Tuesday, September 4, 2012

Menjalankan Perniagaan

Assalammulaikum !

Allah berikan aku pertunjuk dan jalan untuk mencapai jalan perniagaan. Amin. Baru-baru ini aku telah berjaya membeli domain dan hosting sendiri untuk website baru. Alhamdullilah. Walaupun dalam pembikinan tapi ia sungguh bermakna. Kemduian, Allah berikan aku berjumpa orang yang betul untuk mengatasi masalah trafik. Jadi usah pening lagi untuk menarik trafik ke blog baru itu.

Perancangan memang ada semenjak melihat nama domain itu di URL komputer ini. Mula merancang pelbagai idea dan strategik mahu menarik pelanggan. Tercipta pula pelbagai model perniagaan yang selama ini tidak pernah terlintas di kepala mahupun kehidupan. Sesungguhnya itu kuasa Allah. Amin. Pada pemerhatian aku, aku lambat mengembangkan diri dalam dunia internet atau lebih tepat perniagaan internet. Walaupun begitu aku percaya pada rezeki Allah, jadi usah aku risau fasal perniagaan ini.

"Walaupun aku lambat ambil peluang, tapi aku percaya peluang itu yang diberikan oleh Allah. Jadi kita memohon saja pada dia."

Ya, itu yang aku percaya. Lambat. Tetapi Allah tahu membahagikan rezeki pada setiap manusia. jadi usah risau dan berserah padaNYA untuk dunia perniagaan internet mahupun offline. Oleh demikian, perancangan yang tiba muncul bagaikan air yang mencurah, sebabkan itu aku mahu berkongsi dengan anda semua. Kongsi bisnes apa yang mahu dibuat, bukan kongsi idea bagaimana perniagaan itu dijalankan.

1) Perniagaan Tudung.
2) Perniagaan Dropship.
3) Perniagaan Ebook.
Dan lain-lain.

Yang lebih semangat aku perlu mendaftar pada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) itu lebih membanggakan. HAHA. Walaupun tidak pasti apa yang perlu dibanggakan tentang pendaftaran pada pihak SSM saja. Doakanlah perniagaan ini berjalan lancar dan berjaya. Amin.

Assalammulaikum !

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...