Thursday, August 23, 2012

Pahang, Tunang, Dan Jodoh.

Assalammulaikum !

Semalam 22.8.2012 keluarga berjalan-jalan ke pantai timur. Haha, senang cerita pergi Pahang, Tementi. Yeah, jumpa saudara mara sebelah ayah. Perjalanan memakan masa amat lama dan memenatkan badan. Walaupun aku penat dan sakit-sakit badan aku tetap menulis untuk entri blog ini.

Kenapa lama dan memenatkan?

Sudah tentu pertama-tama ayah aku tersilap masuk lorong ke simpang jalan Kuala Lumpur padahal mahu ke Temerloh, ambik kau 3 jam menuju semula ke temerloh walaupun sebelum tersilap jalan kami sekeluarga sudah sampai Maran !

Memang terbaik !

Ayah aku bawa kereta laju hingga mececah 160 km sejam. Aku sebelah dia, jadi pembantu pemandu utama. Tapi yang tunjuk jalan kakak along aku. Aku relaks saja dan terbayang-bayang kepala aku, apa yang TSO buat sekarang pada masa itu. Heheh.

Itu mahu ke temerloh. Belum lagi mahu pulang. Sesudah kami sampai R&R dan melepasi terowong Genting Sempah, tiba di Kuala Lumpur ayah aku sekali lagi tersilap masuk lorong dia ke lorong Setiawangsa sepatutnya kami masuk lorong Damansara untuk menuju lebuhraya NKVE.

Badan sakit-sakit. Hahah. Macam-macam lah berbincang, bermula topik bertunang hingga topik perniagaan. Hah, mak aku sudah penat dan sememangnya orang tua akan mengeluh kerana dirinya mahu rehat kerana esok 23.8.2012 ada Rumah Terbuka!

Ya, esok rumah terbuka. Kalau TSO baca ini, datang ke rumah aku dengan senyumannya kadang-kala penuh misteri bercampur kemanisan. Sudah tentu aku kurung diri di bilik aku. heheheh. Tapi kalau dia datang sudah tentu dan pasti, aku happy je memanjang.

Bayangkan dia datang kemudian dia duduk dengan kakinya rapat, tudungnya dilabuhkan tanpa berfesyen serta warna primer, kedua tangannya pula dirapatkan dan jari-jemari mengenggam sesama sambil tersenyum tersipu-sipu kemudian berkata,

"Assalammulaikum Mir."

Fuuuhhh.. Terus aku tak boleh menulis sekarang ini. HAKHAKHAKHAK.

K, babai.
Assalammulaikum !

Monday, August 20, 2012

Fotografi Novell Dan Fotografi Novell

Assalammulaikum !

Bagaimana sambutan hari raya anda? Meriah atau sesangat meriah sehingga tetamu melimpah keluar? Adakah anda mengira bahawa meriah hari raya pertama itu disebabkan tetamu yang ramai, duit raya yang banyak, orang memuji anda cantik atau baju yang cantik, bercerita tentang pendidikan anda sekarang dan lain-lain yang sesama dengannya.

Entri aku ini bukan mahu menjual barang. Hari raya pertama aku, aku peroleh satu perkara yang aku sangka sebelum ini pekerjaan seperti itu hanya mencari rezeki semata-mata. Bidang The Special One minat dan aku juga minat. Iaitu Fotografi.

Kata Kakak saudara abang ipar aku ini,

"Bidang fotografi ini ramai yang melayu, tapi melayu tidak buka studio untuk cuci gambar."

Kemudian aku berkata,

"Dalam bidang fotografi ini khususnya di Malaysia wujudkah golongan seni yang menggunakan camera DLSR mereka untuk berkarya?"

"Ada, mereka menghasilkan karya mereka yang disebutkan, Fotografi Novella. Iaitu Kronologi bergambar."

Mata aku membulat besar dan mulut terlopong seperti kehausan di gurun Sahara.

"Sekiranya begitu, bagaimana pula hak ciptaan gambar yang kita ambil itu? Contohnya, gambar suami isteri membeli-belah, kita ambil gambar mereka sedang bebas, adakah ia akan dakwa di mahkamah sebagai hak mereka kerana, subjek itu adalah mereka?"

