Monday, January 23, 2012

Tak sabar

Assalammulaikum dan salam sejahtera

Aku hari ingin mengatakan sesuatu...heheh...dah macm pengumuman hari raya lak..

Aku sebenarnya batak sikit sebab sekarang aku berblogger di blog aku dengan menggunakan iphone 4s kakak aku punya..rasa kekok sekarang sebab aku keyboardnyer kecil dan kurang puas kalau menekannya..

Apa2 pun aku mcm poyo sikit..hahaha..aku tak maksud apa2 disini..cuma nak rasa pengalaman baru aku..huhuhu..

Okay2..Assalammulaikum dan salam sejahtera..:)

Tuesday, January 17, 2012

Ombak Rindu

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera.

Aku suka lagu dalam filem Ombak Rindu itu



Liriknya sama apa yang aku mahu sampai dalam puisi-puisi aku.
Sungguh dalam maksud lirik itu.Walauapapun korang hayati lah lirik ini.:)

Monday, January 16, 2012

Amirul Berkata

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera.

Aku selalu fikir.Aku berfikir perkara orang jarang memikirkannya..Aku mula fikir dan fikir.Berfikiran aku semakin bertambah selepas aku berfikiran dan berfikiran lagi kemudian hari.

Aku pada mulanya melihat dunia ini penuh kebencian.selepas aku berfikir dunia sebenar mempunyai pelbagai ragam manusia.Apa yang kita fikirkan,itu lah sekeliling kita.Berfikir melawan arus dahsyat ombaknya.

Aku pada mulanya berfikir,Apa yang aku belajar ini hanya untuk bekerja kemudian hari?Jurutera,Boss,kerani,Guru,Doktor,jururawat dan chef?.Pada itu aku berfikir panjang..ia perjalanan yang sungguh panjang..Aku terus berfikir kenapa aku belajar?untuk kebanggaan ibubapa?, Guru-Guru di sekolah?,rakan-rakan?sanak-saudara?..Apa tujuan aku belajar?..Aku terus berfikir...


Fikiran aku tiada perisai..menerima pelbagai bentuk fikiran tanpa menapisnya..Kenapa?..Sebab pada masa itu aku mula berfikir..Aku cari,jumpa,memerhati,mendengar dalam perjalanan aku.dan akhirnya aku dapat sesuatu kenapa aku perlu belajar..


Aku melihat sesuatu yang ikhlas di akhir cerita dalam perjalanan aku,sungguh luas pandangan itu..pada pendapat aku..


Pada waktu itu aku berpendapat..


Aku Belajar Bukan Kerana Untuk Cari Pekerjaan..Tetapi Aku menuntut Ilmu Untuk Menjadi Kebolehan..Ya,Manusia Yang Kebolehan..


Aku fikir sebegini,kerana aku memerhati sesuatu dalam kalangan pelajar-pelajar dapat 10A atau 21A atau Mungkin 31A..Aku berfikir,memang mereka belajar pelbagai bidang ilmu seperti Kesussasteraan,Matematik Moden,Matematik Tambahan,Fizik,Biologi,Kimia,Sejarah,Seni,Seni Visual,Bahasa Arab, dan sebagainya,Tetapi satu mungkin diorang tiada Praktikal..


Aku anggap sekolah itu seperti pembelajaran yang sempit,pada mulanya aku berfikir,kerana aku melihat sekolah atau Universiti melahirkan robot-robot.Tiada lebih dari itu..Tetapi akhirnya aku melihat lebih dari itu..aku mula melihat peranan sekolah di zaman islam dengan membaca kisah-kisah Sainstis Islam yang sungguh mengagumkan itu,pendidikan mereka ada sesuatu yang indah,Sekolah dan Universiti mereka tidak melahirkan robot-robot,tetapi menlahirkan Manusia Yang Berpendidikan Dan Kebolehan.Sesuatu pandangan baru pada mulanya aku berfikir.Kehidupan mereka tersusun dari segi


Kesihatan
Akhlak
Sosial
Ilmu


Mereka menyedari menjaga kesihatan kerana mereka tahu dan berfikir kerana ia penting untuk kehidupan tiada apa yang lebih bernilai dari itu.Mereka menyedari menjaga Akhlak kerana mereka tahu dan berfikir kerana ia penting tiada apa lebih indah dari itu,Mereka menyedari menjaga pembatasan Sosial kerana mereka tahu dan berfikir kerana tiada yang lebih dari itu.Mereka mencintai ilmu kerana mereka tahu dan berfikir dengan ilmu mereka keluar dari kejahilan.


Ia tidak berlaku pada Masyarakat kita,aku melihat,mereka mendapat 10A atau sebagainya tidak mengambarkan percapaian ilmu yang ia mereka miliki..


Aku melihat orang yang dapat menjaga Kesihatan,Akhlak dan Sosial adalah orang berilmu.Tetapi tidak pada hari ini,mereka pelajar yang pelajaran bukan pelajar yang pendidikan dan kebolehan.

