Tuesday, September 4, 2012

TSO-Tidak Mahu Diganggu

Assalammulaikum !

Baik, saya tadi berchat dengan TSO. Ya, selepas saya memberi tahu bahawa website baru saya dan mencadangkan meletakkan entri fasal dirinya. Katanya tidak mahu. Sebab, apa yang saya tulis akan membuat dirinya rasa jatuh gila. Sesungguhnya saya terkejut juga, kemudian saya bertanya apa yang membuat TSO jatuh gila selepas membaca entri saya?

Katanya saya tidak mengenali dirinya. Ya, memang. Dan saya mengambil keputusan serta-merta tidak akan lagi menulis fasal TSO dan sebagainya. Semua entri akan disembunyikan ketempat rahsia. Supaya kekallah memori bahagia di dalam ayat-ayat entri itu. Keputusan ini memang berat. Tapi lelaki yang baik menghormati pada kaum hawa. Yeah, prinsip itu memang tepat.

Jadi, adakah hari-hari saya akan kosong, tanpa menulis fasal dirinya? Entah. Biar doa ini akan aku sampaikan untukmu. Cewah.

Baik, babai.
Assalammulaikum !

Notakaki : Dalam entri wujud kebenaran, iaitu TSO baca setiap entri yang saya tulis. Baru saya tahu.

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...