Thursday, March 28, 2013

Wanita Suka Cakap Terbalik?

Assalamualaikum!

Entri kali ini, berkaitan wanita. Wanita suka cakap terbalik? Dari sumber dibawah ini, kalau wanita cakap begitu, hanya pada orang yang dia sayang. Haha, maka terciptalah dialog ini. Hehe.

"Kenapa lelaki suka kahwin dua ya abang? Seronok ke?" Soal si Isteri.
Jawab suami, "Entahlah.."

Maka kecewalah Isteri, hajatnya tidak kesampaian.


********************************************

PEREMPUAN SUKA CAKAP TERBALIK, ORANG LELAKI DENGAR MACAM PELIK (orang lelaki patut baca ini sampai abis) 

Satu petang, Si suami yang baru pulang dari kerja, ingin memanjakan isterinya, “Jom kita keluar, malam ni kita makan di kedai je lah”. Sambut isterinya, “Eh nasi banyak lagi tu bang, gulaipun ada lagi tu. Nanti membazir, siapa pula nak menghabiskan tu”. Kalau diikutkan jawapannya itu seolah-olah membantah cadangan suaminya itu, tetapi tindakannya berlainan. Siisteri masuk ke bilik terus menukar baju dan membelitkan tudung di kepalanya di hadapan cermin di dalam bilik tidurnya. Sambil menunggu isterinya, dia mencapai surat khabar yang dibawa daripada pejabat tadi.

Suaminya faham sangat. Kalau mulut isteri membantah tetapi nampak bergegas menukar baju, maknanya dia setujulah tu.
Setiba di gerai “char kue teow” yang biasa mereka singgah, adik di gerai tu menghampiri mereka dan bertanya, “Pak Cik nak makan apa?”. Pantas suaminya menjawab, “Char kue teow”. Ditegur isterinya, “Ish Abang ni, mintalah yang lain pula, mee ke, bihun ke. Kan dulu dah makan char kue teow ni”.

Suami mula naik berang, “Menyusah je fikir-fikir, Abang tengah lapar, nak makan char kue teow le, Awak nak yang lain, pesan je la”. Muncung terus mulut si isteri mendengar arahan suaminya itu dan lantas memesan bihun sop untuk dirinya.
Sedang mereka menjamu selera, isterinya memecah kesunyian dengan bertanyakan satu soalan menjerat, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Sambil kepalanya masih tunduk menyedut lelehan kuah kue teow itu, suami membalas, “Sedap”. Terus melicinkan char kue teow kegemarannya itu. Apabila isterinya melihat piring suami telah licin, dia menegur dengan nada kecewa, “Awak tu makan, bukan nak ingatkan saya”.

Tergamam suami mendengarnya terus membela diri, “Tadi tak cakap pun nak”. Sambut isterinya, “Dah cakap tadi, abang buat tak faham je”. Dibalas suaminya untuk membela dan membenarkan dirinya, “Mana Abang tahu awak nak rasa, kalau nak, pesan lagi satu”. Suara masing-masing mula meninggi. Isteri merasakan suasana romantik yang dia mula kecapi seawal suaminya mengajak makan di gerai tadi telah hancur berkecai apabila suami tidak memahami kehendaknya malam itu. Bagi Sisuami pula, asalnya tadi keluar makan di luar untuk membantu isteri merehatkan badannya supaya tidak susah-susah memasak di rumah dan dengan harapan malam nanti dapatlah hadiah istemewa daripada isterinya. Tetapi sekarang, telah bertukar menjadi medan peperangan dingin dengan isterinya di meja char kue teow pula. Mengapa perkara ini boleh terjadi?

Kebiasaan wanita, apabila mereka berkomunikasi, mereka menggunakan ungkapan yang tidak terus. Mereka menggunakan bahasa berlapik, maksud terbalik dan berpusing-pusing sebagaimana peribahasa Inggeris “beats around the bush”. Laporan ScienceDaily (Jan. 21, 2005) berjudul “Intelligence In Men And Women Is A Gray And White Matter” mengatakan binaan otak wanita yang memang telah diprogramkan memiliki lebih “white matter” yang bertugas menghubungkaitkan sesuatu perkara dengan yang lain hingga menyebabkan mereka pakar menggunakan pendekatan ‘komunikasi-bahasa-tidak terus’ ini. Bercakap adalah asas perhubungan yang utama bagi wanita.

Mereka menggunakan pendekatan ini untuk membina jambatan perhubungan dengan orang lain untuk mengelakkan konfrantasi secara terbuka, bersopan santun dan berbudi bahasa. Wanita memang suka menggunakan proses komunikasi cara ini untuk menyampaikan mesej terutama sekali kepada orang yang dia sayangi.

