Monday, September 24, 2012

Mimpi Melihat Kaabah.

Assalammulaikum.

Semalam saya tidur lewat. Tidur lena juga sebab ada almari buku baru. Kemudian saya bermimpi fasal kotak Istore yang apple buat tu. Tiba-tiba sahaja, saya berada di dalam Masjidil Haram. Saya melihat kaabah dengan keadaan sempurna, tiada cacat dan kekurangan. Kemudian, badan dalam mimpi itu mengelilingi kaabah itu dalam 90 darjah saja, tidak mengelilingi kaabah itu 360 darjah. Kemudian saya melihat tempat ambil wuduk dengan diperhatikan oleh beberapa orang lelaki.

Pada waktu itu, hati saya rasa cukup hina. Seolah saya mahu menangis apabila melihat kaabah. Saya tahu, saya ini tidak baik, selalu melakukan dosa dan iman entah ke mana. Apabila melihat kaabah itu, hati bergaul dengan perasaan, kekurangan diri, tangisan, dan kesyukuran kerana menjejakkan kaki di kota Mekkah.

Awan, bangunan Masjidil Haram itu, lantai masjid, dan sinaran cahaya dalam mimpi saya itu disinari cahaya PUTIH sehingga kurang jelas orang dihadapan saya termasuk awan, bangunan masjidil haram dan lantai. Cahaya putih itu sungguh menyinar. Ia semacam CGI kalau filem-filem Holywood. Saya melihat kaabah sangat jelas dan cahaya putih itu tidak meliputi kaabah!Seolah memberi ruang mata saya melihat kaabah itu.

Saya tidak tahu maksud mimpi itu. Sudahlah saya bermimpi membaca buku dalam bahasa Inggeris dan perancis yang sememangnya lemah penguasaan saya disertakan ilmu pengetahuan baru dalam bacaan saya dalam mimpi itu. Mimpi baca buku itu berulang-ulang saya hadapi ditambahkan lagi saya faham bacaan saya dalam bahasa inggeri dan perancis! (Kerap dalam Bahasa Inggeris.)

Tapi dalam jiwa saya berkata mimpi melihat kaabah itu disebabkan saya sering melewatkan solat dan melakukan dosa berulang kali setelah beberapa kali bertaubat. Itu yang saya tahu dan sedar, yang lain itu saya tidak tahu.

Ia pengalaman yang baru. Badan saya ketika dalam mimpi itu sungguh nyaman. Saya terlupa sejenak tentang hal duniawi. Saya betul-betul dalam ruang ketenangan yang jelas. Itu saja, saya mahu berkongsi.

Sekian, terima kasih. :D
Assalammulaikum!

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...