Sunday, September 23, 2012

Bolehkah Aku Dapat RM100 Ribu Dalam Masa Dua Bulan?

Assalammulaikum!

Kalau lihat tajuk di atas pasti ia jualan produk atau MLM dengan memujuk anda semua membeli dan melaburkan, Kan? Tetapi ini bukan jualan atau MLM dan sebagainya. Ini sebuah perancangan.

Perancangan mencipta sesuatu luar biasa. Kalau mengikut logik memang boleh, tetapi ketika aku mendalami ilmu falsafah membentangkan idea di atas itu. Pelbagai cabaran akan muncul. Semuanya terletak di bahu aku dan seorang rakan kongsi aku dalam bisnes ini. Cewah, bisnes besar ke? Haha! Macam karya aku Mat Telek : Mihun Goreng Rozita Che Wan tu! ahaha!

Kalau mengikut hukum matematik, memang luar biasa pendapatan tu! Macam mana kira? Adalah. Tapi apa yang pasti. Hahaha! Kalau tercapai angka itu, aku nak lamar si TSO tu! HAHAHA! kompfem ayah dia tak kasih sebab aku tak sambung belajar! Sebenarnya melamar seorang wanita dengan duit 100 ribu ringgit tidak berbaloi. Perlu ada rumah dan kereta. Sekurang-kurangnya ada diploma, untuk menyakinkan orang sekeliling bahawa aku ada kerja tetap.

Baik, aku tipu. Tidak perlu ada diploma. Tetapi perlu ada perancangan masa hadapan yang konkrit dan berwawasan. Aku perlu ingat juga seni mengambil duit dari poket orang sememang sukar dan perlu dipelajari.

Berbalik pada perancangan itu, adakah aku akan melamar TSO? Aku tidak tahu. Tapi apa yang aku tahu, aku mahu buka kedai buku di berhadapan Klang Parade. Perrggghh, cakap macam orang berjaya saja.

Sebab apa aku tidak tahu, aku tidak tahu bahawa dia bersedia atau tidak. Ini soal hati dan perasaan. Bukan soal beli kereta Ferrari atau Honda. Sebenarnya aku tahu, TSO sememang tiada hati dengan aku. Aku akan menjalani hidup meniaga dan meniaga dalam dunia perniagaan yang aku suka tanpa diteman oleh seorang wanita yang aku dambarkan. Cewah ayatnya...

Sesungguhnya, semua ini berasal dariNYA. Sememangnya aku tidak terdaya sekiranya DIA tidak mengizinkan aku memberi sebahagian rezekiNYA yang luas itu.

Mood "berangan-angan"

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...