Saturday, May 30, 2015

Forex: Bagaimana Mahu Bermula?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Bagaimana Mahu Bermula Dalam Bidang Forex?

Saya baru sahaja bermula dalam bidang Forex. Oleh itu, saya boleh berkongsikan bagaimana mahu bermula dan tidaklah saya berkongsi bagaimana mahu buat profit konsisten selama selama 20hari. Kerana saya juga masih belajar.

1)Mentor

Jika berminat ber-forex ini mestilah ada Senior Trader atau Mentor Forex yang mahu membimbing kita kearah kejayaan. Senior Trader atau Mentor Forex selalu akan berpesan kepada anda supaya sabar, sabar, sabar ketika mahu trade. Ia resipi kerjayaan mereka. Ini kerana saya ada tiga, satu Senior Trader dan dua lagi Mentor Forex dan mereka pesan kepada semua rakan-rakan saya dan saya supaya sabar, sabar, sabar untuk mendapatkan setup yang terbaik.

2) Teknik

Untuk trade Forex ini mestilah anda menggunakan teknik-teknik yang diajarkan oleh Senior Trader atau Mentor Forex anda. Jika satu saja teknik anda yang gemar dan selesa maka tekuni teknik itu hingga sukses, dan jika tidak, carilah mana-mana teknik. Jika berguru ramai trader, saya takut anda pening. Tetapi beradab dengan Mentor Forex dan Senior Trader mestilah ada, supaya anda tidak memburukkan teknik mereka. Masing-masing ada kelebihannya tetapi mungkin kita yang kurang faham.

3)Emosi

Emosi ketika trade sangatlah mempengaruhi kejayaan anda untuk ber-Forex. Saya sudah dua kali Margin Call, dan emosi saya amat terganggu. Saya masih belajar bagaimana tidak mahu tamak dan menjadi rasional ketika trade. Mentor Forex dan Senior Trader anda boleh berikan nasihat kepada anda bagaimana untuk mengawal emosi untuk trade.

4)Money Management

Kaedah ini untuk anda berforex sebagai kerjaya. Dari akaun ciput ke akaun besar gajah. Mentor anda dan Senior Trade anda boleh membantu bagaimana anda boleh mengawal Money Management anda ketika entry ataupun kembangkan akaun anda.

5) Broker

Setengah orang kata, jika trade perlu ikut broker Mentor Forex dan Senior Trade mereka pilih. Sebab ada perbezaan dan bacaan chart yang berbeza setiap broker. Dan ada setengah broker berikan Leverage yang besar ataupun kecil dan bersesuai dengan matlamat anda dalam bidang forex. Jadi minta nasihat mereka untuk anda memilih broker mana yang sesuai. Mereka lebih tahu mana broker yang scammer ataupun yang tulus dan jujur ketika buat keluaran duit nanti.

Ini adalah pendapat saya dalam menceburkan diri dalam bidang ini. Akan datang saya akan kongsikan kepada anda teknik forex saya dan broker mana saya pilih.

Sekian, terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...