"Tak, sebelum kita mahu menghasilkan itu, bayar lah upah. Contohnya kita mahu mengambil kehidupan seorang pakcik tua bekerja di kilang. Kita minta persetujuan dari pakcik itu dan bayar contohnya RM100, kemudian sekiranya pakcik itu setuju, kita mula berkarya."

Sambung dia lagi,

"Karya itu boleh dijual stockphoto atau sebagai koleksi simpanan atau jual pada siapa-siapa yang berminat."

Aku hanya mengangguk dan tiada geleng-geleng.

Perbincangan itu bina perspektif yang baru  dalam bidang ini. Kerana aku lihat fotografi ini orang cari duit part time. Tapi pada sama ia adalah seni bergambar. Fotografi juga sama seperti menulis, peka keadaan sekeliling, lihat sesuatu dari perspektif yang pelbagai sudut, fahaman, dan tafsiran yang berbeza-beza. Satu karya penulisan kita merasai satu ribu macam, satu keping gambar beri makna satu ribu persoalan.

Assalammulaikum. :D

Saturday, August 18, 2012

amirulmohamed.com

Assalammulaikum,

Bayangkan, aku ada website sendiri dan domain sendiri. Sungguh professional dan berkelas gitu. Blog ini masih akan beroperasi seperti, kerana tempat ini aku meluahkan perasaan aku. Ewah. Kenapa dan mengapa aku mahu website sendiri punyai domain dan hosting sendiri?

Sebab, memang minat dalam dunia online. Kalau aku ada website sendiri. seolah aku sudah buat pelaburan. Kompen aku serius menarik trafik dan serius berkarya dalam alam maya ini. Membina jenama dan rangkaian pemasaran gerila. Menjadi viral di alam maya dan mulut ke mulut.

Pekara website memakan masa untuk peroleh kesemuanya, tetapi berusaha demi sedikit dan sedikit, akan membuahkan hasil. Ini cadangan aku.

Buku Online Terbitan Sendiri (Bagaimana tu?)
Website Peribadi (amirulmohamed.com)
Website penulisan (Siapa jadi editor?)

Haha, aku mahu menulis. babai sayang. Opss, siapa sayang aku? TSO lah. TSO?
Assalammulaikum.

Friday, August 17, 2012

Ramadan Akan Meninggalkan Kita.

Assalammulaikum !

Sebenarnya saya ada sejarah tersendiri dalam ramadan dan kehidupan saya. Ramadan dan peribadi saling berhubung dalam diri saya. Tahun-tahun lepas keduanya saling bertentangan tetapi tahun ini tidak. Tahun ini bulan ramadan menguji keimanan saya dan jiwa saya yang hitam ini.

Bulan ini memang mulia dan sungguh mengajar manusia supaya menjadi manusia yang mulia selepas ramadan. Saya duduk di bulan yang kali pertama saya dapat rasakan kemanisan dan pendidikan dari bulan ini. Yang tiada di bulan-bulan lain. Memang saya gagal di bulan ini untuk melawan nafsu, tetapi ia lebih baik pada ramadan tahun-tahun lepas. :D

Lusa kita akan merayakan Bulan Syawal. Sememang perasaan gembira dan kemenangan yang saya rasakan pada tahun-tahun sebelum tidak ada pada tahun ini. Sebab saya tahu saya gagal menempuh dalam ramadan ini dengan baik. Jiwa ini meronta-ronta tidak mahu bulan syawal berkunjung tiba, biarlah saya duduk dalam bulan ramadan 1000 tahun atau lebih. Tetapi itu mustahil dan masa akan terus berlaku dan masa lepas akan dikenang sebagai pengalaman dan terserlah juga keperibadian diri yang jahil.

Kadangkalanya saya rasa malu untuk mengadu pada Allah, sedangkan apabila saya berjaya dan diberikan keselamatan olehNYA. Saya berpaling dariNYA dan tidak taat dan tidak pula menyerah diri ketika dalam suka.

Saya mahu ramadan akan datang dan saya mahu ramadan yang saya mampu rasai dalam kehidupan ini. Ramadan adalah kesukaan saya dan sesungguhnya saya rasa takut apabila ditinggalkan ramadan.

Walaubagaimanapun, masa akan berlalu dan perasaan takut turut juga berlaku.

Sekian, assalammulaikum.

Luar Biasa !

Assalammulaikum !

