseller karya Zamri Mohamad. Blog boleh bikin jadi buku kerana blog melatih kita menulis dan berkongsi kepada orang ramai ia mewujudkan kredibiliti penulis di dunia maya.

Jadi saya mula fikir mahu miliki blog yang serius. Seperti bloh Abang lufti yang saya kira serius walaupun penulisan penyampaiannya santai. Blog ini saya sayang mahu gunakan untuk tujuan khusus saya. Kerana semua tajuk adalah sungguh peribadi disini. Banyak kisah cinta saya tulis di sini. Jadi Blog memang untuk tujuan peribadi.

Saya mula berfikir. Jika saya ada blog yang serius dan mula karya di situ. Siapa mahu membacanya?. Saya kurang pasti fasal perkara ini. Saya melihat blog-blog yang serius tiada "Follower" mereka. tetapi pageview mereka sungguh mengujakan saya.

Penulis seperti itu bagus dalam membina kredibilitinya dalam penulisan dunia maya. Saya berpendapat saya mahu lakukan apa mereka lakukan. Tujuan utama saya adala melatih diri dalam pelbagai penulisan di blog tersebut.

Itu sahaja.
Assalamulaikum

P/s: Saya akan maklumkan kepada anda semua apabila blog saya maksudkan itu sudah ada dan bersedia untuk anda membacanya. :D

Friday, April 20, 2012

Kritikan Karya Diari Mat Despatch Edisi Patah Hati Karya Bahruddin Bekri.

Assalammulaikum.

Bagaimana dengan tajuk di atas. Bunyi seolah keras. Ini adalah kata kunci terbaik untuk bidang pemasaran online :D. Saya hanya bergurau senda sahaja disini. hehe. Siapa lah saya mahu kritik penulis mapan seperti Bahruddin Bekri. Saya menulis disini bagi menerang kepada diri saya dan anda (Yang mungkin mahu tahu) tentang karya saya sebut di atas.

Karya Diari Mat Despatch Edisi Patah Hati ini adalah karya untuk remaja. Kenapa saya membaca?. Ini kerana saya telah menghubungi Editor Senior Rafiza Rahman di bawah syarikat PTS One iaitu anak syarikat PTS. Saya bertanya kepadanya adakah karya di bawah syarikat PTS One ini perlu mengikuti Tenik Surah Yusuf.

Jadi Saudari Rafiza Rahman ini cadang kepada saya membeli buku terbitan PTS One sebagainya rujukan. Jadi saya pun membeli dua buah buku terbitan PTS One. Iaitu Diari Mat Despatch Edisi Patah Hati dan Diari Mat Kilang: Dari Mersing Ke California karya  Ahmad Fairoz Daud. Terus terang buku remaja pertama saya baca dalam penglibatan saya dalam dunia pembacaan serius. hehe.

Penulisan ini adalah mengulas Teknik Surah Yusuf dalam karya Diari Mat Despatch Edisi Patah Hati.


Pertama.

Secara keseluruhannya, cerita mengenai watak utama seorang pemegang Ijazah Ekonomi. Bekerja sebagai Mat Depatch. Dirinya dikelilingi pelbagai masalah. Apa yang menarik. Saya yang masih baru dalam dunia penulisan melihat binaan plot dalam karya nampak semulajadi. Tiada campurtangan penulis (Mungkin ada) kerana penggeraknya adalah sebab dan akibat. Walaupun pelbagai masalah dihadapi. Tetapi sebab dan akibat dalam binaan plot sungguh mesra alam.hehe.

Kedua. Ejaan.

Ada kesalahan ejaan. Mustapa Awal pada mulanya tertiba Mustapa Kamal. Muka surat 70.

Ketiga
Watak wanita. Wanita cantik dalam itu (tidak perlu saya sebut nama watak itu) tidak dinyatakan bentuk muka,bibir,hidung,mata dan sebagai bagi mengambar kecantikan wanita itu. Ini adalah ketetapan utama dalam Teknik Surah Yusuf dan saya fikir Bahruddin Bekri berjaya mengolah cerita dengan bagus dan menarik.

Keempat. Tempat.
Dalam karya ini,tidak ada dinyatakan secara terperinci mengenai pejabat,rumah dan tempat-tempat lain. Ia hanya nyatakan "Balik rumah" tetapi rumahnya tidak diterang. Saya mula baca fikir rumahnya setinggan. Tetapi selepas tamat pembacaan rumah dua tingkat. Dalam Teknik Surah Yusuf teknik realisme tidak ditekankan. TSY tidak menekan secara terperinci latar tempat di dalam karya. Jadi sesiapa mahu menulis menggunakan teknik ini latar tempat di marikh pun boleh kita tulis  :D.

