Thursday, January 31, 2013

Nampak Sama Tapi Bukan Dia.

Assalammualaikum!

Mungkin sudah lama Mizz Liza ini tidak online. Asal kemana sahaja aku pergi dan melihat gadis berwajah bujur dan mengenakan cermin mata bingkai hitam. Aku terkesima. Mungkinkah itu Mizz Liza? Dua minggu lepas aku ke stesen minyak Shell. Aku nak beli topup pembantu rumah aku. Sekali masuk sahaja ke kaunter, jumpa Klon Mizz Liza.

Pergh! Jantung berdegup laju. Aku pandang dia, dia pandang aku. Mata kami bertentangan. Agak lama. Sehingga aku lupa apa tujuan aku ke sini. Sehinggalah....

"Adik, Adik nak beli apa?" Tanya Mak Cik sebelah Klon Mizz Liza.

"Eh, aaaa, saya nak beli topup 20 ringgit. Sepuluh-puluh."

Klon Mizz Liza itu terus buat kerja tanpa mengendahkan aku menjerling-jerling ke arah dia. Hehe. Itu satu.

Beberapa hari kemudian, aku isi minyak. Pergi stesen minyak Shell. Jumpa lagi Klon Mizz Liza itu. Apa lagi malu-malu lah aku. Kali ini Mak cik itu layan aku, Klon Mizz Liza malu-malu juga dengan aku. Cewah.

Nampak Sama Tapi Bukan Dia. Memang dunia ini memang sederhana kecil. Adakah ia Kakak Mizz Liza?

Jeng, jeng, jeng....

Okay, babai. Assalammualaikum!

Tuesday, January 22, 2013

Ini Semua Poyo!

Assalammulaikum!

Beberapa hari lepas aku bertanyakan soalan pada Mizz Liza. Mengapa masuk Pelapes. Katanya rahsia. Berkali-kali aku paksa jawab soalan aku, katanya tidak mahu. Biasalah perempuan makin dipaksa makin melawan. Kehkeh. (Aku rasa lah) Akhirnya aku kecewa, kecewa sebab Mizz Liza tidak mahu jawab soalan aku.

Aku pada mulanya cuba meneka jawapannya, salah satu jawapan aku.

"Mesti kau ada secret admire kat situ."

Jawabnya, "Tak ada lah, orang nak test aku adalah."

Lagi satu tekaan aku,

"Sebab kau masuk tentera, kau nak markah koko, kan?"

"Tak ada maknanya aku nak markah koko masuk tentera, baik masuk Polis."

ada lagi beberapa soalan aku tanya. Tapi tetap berdegil tidak mahu jawab soalan aku.

Dalam hati aku berkata, "INI SEMUA POYO!" suara ikut lenggok Johan Raja Lawak.
HAHAHA!

Okay. Assalammulaikum!

Monday, January 21, 2013

Kepelikan Yang Luar Biasa.

Assalammulaikum!

Semalam laptop aku ada masalah. Tiba-tiba sistem komputernya menulis papan skrin laptop.

"Komputer anda sedang mengalami proses kemaskini."

Kemudian sebab lama aku menunggu, aku tutup laptop dengan mencabut wayar caj. Bila aku buka balik.
Tiba-tiba sahaja....

Nak tahu apa masalah yang sungguh luar biasa? Panda Internet Sekuriti aku dah tak ada. Aku rasa kena hack ini. Sungguh luar biasa, walaupun ada pelindungan awan, (Cloud Protection). Atau memang sistem komputer aku rosak. Rugi RM100. Sekarang aku fokus mahu beli Kaspersky Internet Sekuriti 2013. Jenama yang paling dipercayai. Sepanjang aku pakai untuk tahun 2012 tiada masalah langsung, semuanya berjalan dengan lancar.

Dalam kepelikan aku yang sungguh luar biasa, aku meneroka kesemua sistem data dalam laptop aku, akhirnya aku kecewa, Panda Internet Sekuriti aku sudah uninstall sendiri tanpa pengetahuan aku. Memang masa tu aku naik hangin! Macam nak hentak sahaja laptop aku pada masa itu. Dan beberapa kali sistem laptop ini jalan begitu lembab macam siput. Beberapa kali aku "buka-tutup" laptop aku ini, akhirnya aku buang firefox,, semuanya okay.

Aku sarankan kepada semua di luar sana, jangan beli Panda Sekuriti, walaupun Panda sekuriti ini ringan berbanding kaspersky, tetapi Kaspersky tidak layan sistem laptop untuk ditendang keluar. Panda sekuriti sungguh loser. Aku sebagai pengguna sangat kecewa. Selepas ini aku tidak percaya dengan Panda, walaupun dia sungguh comel.