Pada 11 30 hingga 3.30 pagi restoran keluarga aku diserbu oleh pelanggan-pelanggan yang berpasukan dan saf-saf mereka begitu rapat dan tidak dapat ikawal lagi. Pekerja restoran sudah keletihan semenjak pukul 10 malam lagi sudah melayan pelanggan-pelanggan yang kadangkala bermacam ragam dan kerenah.

Kemudian, aku tiba pada 11.30 dengan gagah serta kaki aku pijak di bumi nyata. Pelanggan-pelanggan ada  yang sedang berbual, termenung, menonton tv, bercinta, berkritik, berhujah, semua mata mereka memandang aku seperti seorang jejaka Hollywood. Aku pun berjalan seperti biasa tetapi sedikit rasa kagum ada di hati. Langkah aku, aku dapat jangkakan seperti bersinar-sinar mata-mata mereka melihat aku, bertambah megah aku dapat rasakan.

Sesungguhnya, jangkaan aku salah. Kepala mereka seolah-seolah memandang aku tetapi anak mata mereka memandang orang dihadapan mereka. Ha ha ha !
Pelbagai bentuk, rupa, warna, kulit, rambut, bertudung, bertudung labuh, berbaju labuh, bertudung bawal, bertudung bogel, jean, selipar, kasut, rendah, tinggi, adik, abang, kakak, mahasiswa/i, professional, separa professional, buruh kasar, membawa motor, kereta, van, bas, berjalan kaki, ada yang ketawa, muram, gembira, wajah kosong, ada yang mesra, lembut, kasar, keras, mereka semua adalah pelanggan restoran aku.

Mereka menikmati pelbagai rasa, selera, kemahuan, dan hawa nafsu. Kemudian setelah selesai mereka membayar makanan dan minuman mereka. Kepenatan mula hilang bila melihat mereka berpusu-pusu membayar di kaunter pembayaran yang dijaga oleh Kakak aku. Datang menyerbu, menyakitkan kaki aku, menyerbu kaunter pembayaran memberi ria di hati. he he he !

Luar biasa ! Perasaan itu. Perasaan itu dimiliki oleh mak aku. Kerana dia yang membangunkan restoran ini bersama ayah aku. Sesungguhnya perasaan itu dimiliki oleh orang-orang yang meniaga. Ya, tidak sama perasaan orang yang bekerja makan gaji. Pada aku makan gaji itu seronok, kita akan kerja dijaga majikan kita, tetapi sampai bila?

Oleh demikian, aku suka meniaga. Niche perniagaan perlu aku teliti. Menulis dan menjadi penulis itu juga meniaga kerana penulis itu usahawan. Usahawan melihat peluang dan mengambil peluang.  Melihat pasaran jernih yang besar, membawa keuntungan yang besar. Walaubagaimanapun, aku pegang satu prinsip, iaitu,

"Wang yang besar tidak menjamin mendapat jodoh yang diidamkan."

Jodoh ini soal yan penting dalam kehidupan. Jodoh ini yang akan bersama aku sepanjang hidup. Kita perlu ada jodoh idaman kita, kerana jodoh ada sesuatu perkara yang perlu kita ambil berat.

"Pasangan kita boleh jadi pendorong atau pembunuh kerjaya kita."

Jadi, fikir-fikirkan, bersama :D
Assalammulaikum !

Wednesday, August 15, 2012

Pendek, Singkat, Padat, Ringkas=Persoalan

Tiada gadis sayang pada diri aku.
Allah mengasahi dan sayang lebih dari sayang dari sejuta gadis mengilai aku.

Terjawab sudah....

Tuesday, August 14, 2012

Sayembara Esastera.com

Assalammulaikum,

Semalam saya baru daftar menjadi ahli esastera.my. Semalam dengan rasmi saya dapat nama pena untuk dunia penulisan ini. Sungguh! Namanya saya kira agak menarik dan tertarik. Moga penulisan dan gaya kreativiti saya pun begitu juga.

Syarat sayembara itu saya kurang pasti. Saya sudah menghantar lima soalan melalui email kepada urus setia sayembara itu. Hadiah utama merupakan hadian percutian ke jordan. Wah! Moga-moga saya menanglah, kehkeh. Manalah tahu dapat belajar di sana. Rezeki Allah. 5 hari 4 malam. Sunggun menarik kan?

Nama pena saya pula adalah Amirul Mohamed !! Aik? kenapa sama dengan nama di blog ini? Sebenarnya saya ada dua nama untuk dunia penulisan ini.