Kelima.
Bahasa Melayu Tinggi. Dalam watak kanak-kanak bahasa digunakan juga dalam Bahasa Melayu Tinggi atau (BMT). Perkataan "Tuhan" apabila berdialog digunakan bagi permahaman kanak-kanak yang dibualnya. Tetapi watak utama berkata pada dirinya sendiri perkataan "Allah" digunakan kepada orang dirinya sebagai orang dewasa. Dalam teknik Surah Yusuf "Bahasa Melayu Tinggi" adalah syarat paling utama. Walaupun kanak-kanak berumur lima tahun dalan boleh bercakap pergunaan Bahasa Melayuu Tinggi wajib digunakan.

Keenam
Binaan plot yang bagus berjaya memberi mesej yang banyak perumpamaan dan anologi mungkin juga berfalsafah. Meletakkan watak utama seorang yang jahil berfikir (walaupun lulusan universiti) dengan sudut pandangan pertama. Membuat sekalian pembaca merasa pemikiran Bahruddin Bekri berjaya masuk dalam minda mereka. Kenapa begitu?. Bagi saya sudut pandangan pertama lebih dekat dengan remaja seolah-seolah dirinya sedang membaca kisah orang lain dan apa lebih ilusinya karya Bahruddin Bekri dalam sebuah "Diari" menarik lagi pembacaan mereka.

Ketujuh.
Say senyum seorang apabila watak utama dalam karya sangat jahil cara berfikir. Elemen kejahilan watak utama yang tidak pandai berfikir itu adalah hak Bahruddin Bekri kerana adalah watak ciptaannya untuk mengembangkan plot. Tetapi bagi saya satu kritikan sosial yang bagus kepada Mahasiswa yang bangga menerima ijazah tetapi jahil secara berfikir.

Kelapan.
Ini mungkin kali kedua selepas novel remaja pertama yang pernah baca tetapi tidak pasti apa tajuknya. Novel buat saya ketawa sehingga berguling-guling kalau boleh dan ketawa sekuat hati tetapi sudah larut malam kerana kesian orang lain tidur. Saya jadi tidak keruan kerana membaca sesuatu sambil perut menahan gelak, ia saya boleh terima tetapi jarang saya lakukan. Bagi saya memang lucu watak utama ini.

"Kesembilan"
Dalam Teknik Surah Yusuf dialog perlu banyak dari ayat naratif. Tetapi dengan sudut pandangan pertama yang tidak lewah dan dialog dengan yang baik dan juga naratif yang seimbang. Memang indah saya melihatnya. Saya tidak tahu kenapa dalam jiwa saya seolah-olah membaca kisah yang saya rasa indah dan sering ketawa membacanya. Saya tidak pasti.

Kesepuluh.
Saya menerima ilmu baru. Bahruddin Bekri mengisi pemikiran dari binaan plot dan menyalur melalui dialog dan plot . Sebelum ini saya sering menggunakan dialog meletakkan pemikiran saya. Tetapi dengan perhatian saya teknik dalam karya ini memberi sesuatu pencerahan kepada saya untuk menulis dengan lebih bagus lagi.

Sepuluh sahaja saya dapat berikan. Saya mula mempelajari sesuatu. Saya memang suka mendapat ilmu dari karya yangs serius. Tetapi karya ringan seperti ini saya juga dapat. Bagaimana?. Saya buka sekadar membacan sahaja tetapi saya membaca dengan dapat sesuatu. Ya. dapat sesuatu. Jadi dengan karya terbitan PTS One ini boleh saya menghantar sinopsis dan bab awal kepada Editor Senior Rafiza Rahman untuk buat penilaian. Saya bukan bijak menulis,tetapi saya perlu menulis. :D.

Assalammulaikum :D.
 
P/s: Kesilapan mungkin paling besar dalam hidup aku adalah aku panggil Editor Senior Rafiza Rahman itu dengan panggilan saudara. Hehe. Aku sebenarnay tidak sabar mahu mendapat kerya Rich Dad, Poor Dad edisi bahasa melayu!. :D

Saturday, April 14, 2012

Tahun ini

Walau apa
Hati ini mahu tahun 2012

Terjadi dengan impian
Beku awan-awan langit
Tinggi!

