Friday, May 17, 2013

ASB, BSN, Wang, Dan Kahwin.

Assalamualaikum!

Apa khabar? Sudah lama tidak mengemaskini blog ini. Ewah!! Haha! Okaylah, tidak ada berita best pun. Cuma aku nak bagitahu bahawa aku seronok sangat dengan kehidupan aku sekarang. Kesempitan hidup aku sebelum ini Allah angkatkan dan berikan aku ketenangan yang best! Hehe. Alhamdulillah.

Baiklah, aku sedang webwakling ini mencari simpanan tetap yang menguntungkan. Bank rakyat dah labur sekarang nak cari simpanan tetap lain pula. Yang sudah aku tahu hanya ini dua ini,

Simpanan Tetap BSN (SSP)
Amanah Saham Bumiputra.

SSP sudah diluluskan fatwa bahawa ia patuh syariah. Tapi sayang untuk ASB sebab ia tidak patuh syariah. Aku semak di e-fatwa kebangsaan katanya  patuh syariah, check beberapa jabatan mufti negeri yang baru kemaskini status ASB katanya tidak patuh syariah. ASB keuntungan memang syok, tapi bank rakyat-kan ada. dapatlah mengubat hati ini.

Yang aku kurang faham tentang SSP ini adalah, ia dapat sijil, itu satu. Kalau aku masuk duit secara kerap banyak pula sijil aku kena simpan, tak ada buku ke? Itu aku teragak2 nak simpan kat situ. Haha! Baiklah, sekarang cerita pasal wang. memang seronok cerita pasal wang, sebab wang dapat beli apa sahaja kita mahukan dari segi materialistik. Wah!

Aku target nak buat banyak duit kemudian simpan. Simpan banyak2 kemudian kahwin! Habik kau! Haha. Siapakah? Ceh3.

Baiklah itu sahaja, assalamualaikum!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...