1) Amirul Mohamed.
2) Syah Muhammad Ali

Syah Muhammad Ali. Bagaimana dapat nama ini? Entah, walaubagaimanapun, sedap dan lazat bunyinya.

"Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia adalah Syah Muhammad Ali!"

Kehkehkehkehkeh !!!!

Saya hanya bergurau, apa-apa pun tidak salah berangan-angan. Baik, sambung kerja.
Assalammulaikum !!

Ciri Isteri Idaman Dan Hukuman Yang Nakal.

Assalammulaikum! Hari ini aku mahu berkongsi isteri idaman atau pilihan aku!
Jeng, jeng, jeng!!

Berkongsi pada rakan blogger di sini amat baik dan bermaruah sekali. Bermaruah itu kenyataan nakal aku, jangan ambil berat tentang hal itu. Semua ini akan berlaku selepas hari pernikahan.

Baik, Idaman dari istilah kamus,

"hasrat, keinginan, sesuatu yg diidam-idamkan: dia selalu mengenangkan gadis ~nya" Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Yes! Yes! Yes! seperti digambarkan. Ada 7 ciri-cirinya. Walaupun lebih pada hukuman.

1) Gedik.

Pertama, wanita idaman aku itu perlulah gedik dengan aku seorang sahaja. Maksud apabila sudah menjadi pasangan suami-isteri. Sebelum kahwin gadis itu sopan dan anggun sahaja. Pandang anak mata pun dia menjerling. Amboi, amboi, amboi. Sombongnya dia itu. Okay, Apabila kahwin kegedikan wanita itu teratur dan terkawal. Contoh kalau aku sedang cuci pinggang di dapur dia tutup mata aku kemudian berkata,

"Siapa saya, kalau teka dengan tepat dapat kiss dari saya," dengan nada dibuat-buat kejantanan. Yeah, memang gediks. tetapi berkawal lah. Jangan time mak metua sedang cuci pinggang dia tutup mata mak aku. Kemudian berkata,
 "Siapa ini? Saya tak kenal pun nenek tua ini!" memang cari nahas kegedikannya.

2) Suka peluk aku.

Kalau tengah tonton tv itu. Sekejap peluk, sekejap-sekejap peluk aku. Kemudian aku berkata,

"Kenapa peluk abang ini? dan jawab gadis itu, "Sunyi dan tak biasa tengok tv tanpa peluk-memeluk. "

"Aik, sebelum kahwin peluk siapa?" Dia membalas kesengihannya. Itukan gedik namanya. Tapi dengan aku sahaja.

3) Pakai tudung labuh/ Pengetahuan Agama.
Kalau aku mahu wanita idaman, aku pun perlu menjadi lelaki idaman. Kalau gadis idaman itu menghafal banyak surah Al-quran aku perlu banyak melebihi darinya. Sudah tentu perlu lebih sebab ketua keluargakan. Nanti kalau isteri bertanya hal agama tidak lah pening-pening.

Kalau dia sedang baca Al-quran itu, bawa rotan panjang-panjang letak di sebelahnya. Mesti perangai gediknya hilang, sekira salah bacaan, boleh buli. Suruh dia naik atas kerusi, kemudian menyuruhnya meniup lampu kalimantang sambil mencengkak pinggang. Tiup sampai lampu itu padam. Kehkehkehkeh. Seronok-seronok.

4) Pandai menari.

Eh-eh? Apakah ini? Selain meniup lampu kalimantang sampai padam. Cara buli lain adalah menari tarian tiang ke atau dangdut ke atau lain-lain. Halal kan? Enjoy je lah. kehkehkekeh. Gadis itu dengar sahaja tanpa membantah. Bagus, isteri yang baik.

5) Menjawab soalan.

 Kalau buat apa-apa kesalahan, contohnya jatuh pinggang mangkuk ke ada hukumannya. Kena jawab soalan pengetahuan am sebanyak 20 soalan. Kalau gadis itu salah, kena buat memek muka duckface atau muka comel-comel yang jarang aku melihatnya di facebook. Sebab gambar di facebook semua kata-kata mutiara dari tokoh-tokoh hebat.  Kehkeh, seronok bebeh.

6) Menjadi penceramah.