Pasti berjaya!

Friday, April 13, 2012

Cerpenis

Assalammulaikum

Aku selama tidak pernah menulis cerpen. Pernah sekali tetapi tidak ikut format tepat lah. Dialog entah kemana tempatnya..hehe..

Karya yang aku berjaya menulisnya sebanyak 4 buah cerpen selepas MPR 2012.

1 Kebahagiaan
2 Disebalik Tugaku
3 Disana Ada Kebenaran
4 Perdana Menteri Dan Cinta Seorang Remaja (Hampir siap)

Walaupun belum tersiar dalam mana-mana media. Kerana aku tunggu Kak ina pulang dari Umrahnya dan membetulkan apa yang silap. dua cerpen atau tiga itu nanti buat penilaian untuk antologi. Apa yang aku sudah di fahamkan. Cerpen bertajuk Perdana Menteri Dan Cinta Seorang Remaja itu aku ingin siarkan di mana-mana media. Amin...

Jadi usaha aku sekarang aku ingin perbaiki gaya tulisan aku dan menulis. Rasa semacam lain gaya penulisan aku,penulis lain aku baca cerpen mereka tidak sama aku mahu tiru mereka (gaya penulisan mereka) .hehe. Aku kurang pasti gaya tulisan dan menulis senang di baca oleh orang lain ke atau mereka kata tulisan aku ini kurang baik. Sebab tiada siapa yang mengkritik karya aku lagi. Hanya menungu Kak ina membalas emailnya kepada aku. Hehe..

Itu sahaja.
Assalamulaikum :D

Wednesday, April 11, 2012

Petikan Hati (Puisi)

Siapa antara kalian
mahu tahu sesuatu perkara?

Mari sini,ada satu rahsia dan jenaka
kebarangkalian pun ada celaka.

Di bumi kalian dan saya pijak ini
Ada rahsia.

Bahasa saya dan kalian
Dibelakangkan
Gasang si celaka mahu kemajuan.

Di kotaraya kalian mahu
sesuap nasi
Ada jenaka.

Para raja di kota raya
Mahu kalian bersamanya
Untuk mengkayakannya.

Bukan raja sultan
Raja pemodal.

Tidak kenal erti kemanusiaan
Hanya kerna di rasuk kapitalisme.

Mati kalian beribu keluar kilang
Ciptaan tiada idealisme.
Bersiap siaga bersama raja.

Hanya sesuap nasi seperti kalian.
Payungan mereka sahaja kalian itu harapkan.


Apa untuk celaka?
Tiada.
Hanya kebarangkalian.

Puisi Untuk Minggu Ini: Hujan

Setiap kali hujan
aku melihat di luar tingkap
apa yang terjadi di negeri sembilan daerah itu.

Hujan bagai memerli aku
Seperti tahu aku dihujani beribu pertanyaan dan kegelisahan
Seperti awan mendung masih gelisah dirinya dimarahi penduduk bumi.

Melihat pepohon di tampar angin
Juga membuat aku begitu.
Buat aku sedar.

Aku hanya bertepuk sebelah tangan.
Tamparan itu aku sambut petanda
Apa gunanya jika aku erang.

Aku melambai-lambai
Tanda harapan
Tanda sejuta pertanyaan.

Esa-esaan aku rupanya.
Hanya puisi ini tempat aku erangan.

Tuesday, April 10, 2012

Melayu

Assalammulaikum,
Hari ini dan waktu aku ingin membebel.HAHA.

Baiklah,Adlin ramlan ramli dalam iklan LRT,hingga iklan amalan mulia yang bergaduh dengan jiran dengan bangsa india,aku kurang pasti bergaduh mengenai apa.

Iklan LRT itu adlin seolah-olah tidak penduli dengan makcik mengandung sambil diperhatikan bangsa lain.
Iklan amalan mulia yang bergaduh dengan bangsa lain adalah melayu.

Dua iklan membuat aku fikir. Kenapa melayu?
Melayu yang tidak beradab (LRT)
Melayu tidak menghormati jirannya (Amalan mulia)

Aku bukan ingin kata yang bangsa lain itu PERLU/WAJIB kena pegang watak dalam iklan. Kawan-kawan malah di facebook ada india dan cina yang semuanya aku rasa memang baik dan sangat menghormati aku.

