Thursday, March 29, 2012

Make Money

Assalammulaikum

Now my self esteem because I give my commitment to good work like this to make money on the internet. So it was no problem from the beginning after I bought this ebook related to internet. After using all the knowledge that is except Photoshop and maybe some others.

I want to focus on only when these two Business on the Internet and Writing. Perhaps one will be a freelancer. Maybe it can not be a freelancer business for its commitment to be there.

Okay that's all I want to share. Stabilize the economy continued to nut mizz Liza. What then?

HAHA!


By Google Translate (Muka Troll!) Heh :P

Saturday, March 17, 2012

Berlambak

Assalammulaikum

Aku disini mahu berkongsi dengan korang buku aku yang bersempah hingga tidak cukup ruang..bukan apa seranut sahaja :)

Itu sahaja aku hendak kongsikan hehe

Assalamulaikum :)

Friday, March 16, 2012

Minggu Penulis Remaja (MPR) 2012

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera

Aku ingin bercerita. Minggu Penulis Remaja (MPR) ini bagi aku bukan calang-calang bengkel penulisan. Sebab dari bengkel ini lahirnya penulis muda yang tersohor. Terkejut juga apabila fasi-fasi aku memberitahu yang bengkel MPR akan diperhatikan. Mereka mahu melihat perkembangan bengkel penulisan ini. Aku mahu menyebut kata-kata salah seorang fasi aku. Katanya lebih kurang begini.

"Kerajaan banyak laburkan duit-duit untuk mengantikan Lee Chong Wei dalam bidang badminton ,Banyak duit dilaburkan mencari penganti Mohktar Dahari dalam bidang bola sepak. Sekarang kerajaan labur duit untuk mencari penganti dalam bidang sastera, Jadi ini tanggungjawab adik-adik semua untuk terus berkarya" -Shamsudin Othman-

Memang betul kata fasi aku itu. Sebab program ini di adakn di resort Casa Rachado Port Dickson Negeri Sembilan. Selama enam hari. Apa aku boleh kata aku rasa terharu apabila aku terpilih di kalangan remaja-remaja seluruh Malaysia. Sebahagian besar peserta yang serti Bengkel MPR  adalah bakal-bakal guru. Mereka menuntut di IPG. Ilmiu-ilmu yang fasi-fasi aku turunkan cukup bagus terutaa sekali dalam genre PUISI. Fasi aku Shamsudin dan Lutfi Ishak menekan aspek diksi yang terbaik dengan susunan yang terbaik. Lutfi ishak memang cukup berfalsafah.

 Apa yang menarik. Aku rasa pemikiran dia (Lutfi Ishak) sama dengan pemikiran -aku sebab aku boleh berbincang dengannya dalam bidang sejarah,falsafah barat dan persoalan-persoalan yang berkaitan. Memang cukup seronok apabila kita berbincang perkara yang aku dan dia suka. Dia ( Lutfi Ishak) ada kelebihannya. Dia boleh menulis dalam bentuk penulisan ilmiah. Aku baca penulisan dia apabila dia menyuruh peserta membaca laporan dia untuk peserta MPR 2012. Apa aku dapati penulisan beliau sama dengan penulisan profesor di unversiti kerana sebelum ini pun pernah membaca penulisan seorang profesor. Cukup menguja apabila seorang fasi yang minat bidang sastera boleh menulis dalam penulisan ilmiah.

Keseronokan aku bukan setakat itu sahaja. Apabila aku melihat peserta wanita yang menyertai bengkel ini. Sebahgian besar peserta adalah wanita dan selebihnya tujuh orang lelaki. Hampir semua peserta wanita memakai tudung labuh seingga menutup dada mereka. Pertama kali aku tiba bangunan Menara DBP aku lihat mereka (wanita) mula-mula aku memberi ulasan terhadap mereka.

"Mungkin mereka menulis rencana,cerpen,puisi di majalah islamik."

Tetapi tidak. aku tidak dapat memberi jawapan. Apa yang aku boleh memberi kesimpulan mereka di didik oleh keluarga yang terdidik. itu sahaja.  Salah seorang peserta wanita yang aku kenal namanya NM sekadar nama samaran yang aku beri.

NM bukan aku mahu memberi komentar tentangnya.Tapi apa yang menarik tentangnya. Wanita sederhana pendek tinggal di johor sekolah di Kisas Klang semasa sekolah menengah dahulu sekarang menuntu di Institut Pendidikan Guru kampus Tun Hussien Onn. Menariknya tentangnya sama seperti Mizz Liza.