Kalau isteri mahu menegur aku, aku akan terima. Tetapi teguran mesti bersyarat. Perlu buat gaya Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood Atau Jep Sepah

Betul-betul kena mengikut gaya Usatazah Siti Nor Bahyah itu. Aku renung saja. Biar dia berceramah. Hehe, mesti gelak guling-guling punya.

7) Hukuman Makanan.

Contoh isteri aku tidak suka makan satay arnab. Beli satay arnab sepuluh batang. Kemudian isteri aku kena makan sepuluh batang itu. Tidak kisah dia alergik atau tidak. Kemudian ugutlah dia dengan berkata,

"Kalau tak makan ini, tak boleh balik kampung awak tahun ini." Mesti dia habiskan punya!

Kalau muka masam yang mengedikkan, buli lagi, suruh dia buat muka itu, dan tangkap gambar dia. Kemudian ugut lagi,

"Sekiranya tak mahu habiskan, abang letak muka gedik awak ini kat facebook." Mesti dia makan punya, sebab gambar-gambar di facebook semua kata-kata mutiara dari tokoh sahaja!

Hahahaha. Baiklah, jahat ke aku ini? Tak de lah jahat. Cuma bergurau sambil mendidik. Kehkehkeh. Memang seronok kalau begini. Lagi-lagi dia seorang guru sekolah rendah. Kenapa guru sekolah rendah? Yelah, di sekolah rendah, guru mesti bersikap baik, sopan, menjadi contoh kepada murid. Apabila di rumah gedik dan kena hukuman seperti hukuman kanak-kanak. Haha. Menarikkan? Lagi-lagi kalau gadis itu guru dispilin. Memang tak kering gusi. 

Senak perut aku ketawa, baiklah, Assalammulaikum!

Sunday, August 5, 2012

10 Penulis TOP PTS

 
(Gambar: Sumber)  

Assalammulaikum, saya berbincang tajuk berkaitan diatas.

Analisis data royalti bagi jualan tahun 2011 menunjukkan beberapa fakta yang sangat relevan kepada penulis-penulis lain apabila merancang judul buku-buku yang mahu dihasilkan.

1. Fakta yang paling menarik adalah: 10 orang penerima royalti tertinggi menyumbang jualan buku-buku mereka yang bernilai RM12 juta (sebelum ditolak diskaun kepada pengedar).

2. Mereka semua mempunyai fokus bagi tema buku-tema buku mereka.

3. Mereka semua kuat mempromosi buku-buku mereka kepada peminat-peminat mereka, apakah secara off-line ataupun on-line.

Di samping itu mereka juga menjalin hubungan kerjasama yang sangat baik dengan editor masing-masing, dan juga dengan sesama penulis.
 Sumber

Dari maklumat di atas kita mengetahui kerjaya penulis bukan kerjaya yang dianggap "biasa-biasa" tetapi kini penulis-penulis menunjukkan "taring" mereka, apakah taring mereka?

RM 12 JUTA bukan angka yang sedikit. Kita boleh andaikan sahaja 2 juta ditolak sebagai diskaun dan setiap sepuluh orang penulis akan menerima RM1 Juta. Lebih atau kurang itu kita tolak ke tepi. 5 angka atau 6 angka pasti di tangan mereka.

1) Penulis TOP 10 PTS ini  mereka ada tema dan fokus kepada para pembaca. Mereka tahu siapa pembaca mereka dan tahu apa pembaca mereka mahukan dari karya mereka. Perlu membuat analisis. Bagaimana mahu membuat analisis?

 2) Dari maklumat di atas juga mereka penulis TOP 10 ini melakukan promosi untuk karya mereka. Promosi yang berjaya adalah pemasaran yang berjaya. Melalui Off-line dan On-line.

Contoh penulis dalam senarai TOP 10 PTS ini adalah AinMaisarah. Beliau melakukan pemasaran ke sekolah di serata Malaysia dan punyai peminat cilik yang ramai sehingga ibubapa pun minat buku beliau. Kenapa ibubapa mereka suka buku AinMaisarah, mudah, kerana Mahzab PTS sendiri mengamalkan Teknik Surah Yusuf yang sememang patuh syariah. Ada Barakah di situ.

3) AinMaisarah "Menjual" dirinya dengan merapatkan peminat-peminat ciliknya dengan imej yang mereka suka dan tertarik. Siapa pergi gerai AinMaisarah di Pesta Buku Antarabangsa akan melihat gerai AinMaisarah yang ceria itu. Lihat AinMaisarah tahu dan faham siapa pembaca dan pembaca mahukan dalam karya AinMaisarah.

