Wednesday, June 19, 2013

Apa Anda Perlu Tahu Tentang RunningMan? (Part 1)

Assalamualaikum!

Berkenaan RunningMan, saya sarankan kepada sesiapa yang tidak menonton RunningMan, sila menonton kerana selain dapat hiburan pada malam sabtu dan malam ahad. Korang akan terima nilai-nilai pengajaran dalam rancangan itu.

Ahli RunningMan ini ada tujuh (7) orang sahaja. Senarai seperti berikut.

1)Kim Jong Kook
2)Jae-Suk
3)Kang Grary
4)Song Ji-Hyo (Perempuan)
5)Haroro (Haha)
6)Lee Kwang Soo
7)Seok-Jin.

Seorang perempuan, enam orang lelaki. Ini sedikit info tentang ahli RunningMan.

1) Kim Jong Kook


Ahli paling digeruni dalam RunningMan. Setiap perlawanan "mencabut tanda nama" di belakang baju mereka, ahli RunningMan lain tidak mahu berhadapan dengannya, kerana Jong Kook memiliki badan yang sasa dan berotot-otot. Selain badan, Jong-kook juga bijak berfikir untuk mengatasi lawannya. Kepintarannya juga ada kalanya memberi kekuatan kepada para tetamu yang lemah dari segi fizikal untuk menghadapi cabaran dalam RunningMan.

Kata para tetamu, "Saya sering tonton RunningMan, kita perlu bersaing kuat, tapi kadangkala kepintaran boleh mengatasinya." (Lebih kurang begitulah katanya)

Nama: kim Jong Kook
Kerjaya: Penyanyi
Nickname: Spart Kook, The Capable One, Commander, Tiger.
Tarikh lahir: April 25, 1977



2) Yoo Jae-Suk



Ahli paling banyak berfikir apabila berhadapan lawan di RunningMan. Walaupun umur semakin meningkat tetapi stamina dipuji oleh tetamu yang hadir dalam saingan RunningMan. Tidak miliki badan berotot-otot seperti Jong-Kook, tetapi Jae-Suk bijak mengambil peluang yang ada dan pandai berlakon di hadapan musuhnya. Jae-suk pada pandangan saya, sangat berbudi bahasa, menghormati orang lain dan pandai berbicara. Di luar RunningMan Jae-Suk sangat dihormati kerana sifat berperikemanusian-nya yang tinggi.

Jae-suk juga adalah pengacara yang dihormati di negaranya. Kalau di malaysia, pengacara nombor 1 kita adalah Aznil. Di Korea, Jae-Suk adalah pengacara nombor 1. Ini kerana ada satu episod lawannya menanyakan soalan.

"Siapa pengacara popular di korea." Jae-Suk tidak dapat menjawab, kerana sikapnya yang low-profile dan disenangi rakan-rakan lain. Sedangkan dia juga pengacara! (Episod dengan Jackie Chan)

Nickname: Yoo Hyuk, Yooruce Willis, Yu-mes Bond
Tarikh lahir: August 14, 1972
Pekerjaan: Pengacara, Pelawak



3) Kang Gary



Kang Gary adalah penyanyi hip-hop dan seorang rapper. Kuat bersaing dalam RunningMan. Antara ahli yang berjaya mengeluarkan Jong-kook dengan saingan "mencabut tanda nama" secara face-to-face. Kurang pandai berlakon dihadapan musuh apabila diberi tugas sebagai "Spy" tetapi memiliki tubuh yang cergas dan kuat berbanding ahli lain, kecuali jong-kook. Meminati Song Ji-Hyo dan akan ber-couple pada hari Isnin. Dan mereka berdua digelarkan Monday Couple.

Gelaran dalam RunningMan: Monyet
Nickname: Peaceful Gary, Ga-colas Cage
Tarikh lahir: February 27, 1978
Pekerjaan: Rapper, Member of Leessang



4) Song Ji-Hyo


Hanya seorang wanita sahaja dalam RunningMan. Dan seorang wanita ini perlu berhadapan dengan 6 orang lelaki. Di Korea, mereka menghormati para wanita. Apabila melakukan sesuatu tugasan yang memerlukan kekuatan fizikal, perempuan diberi sedikit kelonggaran. Dan tidak ada ahli RunningMan berkecil hati, sedangkan mereka setuju. Kalau ada pun, saya tak tahu. Hehe.

Song Ji-Hyo pada saya adalah ahli RunningMan yang bijak mengambil peluang. Mungkin Ji-Hyo tahu, untuk menang dalam cabaran RunningMan, dia mungkin tidak berjaya melawan kekuatan fizikal lelaki, tetapi dengan mengambil peluang yang ada, Song Ji-Hyo sering menjadi pencabar pada ahli RunningMan dan tetamu lelaki mahupun perempuan. Dalam RunningMan jika dia berkumpulan dengan Gary, Gary sering menjaga Ji-Hyo sekiranya ada cabaran "mencabut tanda nama" dan bila dia berkumpulan dengan Jong-Kook, Jong-Kook akan menjaganya.