Mungkin melihat kenapa ia berlaku,ada sesuatu yang tidak kena,aku melihat gaya pendidikan di sekolah..Aku melihat Guru-Guru lebih menekan soal peperiksaan dari tujuan asal berilmu.Mereka mengancam pelajar jika tidak score mereka tiada masa depan,dan bermula pencarian ilmu itu untuk material semata-mata.


Merek beranggapan dengan ilmu mereka boleh jadi kaya,dapat rumah besar,kereta besar, dan sebagainya yang besar..tetapi hakikat sebenar mereka seperti sebuah robot yang sedang diproses dari kilang untuk bekerja dengan para Ahli Perniagaan Yang Kaya Raya diluar sana.


Mereka (Golongan Perniagaan) tak perlu golongan Cerdik pandai,mereka mahu Golongan Tahu buat kerja.Kalau Golongan cerdik pandai dalam erti kata sebenar yang mencintai ilmu adalah sebenarnya menyusahkan mereka.Kerana Golongan Cerdik Pandai lebih berfikir dari Ahli Perniagaan Yang berfikir juga,tetapi pada tahap tertentu.


Mereka mahu Golongan Yang Tahu Buat Kerja,Yang Taat perintahnya,kerja lebih masa,kerja dengan kadar gaji tetap,kerja kuat untuk naik pangkat,kerja kuat supaya dapat bonus.Mereka Golongan Yang Tahu Buat Kerja ini cukup selesa dengan kerja mereka miliki dan bonus.Pada waktu itu mereka berada di Zon Selesa.Mereka tidak mahu keluar dari itu,mereka hanya menetap di situ dengan jagaan majikan mereka.Siapa kuat kerja naik pangkat sehingga bersara.itu sahaja,cabaran mungkin berbeza diperingkat berlainan tingkat,ia cuma kurang pengalaman dan akhirnya pengalaman berulang sehingga tidak mahu keluar dari Zon Selesa.


Berlainan pula mereka yang kurang bejaya dalam pembelajaran ini jika kita melihat di luar sana,Golongan ini mereka yang terdesak untuk meneruskan kehidupan mereka kerana mereka sedar mereka kurang atau gagal dalam pendidikan.Mereka berada di Zon Mendesak.Mereka mendesak diri mereka untuk berjaya dalam hidup,untuk membuktikan yang mereka boleh hidup walaupun tiada segulung ijazah di tangan mereka.Golngan sebegini bagi aku berani kerana mereka belajar hidup untuk berdikari bukan dilindungi oleh payung(Majikan).Mereka buat sesuatu dengan risiko yang berbeza dengan keberanian yang berbeza-beza dan dan tingkat berbeza-beza.


dan segelintir mereka ini adalah Tuan Pemilik Syarikat kepada Golongan Tahu Buat Kerja Ini.


Golongan Ketiga pula adalah golongan Berilmu.Mereka tidak kisah jika keputusan mereka B atau A,kerana mereka menilai diri mereka bukan dari Kertas Peperiksaan,tapi Pengalaman Ilmu yang mereka pelajari dalam kehidupan mereka,Mereka Golongan Berdikari,berfikir,mengambil risiko,cakap serupa bikin,dispilin dan sebagainya,Mereka seperti Golongan Kedua itu tetapi mereka ini sangat mencintai ilmu,mereka tahu yang ilmu tidak semesti perlu kena sekolah atau Universiti,kerana kerana nilai ilmu itu yang bersifat Universal.Sesiapa pun boleh memiliki ilmu,Golongan Sastera mahu belajar Sains atau Golongan Sains mahu belajar Sastera.asalkan ada usaha,bukannya mengikuti program Universiti YANG BUAT dalam Pengkhususan Ilmu!.



Aku mungkin akui Lelaki mempunyai 9 Akal dan Satu Nafsu dan Wanita memiliki 1 AKAL dan 9 Nafsu.
Kerana di Universiti di Malaysia ramai Wanita yang menduduki Universiti Di Malaysia,dan Lelaki sangat kurang,
Wanita beranggapan masuk Universiti boleh Berjaya,dan Senang dalam hidup kerana mereka memilik 1 Akal tetapi Lelaki Beranggapan tidak semesti masuk Universiti boleh berjaya dan hidup senang,mereka berfikir jauh kedepan dengan belajar dalam UNIVERSAL ini.


Jadi perjalanan aku gembira,kerana aku sangat kagum pada mereka meniaga di pasar malam dan sebagainya,kerana mereka berdiri atas kaki sendiri..