Persoalan yang belum terjawab, bagaimana mahu membuat analisis "Siapa pembaca kita dan apa pembaca mereka mahukan?"
 Itu saya tidak tahu dan pakar. Tetapi saya ada andaian saya sendiri.

"Hantar proposal kepada mereka atau manuskrip penuh, terima atau tolak belakang kira. Biar Pihak Pmeasaran Penerbitan memikirkannya. hehe"

Sekian, terima kasih.

Sertai Sayembara Penulisan

 (Gambar: Wkipedia)
 Assalammulaikum,

Pada 2 Ogos 2012 saya menyertai Sayembara Penulisan Akademi Hero tempat saya menuntut ilmu penulisan, Mahzab TSY (Teknik Surah Yusuf) dari Puan Ainon. Pengerusi PTS. Selama dua bulan. Sayembara ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia berumur 15 tahun ke atas. Tetapi dikenakan tambahan syarat Alumni Akademi Hero syaratnya perlu menulis gaya TSY.

Saya sudah menyertai sayembara ini, Alhamdulliah selama tiga hari ini, karya saya nombor satu paling popular post di portal rasmi TulisNovel.Com. Kemudian total view di tempat ke dua dalam senarai total view mengalahkan penulis lain kecuali total view penulis tempat pertama. Saya bukan  mendabik dada tetapi hanya berkongsi dengan anda semua.

Pengiraan sayembara ini dikirakan dua cara iaitu

1) 30 peratus undian dibuat melalui button "LIKE" facebook.
2) 70 peratus pengiraan dibuat melalui juri professional.

Oleh yang demikian, saya mahu anda semua membaca dan sekiranya menarik karya saya ini silalah tekan "LIKE" dibawah karya saya.

TulisNovel.com

Karya saya bertajuk "Mat Telek : Mihun Goreng Rozita Che Wan"

Untuk maklumat ini Sayembara Penulisan Pertama saya sertai. Undian diberikan sangat mengalakkan. Terima kasih semua dan sama-sama kasih pada sesiapa yang mengundi saya. Terima kasih. :D

Sakit Kepala.

Assalammulaikum,

Hari ini saya bercadang menulis, tetapi minda dan hati memberontak walaupun mukasurat sudah mencapai 90 mukasurat tetapi saya mahu menyambung terasa berat dan terseksa. Baik, saya tidak mahu menulis perkara itu. Saya sekarang saya mahu memberi tumpuan pada buku di atas.

Orang sekeliling saya tahu dan faham bahawa bahasa inggeris saya bermasalah sejak di bangku sekolah rendah lagi. Memang saya akui dan terima kekurangan itu. Melalui buku ini, melalui pembacaan saya memang membantu dan mampu meningkat bahasa inggeris saya. Buku in saya beli pada bulan April, tetapi satu mukasurat saya tidak berjaya selesaikan latihan yang diberikan.

Kenapa dan Mengapa?

Saya telah menggunakan 3 Kamus yang paling dipercayai di DUNIA iaitu Oxford Dictionary, Besta, serta Collins Englis-Malay Dictionary. Semua Kamus itu GAGAL mencari akar kata melalui buku ini. Kenapa dan Mengapa?

Saya tidak tahu dan faham. Saya sudah mengirim email Rasmi dengan ayat Tatabahasa Melayu Tinggi serta link facebook untuk dihubungi dengan segera. Harapan kiriman itu menjawab persoalan dan kebinggungan saya kepada penulis buku ini iaitu, Dr.Supyan Hussin.

Persoalan ajukan kepada Dr.Supyan Hussin ialah.

1) Saya mahu kepastian adakah saya perlu membeli kamus lain yang lebih tebal atau mencari kamus yang Cikpuan Dr. Supyan Hussin cadangkan?
 

2) Kenapa dan mengapa sukar mencari akar kata itu, adakah saya perlu membeli kamus Greek dan Kamus Latin?

Oh, hanya Allah yang tahu betapa sakit mencari akar kata yang tiada di dalam kamus. Pada mulanya seperti sampah sahaja kamus itu atau akar kata itu juga sampah atau buku ini??

Entah, walaubagaimanapun. Saya harap penulis buku ini membalas emel saya.

Sekian, terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...