Walaupun Panda Sekuriti ada Cloud Protection, aku lebih percayai kaspersky. Lebih percaya dengan jenama Russia. (Aku rasa lah jenama russia.) Sudah, Itu sahaja kepelikan yang luar biasa. Selepas ini aku tak akan layan janji manis abang jual software antivirus, kerana janji dicapati!

Sekian. Terima kasih, daripada pengguna Panda Internet Sekuriti yang kecewa.
Assalamulaikum.

Saturday, January 19, 2013

Mass Marketing Vs Permission Marketing

Assalamulaikum!

Mass Marketing menurut Tuan Firdaus seperti pengiklan yang menyiarkan produk mereka di Tv, Radio, surat akbhar dan majalah. Target pasaran luas, tapi menarik pelanggan membeli produk mereka adalah nasib. Ia seperti memberi sepuluh mata kail, kemungkinan akan dapat dapat lima atau enam sasaran yang tepat.

Itu aku pertimbangkan, mengiklankan produk aku di facebook menggunakan button promote. Kata facebook mereka akan meletakkan iklan aku paling atas news feed. Adakah ia sama dengan Mass Marketing? Sama. Walaupun media berbeza prinsipnya sama seperti papan iklan di lebuhraya. Papa iklan di lebuhraya yang kerap digunakan mungkin dikenakan kadar sewaan yang mahal. Sama juga Personal akaun dengan FanPage akaun facebook, kedua-duanya memberi harga yang berbeza.

Aku keliru, aku mahu menggunakan button promote atau buat sahaja Pemasaran Berizin. Pertimbangan ini perlu waras sebab banyak produk lagi aku perlu jual. Seperti Dropship sahaja sudah ada 300 produk. Produk sendiri adalah Majalah Lama Kreko dan Agen kek buah. Bagaimana?

Sekarang aku perlu pemikiran lateral. Salah satu berfikir pemikiran ini adalah melambatkan membuat keputusan. Apabila kita fikir sedalam dan teliti, kita dapat memilih keputusan yang bijak. Moga begitu, aku perlu bertenang. Sebab perasaan aku sekarang begitu ghairah mahu buat keuntungan.

Sekian. Assalammulaikum!

Friday, January 18, 2013

Pemasaran Berizin. Buat Jualan Apabila Prospek Setuju.

Apa Itu Permission Marketing?

1 Secara literalnya, Permission Marketing bermaksud
Pemasaran Berizin. Apa bezanya Permission Marketing dengan marketing sedia ada? Adakah Marketing
sekarang tidak berizin?

2 Seth Godin mengistilahkan Marketing tradisional sebagai Interruption Marketing ataupun Pemasaran
Gangguan. Mengapa namanya begitu? PermissionMarketing merujuk kepada teknik-teknik pemasaran
dan pengiklanan yang 'menyelit' danbersaing untuk mendapatkan perhatian anda
dalam kehidupan seharian. Bayangkan bagaimana keadaannya apabila
kita turun ke pusat bandar. 

Iklan mengepung kita kiri kanan depan belakang melalui
pelbagai medium. Video, bahan bercetak danaudio semuanya digunakan. Malah, peranti
peribadi kita seperti tablet dan telefon bimbitturut menjadi sasaran pengiklan. Interruption Marketing
mengganggu kehidupan seharian kita dalam usahamenyampaikan mesej tentang perkara yang hendak
dijual.


Idea ini baru sahaja saya lakukan dengan mengiklankan di produk saya di FanPage user like sebanyak 100k. Jadi saya memberi harga produk, email dan nombor telefon untuk dihubungi. Kemudian apabila mereka sms saya bermaksud mereka berminat. Tetapi apabila saya menghabis baca ebook tulisan Firdaus Ariff katanya Pemasaran Berizin tidak mengasak prospek untuk membeli, tetapi mencapai jualan apabila pelanggan bersetuju/berizin kita menjual pada mereka. 

Dalam keadaan ini mental pelanggan dan kesediaan pelanggan mendengar adalah tinggi. SIlap saya sebelum ini adalah mengasak pelanggan dengan meletakkan harga barang itu. Sepatutnya memberi umpan supaya mereka berminat mengetahui produk saya.

Sekarang saya berjaya menjual! Hehe!

Wednesday, January 16, 2013

Akan Bermula!

Assalammulaikum!