Sekian Terima Kasih..:)


Saturday, January 7, 2012

Pelaburan

Assalammulaikum dan salam sejahtera

Semenjak dua menjak ini,aku banyak menemui pelbagai pelaburan,ia mendekati aku kepada dunia pelaburan,sesuatu perkara yang aku suka tentang pelaburan,

Pelaburan yang aku tahu setakat ini,

Pelaburan Emas
Pelaburan Saham Amanah
Pelaburan saham di Bursa Saham

Tiga pelaburan ini yang aku serius nak tahu setakat ini,Pelaburan yang mula aku buat adalah Pelaburan Emas,tapi aku tak beli emas,aku beli Perak!!

Kenapa perak,kenapa bukan emas?!

Sebab semua tahu perak sekarang ini di bawah paras nilai yang SEBENAR.ye di bawah nilai SEBENAR.
(dah macam jurujual dah)

fikirkan semula harga emas mengikut pasaran semasa antara Rm163-170 SEgram.Plantinum(Emas Putih) RM 1,603-? Segram!..Perak?..Perak RM2.03 Segram..Jadi Perak murahkan?..Mengumpul perak pada nilai murah dan jual balik pada nilai tinggi..

Jadi bilakah akan naik?..mungkin 5 atau 10 tahun dari sekarang..ia pelaburan jangkang panjang..Perlu bersabar kerana nilai perak akan trend menaik..walaupun harganya turun sedikit..

Banyangkan 20 gram baru RM100 lebih nanti 10 tahun RM15,000 ringgit..hahaha..cukup kahwin dengan Mizz Liza..AHAHAHAHA!!..(Suka kau amirul)..kot2 dia sambung Ijazah Sarjana..Naik RM20,000..Wah,manyak mahal looo..jawapannya simpan perak banyak2 DER....settle....


Untuk Pelaburan kedua iaitu Saham Amanah..

Saham Amanah ini kita bagi dana kita kepada pihak pengurusan dana,dan pihak pengurusan dana itu akan melabur mengikut sektor yang ditetapkan,dan keuntungan akan diagihkan..

Keuntungan Saham Amanah yang aku tahu setakat ini..
Keuntungan Agihan(Dividen)
Peningkatan Nilai Modal..

Peningkatan Nilai Modal macam ni,contoh saham masa itu seunit harganya RM1.00,katakan korang melabur dana korang dengan minimum RM1000 ringgit..Pada pasaran semasa pemegang saham korang akan menaik ataupun menurun,mengikut KEBIJAKSANAAN korang sebagai Pelabur.contoh saham masa itu sedang menaik nilai seunit dana itu RM.9.00 seunit .ni CONTOH YE..Korang boleh kira 1000 darab dengan 9..berapakah?

Ilmu Saham Amanah ini aku tahu pada tahap itu sahaja,mungkin ada silapnya..sebab ini aku review di internet sahaja,bukan beli buku mengenai Saham Amanah..

Pelaburan ketiga..Iaitu Pelaburan Saham di BURSA SAHAM!

Yeah,bagi aku yang kurang matang dengan ilmu saham di Bursa Saham ini,aku boleh kata di sana terletak Pelabur-Pelabur yang Hardcore punya..mereka mencari untung dengan jangkang masa pendek..jika mereka berilmu..Pelabur paling hebat di dunia ialah Warren Buffet!..Terbaik...
Aku kurang mengerti saham ini,jadi aku tulis kosong lah..maksud aku tiada nilai tulisan aku untuk saham ketiga ini..

Pelaburan yang keempat!!Ehh2..ada ke dalam senarai..

Ialah Pelaburan FOREX!!!
Jeng2..Semua tahu pelaburan forex atau Pertukaran Wang Asing ini menjana keuntungan yang pantas!!..Keuntungan melipat kali ganda jika mereka berilmu..Pelaburan Forex kena belajar pada orang yang berjaya dan berpengalaman diluar sana..kerana jika tiada ilmu dalam pelaburan apa-apa pun ia seperti BERJUDI!..Faham?!..jadi penuhkan ilmu didada terang minda sedia bergerak(dah macam dr fadzilah come to me..hahaha..johan2..)..

Bagi kita yang orang islam,Perlu check betul2 pelaburan yang dibuat,sebab mungkin ia melanggar syariah..pastikan pelaburan anda ada Penasihat Syariah..Aku ambik serius tentang perkara ini sebab kalau pelaburan haram,haram lah rezeki aku..jadi untuk jadi pelabur bijak anda perlu check latarbelakang instrumen pelaburan atau syarikat yang anda mahu laburkan..pastikan ia ada Penasihat Syariah.Kalau rajin membaca pergi kedai MPH ATAU Popular,beli buku mengenai Perbankan Islam,Kewangan Islam,atau sebagainya..Yang aku tahu seorang ustaz ini namanya Zaharuddin.Ia ada tulis mengenai Kewangan Islam..sebab buka dia paling aku kenal,sebab asal aku belek2 je almari buku MPH ATAU POPULAR selalu jumpa buku beliau..

aku mahu beli buku beliau..insyAllah..

Okay Itu sahaja perkongsian ini..Assalamulaikum..:)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...