-Ceria
-Anak mata yang bulat lagi ikhlas (Faham?)
-Sifat muslimah sama aku cerita tentang Mizz Liza
-Suka senyum sama seperti Mizz Liza.
-Gelap sama seperti Mizz Liza
-Dan berumur sama juga dengan Mizz Liza.
-Tudung labuh
-memakai stoking
-sejuk mata memandang sama juga dengan mizz liza.
 -Jika ia memandang aku seperti bercakap dengan aku walaupun dia tidak berkata.

Apa yang membezakan NM dan Mizz Liza aku cuma perasan satu sahaja mungkin lain kali aku dapat perbezaan mereka apabila aku fikir panjang.

Perbezaannya
Mizz Liza ia tidak akan sesekali bercakap orang lain sekali lagi kalau orang lain tidak menegur dan kecuali dia ada hal penting dan itu kekuatan Mizz Liza .Ia bukan sombong tetapi ia tidak mahu memulakan sesuatu perkara (pendapat aku sahaja). NM dia bersifat ramah asalkan selesa dengan orang yang dikenalinya.

Mungkin Mizz Liza baca tajuk ini aku minta maaf pada. Minta Maaf Mizz Liza kalau tersilap. Cuma pemerhatian sahaja.

Aku jenis orang meilhat orang lain melalui tindakannya melakukan sesuatu pada setiap peristiwa. Sesuatu yang anda semua perlu tahu aku in tertarik dengan wanita berumur. aku tidak tahu mengapa

Mizz liza 20
NM 21

Bukan maksud aku menyukai NM dan tidak menyukai Mizz liza. Apa yang boleh berikan kesimpulan aku minat terhadap wanita yang berusia dengan aku. Dan aku sesungguhnya sukar tertarik wanita kecuali wanita yang nyatakan sebelum ini.

Apa yang aku boleh buat teori terhadap wanita ialah

"Wanita muslimah ciri-ciri yang aku minat mereka ada satu persamaan. Mereka tidak suka cakap banyak"

Mungkin teori ini boleh berubah apabila waktu yang menentukannya. Dan satu lagi sebelum aku mengakhiri tajuk kali ini gaya jalan NM sama maksud gaya jalan Mizz Liza. Apa maksudnya?
Lain kali lah ya. hehe.

Okay sudah lama aku berceloteh tajuk akan datang aku akan tunjukkan gambar sepanjang Bengkel penulisan MPR 2012. Sekian Terima Kasih.

Assalammulaikum :)


Thursday, March 8, 2012

Blogger tips

Assalammulaiikum dan Salam Sejahtera

Aku sudah 3 tahun berblogger jadi aku mungkin mahu berkongsi dengan korang bagaimana mahu menjadi blog korang supaya di lawati.

PERTAMA
Facebook dan lain Networking
Kalau korang ada facebook (mesti semua ada kan?) korang sebarkan ada kawan-kawan di facebook senang saja kan?

apa yang perlu kau buat sentiasa update bahan-bahan cerita kau atau orang lain.

KEDUA
Blogwalking
Kalau korang singgah blog kawan korang atau kemana - mana sahaja blog yang kau suka tinggalkan komen atau jejak.ini dapat memberi trafik pada blog korang

KETIGA
Berbual di forum

korang daftar mana forum korang suka and then korang borak apa-apa sahaja topic yang ada.dan apa yang pasti tinggalkan jejak.

KEEMPAT
Bina kredibiliti di mana ketiga cara ini supaya orang lain memandang korang sebagai penulis blog yang smart.

okay bagaimana?ini cuma pandangan aku sahaja.

okay Assalammulaikum!! :)

Wednesday, March 7, 2012

10 Mac 2012

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah aku diterima untuk menyertai program yang dianjurkan oleh Pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka.Semalam aku dapat panggilan dari pihak DBP untuk menyatakan yang aku diterima.

Itu sahaja hehe..

Syukur rezeki Allah berikan pada aku.Gunakan peluang terbaik ini untuk mengembangkan bakat. :)

Sekian
Assalammulaikum :)

Thursday, March 1, 2012

Pelaburan Emas dan Perak

Assalammulaikum..

Selama duit simpan kat bank tidak tambah kalau setahun naik bape saja..jadi untuk pelaburan dan ganda wang aku telah membuat pelaburan dan ini lah hasilnya..

Kumpul sikit lama jadi bukit..okay itu saja aku nak kongsikan pada korang

Assalamulaikum..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...