Tengahari tadi baru sahaja aku mendaftarkan diri untuk program dropship. Ya! Program droship! Tahu? Check kat Pak Cik G. Google la. Harga boleh tahan dan aku optimis dalam sebulan aku dapat sekurang-kurangnya 500 ringgit! Baik. Bagaimana mahu membuat jualan di internet. Pada aku ada dua medium jualan di internet.

Pertama Facebook.

Tahun lepas aku ada membaca satu kajian yang dibuat oleh satu syarikat di Malaysia tentang kekerapan pengguna Malaysia menggunakan media sosial Facebook. Tidak silap aku, hampir 13 juta pengguna! Tempoh, aku tak ingat. Kekerapan online menggunakan facebook adalah hari sabtu dan ahad! Ya, waktu begitu memang ramai orang online.

Lagi satu, pengguna Malaysia akan online apabila ada peristiwa besar, seperti kemenangan Piala AFF Suzuki. Ada sahabat aku, post satu isu yang hangat ketika itu boleh berjaya mendapat 20,000 like pada post sahabat aku itu.

Lihat besar ke tidak, pemasaran dalam facebook. Sudah tentu besar! Dan baru-baru ini aku ada baca satu kajian pengguna Malaysia lebih kerap menggunakan perkhidmatan kewangan online seperti Maybank2u, Cimbclick dan lain-lain pada tahun 2012 sahaja sudah mencapai 2 billion ringgit transaksinya!

Kedua menggunakan SEO.

Ya! Perluka website sendiri kemudian upah orang pakar dalam bidang IT supaya memprogramkan SEO. Sebab SEO ini terlalu rumit sekiranya memang tiada asas dalam bidang IT. Aku ini HTML sahaja faham itu pun sedikit sahaja yang faham. Haha!

Itu sahaja kaedah menjual di internet. Lain kali aku sambung. Target paling tinggi dalam impian rasionalistik adalah mencapai 10k sebulan. Baiklah, babai! Assalammulaikum!

Monday, January 14, 2013

Diari Seorang Lelaki.

Assalammulaikum!

Esok aku cuti, jadi nak pergi Alam Sentral nak cari Software anti virus laptop aku. Ya, sebagai usahawan menjalankan perniagaan online, keselamatan laptop perlu dijaga agar laptop ini sentiasa boleh dipakai lagi. Alhamdullilah. Semua sudah selesai, siap beli macam-macam lagi. (Maksud aku bateri laptop dan charger)

Baik lah itu sahaja entri kali ini, selepas update status untuk kali terakhir pada hari ini dan selepas makan nasi goreng ayam dan milo ais. Hamba mahu beransur tidur dan mimpi indah-indah.

Babai, assalammulaikum!

Monday, January 7, 2013

Esok Mula Misi!

Assalammulaikum!

Esok akan bermula misi aku menjual barang. Perlu menulis ayat memujuk atau ayat promosi yang baik supaya aku dapat menarik duit mereka daripada dompet dengan cara seni! Cewah! Aku menyewa fan page yang ada 100k user like di FB. Dengan itu boleh lah aku menjual barang aku dengan mengikut jadual yang ditetapkan owner page itu.

Dalam kepala aku sudah terbayangkan, walaupun aku ambik sedikit pelanggan daripada seratus ribu orang itu sudah banyak keuntungan aku dapat. Hehe!

20 pelanggan X 30 Ringgit= RM600!
200 X 30 Ringgit= RM6,000!
2000 X 30 Ringgit= RM 60,000!

jeng3! 2000 pelanggan aku ambik hanya, dua peratus sahaja daripada 100k pelanggan di fan page dia. Fan page itu memang niche perniagaan.

Andaikan aku dapat satu minggu 2000 pelanggan, kalau empat minggu bersamaan 1 bulan, aku dapat 8000 pelanggan! Kiranya sebulan keuntungan aku (Darab 30 ringgit) adalah, RM240,000! (Dua Ratus Empat Puluh Ribu Ringgit!) Itu sebulan kalau dikirakan setahun? RM 2880000! (Dua Juta Lapan Ratus Lapan Puluh Ribu Ringgit!) Haha!

Okay, itu cuma imiginasi aku sahaja. Memang SuperNova ataupun HiperImiginasi betulkan? HAHA! Duit dah berjuta apa lagi, jumpa bapa Mizz Liza lah kan. Semoga aku jadi jutawan! Amin! Itu sahaja entri kali ini. Oh ya, aku jual ebook dan harga tak tetap. Apa yang lebih penting perlu dapatkan pelanggan! :D

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013!

Assalamulaikum!

SELAMAT TAHUN BARU 2013!!

Okay sudah habis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...