Tuesday, March 28, 2017

Takdir Dan Pilihan

Rutin kehidupan kita akan buat perkara biasa yang kita lakukan. Dari bangun tidur hingga balik kerja, perkara sama akan berulang. Dan apabila sudah bosan dengan kehidupan seharian, adakah itu Takdir?

Apa yang difahami tentang takdir pada kebanyakkan orang ramai adalah mereka berserah sahaja segala apa sahaja bentuk yang mereka bakal terima. Baik mahupun buruk mereka terima asalkan itu dinamakan sebagai Takdir. Malah ada terima juga jika tiada apa-apa berlaku selepas Takdir berlaku.

Cuba fikir sejenak adakah kita membuat keputusan untuk makan nasi ayam pada waktu tengahari dan tidak mahu makan nasi campur, adakah keputusan itu sudah ditakdirkan? Bahasa mudah, sudah ditetapkan. Jawapannya, makan nasi ayam tidaklah ditakdirkan, kita bebas membuat pilihan apa sahaja menu hidangan kita mahukan. Takdir pula apabila kita langsung tiada pilihan dan kita terima apa sahaja keputusan. Boleh juga menjadi Takdir, apabila kita punyai pilihan tetapi tidak mengunakan pilihan yang ada, maka itulah Takdirnya.

Persoalannya, kita membuat keputusan sering dengan emosi. Jika marah, kita tahu kesannya adalah menyakitkan hati orang lain. Bagaimana pula emosi sedang baik dan gembira? Adakah makan nasi ayam dengan gembira akan memberi kesan yang baik kepada Takdir? Ia tidak memberi kesan yang baik kepada Takdir walaupun emosi sedang gembira, sekiranya ada penyakit obesiti. Sekiranya melarat dan membawa kematian. Adakah kematian itu sudah ditakdirkan?

Masalah ini sering saya lihat. Rutin kehidupan seharian, akan ada emosi mempengaruhi apabila buat sesuatu keputusan. Masalah ini disebabkan tidak berfikir secara jelas dan jernih. Hawa nafsu membuak-buak apabila ia melibatkan kepentingan diri sendiri atau kerabat.

Saya perhatikan, apabila sesuatu keputusan dilakukan ia tidak mengambil kira kesannya kepada Takdir. Keputusan itu jalan terus dan selalu kesan keputusan itu jangka pendek. Seringnya kesan jangka pendek memberi kesan pada masa panjang.

Bagus saya fikir, sekiranya keputusan dilakukan berdasarkan ketepatan keperluan kita dan tidak mengikut hawa nafsu yang jahil. Tanpa menolak kehendak diri yang sememang fitrah manusia.

Perlu diketahui, setiap perkara yang kecil yang kita buat pilihan dalam hidup ada mengandungi takdir kita. Ia umpama masak hidangan yang memerlukan gula dan garam. Kecil atau besar, banyak atau sedikit, hasilnya akan ditakdirkan selepas makanan itu siap. Terlebih gula, maka manis, terlebih garam, maka masin. Terlebih Manis dan Masin tidaklah bagus, akan menyebabkan penyakit. Maka perlulah seimbang. Tiada Gula dan Garam pun tidaklah bagus, kerana akan menjadi tawar.

Apa sahaja kita lalui seperti cinta, keluarga, kawan, kekasih, dan lain-lain, akan memberi kesan pada yang lain dan itu nanti akan terbentuknya takdir. Maka, kita menentukan Takdir itu menjadi Manis, Masin, Tawar atau Seimbang.

Berdoalah sekiranya melakukan rutin kehidupan yang berdasarkan keperluan dan kebaikan diri kita, mohon dikurniakan Takdir yang baik dan sejahtera dalam hidup kita.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...