Thursday, September 6, 2012

Blog ini mungkin akan tamat sebagai blog peribadi

Assalammulaikum !

Dalam perancangan di kepala saya, saya mahu mengubah blog ini menjadi blog informasi yang terunggul di Malaysia. Cewah. Pertama adalah domain blog ini, akusukamencipta.blogspot.com menjadikan blog ini terunggul dan kelihatan professional saya sudah beli domain blog ini iaitu akusukamencipta.com bagaimana? Kelihatan professional dan bergaya, bukan? Ya,  memang bergaya habis. Domain itu akan di setup esok kerana member saya tidur dah kot.

Segala entri di blog ini akan dipindahkan blog penulisan saya yang bernama amirulmohomed.blogspot.com dan entri blog penulisan itu akan dipindahkan ke website saya iaitu amirulmohamed.com jadi saya punyai 3 blog aktif secara rasmi. Haha. Blog ini banyak kenangannya. Blog ini tercipta pada tahuun 2009 tetapi aktif pada tahun 2011. Pelbagai entri saya mula menulis daripada malu-malu kepada sekarang yang boleh berkongsi kisah agak peribadi iaitu cinta. Cewah. Suka dan teruja kerana blog ini akan di upgrade ke hosting sendiri dan ia akan jadi website yang berinformasi yang terunnggul di Malaysia. Cewah. Amin.

Semua perkara ini terjadi kerana nama akusukamencipta itu yang mahal. Sebab bila blog ini menjadi sebagai blog informasi perlu meletakkan domain yang sesuai, jadi pemilihan akusukamencipta itu sangat sesuai dan sedap bunyi dalam kaitan informasi, "cipta informasi" atau "informasi tercipta" kemudian blog ini akan ada sistem SEO. Ada ke sistem SEO? Mungkin ada. HAHA!

Walaubagaimanapun, ia adalah perancangan awal, mungkin saya tidak ubah atau mungkin saya mengubahnya. Ia mengikut keadaan, kerana saya percaya akan datang idea-idea yang menarik selepas ini. Sebab blog ini TSO follow juga! HAHA! Tetapi gelaran TSO itu ada pada blog penulisan.

K, babai.
Assalammulaikum !

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...