Sunday, November 4, 2012

Berubah Atau Mati?

Aku mahu luahkan sedikit perasaan aku,

Aku ada tabiat kurang elok iaitu aku perlukan sokongan dari keluarga. Pada pendapat dan prinsip aku tidak mahu tetapi dari sudut hati nun jauh mahukan sokongan keluarga. Sebab aku nak nampakkan diri aku ini matang. Dan terjadi ego disitu. Aku rasa diri aku anak-anak kecil yang mempunyai dada besar tapi penakut. Haha. Aku terima diri aku.

Senang cerita aku perlu keluar dari zon selesa dan hadapi perkara baru, aku tidak pasti bagaimana masa depan diri aku ini, berubah atau mati? Itu persoalan aku, dan persoalan itu masih belum muktamadkan sehingga kini. Berubah atau mati?

Tabiat diri aku, aku mahu semua perkara cepat berlaku, apabila aku study, aku mahu cepat tahu, itu bagus dan sangat aku suka tabiat aku itu, tetapi bagaimana dengan bahasa? Bahasa pada aku, ia bukan cepat persoalan dia, tetapi kekerapan kita gunakan dalam rutin seharian, tetapi tabiat aku mahukan cepat menyebabkan aku berputus asa dalam usaha mempelajari bahasa inggeris mahupun bahasa arab.

Bahasa inggeris sudah tentu aku kena kuasai, tapi bagaimana pula bahasa arab? Sebelum aku mati, aku mahu baca kitab hadis atau apa-apa kitab agama dalam bahasa arab, nilai tambah pada diri aku, aku tahu aku berusaha merebut ilmu Allah. Itu sahaja. Itu aku perlu fikir, berubah atau mati?

Dalam niat aku solat, aku tidak ikhlas sembah pada Allah, sebab dalam setiap solat aku mesti ada secebis perasaan mahu meminta sesuatu daripadanya. Adakah aku ini dikira membodek Allah? Aku rasa setiap kekurangan diri aku, aku sukakannya sebab aku tahu dan sedar. Tapi apa tindakan aku untuk menyelesaikan masalah ini? Ini bukan masalah kewangan yang dihadapi majoroiti masyarakat Malaysia, ini masalah diri atau tabiat. Aku mahu hidup dalam bahagia, dengan akhlak baik berpandukan islam dan Allah menyayangi aku.

Kalau orang kata mana impian aku, aku kata mahu jadi ahli fizik, sedangkan impian aku lebih besar kebahagian yang diberikan oleh Allah. Aku tidak tahu sampai bila aku akan dapat kebahagian atau aku mengejarnya. Sebab aku tahu kebahagian itu sungguh tenang walaupun kita kerja angkat sampah, sebab kita bahagia dalam kehidupan dan segalanya cukup belaka, Antara nilai 400 billion dolar dan kebahagian, aku memilih kebahagian.

Sekian, terima kasih.
Assalammulaikum!

Cukup Dalam Hidup, Atau Zon Selesa?

Kalau orang rapat dengan aku, mereka kata hidup aku bosan. Kalau orang rapat itu tahu apa impian aku, mereka kata aku berangan-angan.  Kalau orang rapat itu melihat usaha aku, mereka kata usaha aku lakukan ini sedikit berbanding  impian mengunung aku.

Betul apa mereka katakan itu. Aku terima dengan hati yang terbuka. Dalam tahun 2012 ini aku banyak menangis daripada melakukan sesuatu yang berfaedah atau mendapatkan hasil. Ya, memang betul. Kadangkala aku seperti manusia yang tiada guna. Haha. Aku terima sahaja diri aku. Sebab aku tahu tiada sesiapa menerima diri mereka melainkan diri kita. Sama seperti pelacur, masyarakat tidak menerima mereka, tapi mereka terima diri mereka. Walaupun mereka tahu perbuatan mereka adalah berdosa.

Kadangkala aku terfikir dunia yang aku duduk ini penuh dengan huru-hara, walapun bukan dari segi fizikal kemusnahan dari huru-hara itu, tetapi berlaku pada spiritual. Ya, rohani. Aku fikir pasal mereka (masyarakat) dari pelbagai segi sosial, politik, negara dan sebagai, memang tidak adil. Aku fikir aku mahu ke syurga, tetapi aku kertawakan diri sendiri diri, layak kah? Hahah! Syurga itu bagi aku mustahil aku akan jejak ke sana, tapi aku tahu mustahil itu akan hilang sekiranya aku jadikan impian aku ke syurga.

Terus terang aku katakan, diri aku kosong. Kosong dari sebarang perasaan. Maksud aku, apa-apa cerita dari orang lain, yang berbuat keburukan yang disampaikan kepada aku, aku tidak kata apa-apa. Sebab aku berprasangka baik pada mangsa itu!! Jadi, pandangan alam aku ini seperti khayalan, aku lihat semua manusia baik belaka, kadangkala kawan aku kata aku ini lurus bendul, aku tidak tahu, kosong dalam jiwa aku, aku tidak sakit hati pada sesiapa, cuma cemburu kemahiran dan bakat seseorang.

Entah, aku tak tahu nak kata apa lagi. Aku ingin sangat bertanya pada seseorang yang ideal dengan soalan.

"Adakah dalam hidup anda, anda rasa cukup?"

Assalammulaikum!

Takut

Assalammulaikum!

Terus terang aku takut hadapi perkara baru untuk pertama kali. Maksud aku kalau benda atau perkara itu pertama kali aku buat, aku teragak-agak nak lakukan dan kadangkalanya lemas dalam ketakutan. Hoho! Begitu lah.

Beberapa hari ini akan ada perkara baru akan tiba, perkara baru ini yang aku cari dan bukannya datang sendiri tanpa sebarang ramalan mahupun kemungkinan. Hehe. Untuk pertama kali juga aku bangga dengan diri aku ini. Haha, sebab bukan apa, aku berani melakukan perkara yang orang lain kata itu "diluar zon keselesaan mereka" pada aku perkara ini dilalui kerana impian tidak akan datang pada mereka yang tidak mengejarnya.

Impian aku bukan besar sangat, sekadar mahu jadi Ahli Fizik Teori. Bukan kaya mahupun berpangkat bagai. Duduk dan Berfikir (Bukan, duduk dan bantah) Haha! Memang rancangan tinggi bagai, membelok-belok dunia internet mencari maklumat kursus dan universiti terbaik menawarkan fizik teori, akhirnya aku jumpa Jerman. Sebelum ini aku menyangka US, UK, Aus, itu terbaik dalam dunia fizik teori, tetapi apabila jumpa blog seorang ahli fizik (aku rasa lah) bukan negara tu yang sesuai, sebab ada negara yang mengatasi percapaian negara tiu dalam dunia fizik, iaitu Jerman (Bape banyak perulangan laa.)


Haha, itu semua impian, aku tak fikir fasal di mana aku akan dicampakkan selepas dua tahun dari sekarang. Aku fikir buat benda yang betul dan lakukan. Itu sahaja. Walaupun diri ini rasa kekurangan. Hoho!
Sama seperti kekayaan. Sebelum ini aku fikir kekayaan adalah apabila kita memiliki rumah, kereta mewah dan sebagainya. Tetapi semua itu berubah selepas aku baca bab 1 buku Rich Dad, Poor Dad di MPH JJ Bukit Raja.

Aku tak tahu macam mana nak terangkan sebab pengisian dan pengajaran robert tu perkara yang baru pada aku. Kalau korang baca mesti tak sabar buat bisnes. Kehkeh! Oklah, itu sahaja.

Assalammmulaikum!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...