Gelaran dalam RunningMan: Si Jaguh.
Nama Sebenar: Cheon Seong-im
Nickname: Ace Jihyo, Song Ji-yok, Mung Ji Hyo
Tarikh lahir: August 15, 1981
Pekerjaan: Actress, Model



5) Haroro (HaHa)



Sikap Haha yang teruja melihat tetamu wanita yang cantik, memeriahkan lagi rancangan RunningMan ini. Ahli yang sederhana tapi kadangkala datang kebijaksanaan. Lebih bijak berbanding Lee Kwang Soo, kurang mengkhianati berbanding Lee Kwang Soo yang digelarkan (Raja Pengkhianatan) Walaupun sudah berkahwin, sikapnya sama seperti zaman bujangnya, iaitu teruja melihat tetamu perempuan yang cantik. Gatalnya tidak keterlaluan sedangkan Haha menghormati para tetamu wanita dan lelaki.

Nama sebenar: Ha Dong Hoon
Nickname: Haroro, Ha-rad Pitt
Tarikh Lahir: August 20, 1979
Pekerjaan: Penyanyi.




6) Lee Kwang Soo



Lee Kwang Soo digelarkan sebagai Raja Pengkhianatan. Sebab beliau sering sekali khianat pada sesiapa sahaja. Sikap tersebut dilakukan kerana Lee Kwang Soo adalah ahli yang lemah, tetapi kuat berbanding Seok-Jin. Sikap khianatnya kadangkala membawa kerjayaan dan sering kali membawa padah. Sehingga para tetamu lelaki dan wanita di pesan oleh rakan atau anak-anak mereka supaya berhati-hati dengan Lee Kwang Soo ini sekiranya berurusan dengannya. Disebabkan dia adalah ahli paling muda dalam RunningMan sering kali dibuli rakan-rakan yang lain. Makna buli disini sering diusik dan jadi bahan ketawa.

Lee Kwang Soo juga terkenal dengan sifat "bodoh"-nya. Tetapi itu episod awal. Semenjak beliau dapat sambutan peminat-peminat yang luar biasa di Macau dan Vietnam. Kwang Soo lebih serius menjalankan cabaran dalam RunningMan. Sikapnya berubah hanya untuk peminatnya. Lee Kwang Soo ada sikap yang terpuji. Dia tidak pandai berbohong dan apatah lagi berlakon untuk sembunyikan sesuatu perkara/benda.


Nickname: Raja Pengkhianatan, Zirafah.
Tarikh lahir.: July 14, 1985
Pekerjaan: Pelakon, Model.



7) Seok Jin



Seok Jin adalah ahli paling lemah dalam RunningMan. Selalu berpasangan dengan Lee Kwang Soo. Dan mereka dua beradik ini digelarkan "Easy Brother" Seok Jin juga selalu jadi mangsa pertama dalam cabaran "mencabut tanda nama" kerana ia tidak sekuat ahli yang lain. Apabila tanda nama Seok Jin dicabutkan, maknanya "Permainan sudah bermula" jadi ahli RunningMan tahu, cabaran ini sudah bermula selepas musuh paling lemah telah ditewaskan.


Nama Sebenar: Ji Suk Jin
Nickname: Big Nose Hyung
Tarikh lahir: May 10,
Pekerjaan: Pengacara, Pelawak.

Sambungan Part 2.


Saturday, June 1, 2013

Buat Pinjaman atau Simpan?

Assalamualaikum!

Semalam bersembang dengan ayah. Cerita fasal perancangan mahu beli rumah pertama dalam masa dua tahun ini. Bercadang mahu ambik pinjaman, kata ayah aku boleh. Tapi tiba2 pula datang soalan aku.

Aku: Ayah, kalau buat pinjaman ini, kan. Kita cari duit untuk orang lain. Bukan cari duit untuk diri sendiri, kan?

Ayah: Betul tu.

Aku: Habis kalau macam tu, macam mana nak kumpul duit? Pinjaman 150k atau 10k nanti bayar balik kat mereka (Bank)

Ayah aku tiba2 datang idea bernasnya.

Ayah: Tak perlu pinjam duit tu. Kau tgk ini, sebulan kau perlu bayar kat bank RM892. Kalau tak perlu pinjam, cuma simpan. Simpan kat ASB. bunga naik nanti.

Aku: Wah! Bagus tu, tapi, kan. Tak nak melabur kat ASB sebab tak patuh syariah. Kalau SSP BSN nak lah,

Ayah: Suka hati kau lah. Simpan duit tu. Nanti boleh menang cabutan bertuah, boleh dapat kereta.

Aku: Tak terfikir pun nak menang kereta, ayah.

Ayah: Manalah tahu, rezeki, kan?

Aku: Mengangguk2.

Keadaan begini terjadi kalau tak terdesak sangat nak gunakan duit. Jadi dalam tempoh dua tahun, boleh lah simpan sikit belum campur dividen SSP BSN lagi. Walaupun ASB lebih lumayan tapi tak pastuh syariah. Rumah pertama bakal dibeli. Tak sabar rasanya. Nanti tiap bulan duit masuk. Penyewa bayar hutang bank, aku ambik sikit jer daipada profit tu.

Okaylah, itu saja. Assalamualaikum!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...