Aku hairannya.Dua iklan ini watak utama adalah Melayu yang menunjuk sikap yang memberi aku semacam negatif sahaja melayu ini buat. Macam ingin memburukkan bangsa melayu sahaja. Dengan bahasa kebangsaannya entah kemana penggunaannya dalam negara (Malay)(sia) , dan bangsa melayu digambar oleh media massa sebagai tidak menghormati bangsa atau orang lain. contohnya di atas. Masa aku di PLKN aku sangat gembira sebab aku dapat lepak dan gurau bersama bangsa india dan cina. Mana tidaknya tidur satu dom dan satu kompeni. Yangs seronok mereka siap kejut aku lagi suruh pergi sembahyang subuh.HEHE. Masa sekolah mana aku dapat semua ini.

Itu sahaja lah. aku bukan ingin kritik DEB. Aku fikir media massa lah yang buruk-buruk kan melayu ini. Oh ya,dua iklan itu adalah iklan (Ke) (RAJA) (an).

Sekian, terima kasih.

Friday, April 6, 2012

Lelaki dan Anjing

Aku melihat susuk tumbuh lelaki
memaling kiri dan kanan
melintasi laluan kenderaan

Disana seekor anjing sedang duduk
memerhati besi bangsat melintasi

Lelaki berpakaian segak melintasi
Penuh gagah menahan besi bangsat.

Tunggu besi bangsat memberi laluan
Anjing pula ambil kesempatan

Aku ketawa melihatnya
Bagai pengurus besar memberi arahan
berhenti.

Anjing pula senang-lena..
Kerna lelaki itu bekerja padanya.

Aku memikir satu puisi
Oh ya, evolusi aku fikir.






Terharu

Assalammulaikum.

Puisi yang aku bina petang tadi di jawab oleh Najwa Masri. ia tidak balasa, tapi buat ENTRY khusus.
ini dia

Najwa Masri (NM)? hehe

Itu sahaja.
Assalammulaikum!

Thursday, April 5, 2012

Masa untuk meraikan cinta! dedikasi pada Najwa Masri

Sengsara akar mengidam air tanah
Hidup aku bergantung tanah air.

Terbang tinggi cemara mengapai awan
pelangi langit kesukaan cemara

Kumbang bertanduk emas
milik bunga di gunung tinggi

Kini aku miliki.
Masa untuk meraikan cinta wahai jejaka.
Penat getir menahan rindu

Kini hati sudah berpunya
rindu dilepas pada si bunga gunung

Masa untuk meraikan cinta!
Wahai wanita usah mahal padanganmu.

Sakit jiwa jika tidak melihat wajahmu!
Masa untuk meraikan cinta!!

P/s: aku masih tidak berpunya lagi .hehe..puisi khas ini ditujukan pada Najwa Masri. (NM?) .hehe..Tercipta puisi sebab status yang ditulis beliau yang bunyi begini "Masa untuk meraikan cinta" bagus ayat itu,jadi mahu bikin puisi sebab selalu tulis puisi bertepuk sebelah tangan sahaja. sesiapa boleh kritik ya, berhemah lah..hehe..

Tuesday, April 3, 2012

Selamat Ulang Tahun

Di bumi aku menetap
Di sini matahari melihat seharian.

Asia nama di beri
Wujud negeri bernama Malaysia.

Selangor kebanggaanku
Juara 32 kali Piala Malaysia.

Klang saksi Raja Abdullah tewas pada Raja Mahadi.
Juga menjadi saksi lahir seorang puteri 3 april 1992

Nama di beri padaku
Miss Liza.
Sejuk menyentuh mata apatah lagi
Hati yang melihat.

Selamat Ulang Tahun

 Miss Liza






Sunday, April 1, 2012

Misi

Assalammulaikum

Aku ada misi. Aku tak nak tidur dan buat kerja hingga ke subur. Dan hanya tidur 3 jam sahaja sehari. Sebab aku nak capai matlamat aku dan menjadi lebih rajin dan rajin. Dengan kenyataan sedemikian percapaiannya lebih cepat. Dari tidur aku rasa membuang masa sahaja. Walau aku faham keperluan hak badan aku untuk rehat. Aku melihat diriku ini perlu buat sesuatu kerana aku masih muda!!tenaga aku masih kuat!. Mesti kerja keras!. mencapai apa yang aku mahukan!

Okay itu sahaja.
Sekian Terima Kasih membaca :D

Assalammuliakum :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...