Bagi mereka, jika orang yang dia sayangi ini memahami apa yang dia ungkapkan dengan tepat, maka orang itu dilabelkan sebagai seorang yang romantik. Sebagai contoh kalau mereka berdua sedang menaiki kereta dalam perjalanan yang jauh dan isterinya berasa lapar. Pada masa itu mereka sedang melalui deretan kedai-kedai makan. Terdapat beberapa ungkapan yang tidak terus yang wanita gunakan untuk memberitahu suami yang mereka lapar. Mereka tidak sanggup mengungkapkan perkataan, “Abang saya lapar, berhenti di kedai makan depan itu sekarang”. Mereka akan menggunakan bahasa tidak terus seperti berikut, “Abang tak lapar ke?”. Atau, “Dulu kita pernah makan di kedai depan tu kan, sedap masakannya”. Atau, “Tomyam kedai di depan tu sedapkan Abang”. Dan banyak lagi ungkapan-ungkapan yang kebanyakan lelaki tidak faham.

Maka suami yang romantik ialah apabila sahaja dia mendengar isyarat ini, dia telah tahu bahawa isterinya sedang lapar dan mahu makan. Tanpa bersoaljawab, dia terus sahaja membelokkan keretanya ke halaman deretan kedai makan dan mencari pakir yang dekat dengan restoren yang dia sebut tadi.

Namun kebanyakan lelaki tidak faham dengan bahasa-tidak-terus ini. Minda lelaki yang memiliki lebih sepuluh kali “grey matter” daripada wanita yang tugasnya hanya memproses maklumat, kurang dapat mengaitkan ungkapan atau ayat-ayat yang berlapik-lapik ini. Kefahamannya hanya bergantung kepada apa yang diucapkan. Dia tidak pandai untuk mentafsirkan apa yang tersirat daripada apa yang tersurat. Oleh itu, jika isterinya beri isyarat. “Abang tak lapar ke?”, Dia akan jawab, “Tak lapar” dan meneruskan pemanduannya. Kecewalah isteri ini dan suaminya ini akan dicopkan sebagai tidak romantik.

Berbalik kita kepada kisah yang mula-mula saya paparkan itu. Apabila isteri bertanyakan kepada suaminya, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Ini bermaksud, “Abang, saya nak rasa sikit char kue teow tu”. Dan sebaik-baiknya, tanpa soal jawab, suaminya itu terus menukar piring char kue teownya dengan mangkuk bihun sop isterinya. Selepas minum separuh, suami itu juga menukarkan gelas minuman milo aisnya dengan minum isterinya. Suami yang berbuat demikian dicopkan sebagai seorang yang romantik. Dia bukan hanya dipuji kerana memahami kehendak isterinya, malah isteri juga puas kerana dapat merasai dua jenis makanan dan minuman pada malam itu dengan harga yang dibayar oleh seorang mengikut perkiraan wanita.

Berikut saya paparkan sedikit daripada ungkapan bahasa-bahasa-tidak-terus yang boleh dijadikan panduan kepada suami jika dia terdengar isterinya.
1. Bila suami mengajak isterinya pergi ke sesuatu tempat dan isterinya menjawab, “Tengoklah”. Besar kemungkinan maksudnya dia tidak mahu pergi.
2. Bila suami isteri sedang berbincang untuk membeli atau memberikan sesuatu kepada isteri, tetapi dalam perbincangan itu timbul pelbagai masalah hingga isterinya seolah-olah mengalah, “Saya tak kisah”. Sebenarnya apa yang dia maksudkan itu ialah dia kisah dan mahu juga benda itu.
3. Bila suami pulang dari kerja dan sesampai di pintu, isterinya menegur suaminya, “Abang letih eh”. Bagi suami yang tidak faham, pasti akan menjawab apa yang dia rasai seperti, “Aa, letih”. Maka kecewalah isterinya itu kerana maksud sebenar ialah dia hendak mengajak suaminya keluar masa itu juga.

Mengapa orang lelaki tidak faham bahasa perempuan ini ialah kerana kebiasaannya orang lelaki berkomunikasi menggunakan ayat yang pendek, terus, tepat kepada maksudnya dan penuh dengan fakta. Lelaki dengan watak kepimpinan dan penguasaan sering menggunakan komunikasi ini untuk mendapatkan kuasa dan sokongan daripada orang lain.

Di dalam perniagaan, cara komunikasi sebegini amat sesuai untuk membuat keputusan dan keberkesanan perundingan dengan cepat. Tetapi kalau cara ini digunakan untuk berkomunikasi dengan orang perempuan, ia dilihat sebagai kurang sopan dan tidak beradab.

Oleh itu nasihat saya kepada suami yang ingin memahami bahasa terbalik isterinya ialah,
1. Bila isterinya bersuara, cuba dengar betul-betul ungkapannya dan lihat juga air muka serta pandangan matanya. Pasti kita boleh memahami maksudnya sama ada terus atau terbalik melalui tonasi dan bahasa badannya.
2. Kalau suami masih merasai tidak faham maksudnya, cepatlah bertanya secara terus terang, “Apa maksud awak tadi?”.
3. Bila suami telah memahaminya, maka simpanlah ilmu dan kemahiran ini untuk digunapakai masa depan apabila diucapkan oleh isterinya nanti. Pastinya suami ini dilebelkan sebagai lelaki yang paling romantik.
4. Terimalah cara bahasa terbalik yang amat memeningkan kepala ini sebagai tanda isteri masih sayang kepada kita. Kebiasaannya, isteri tidak menggunakan kaedah ini kepada sesiapa sahaja yang dia tidak kenal melainkan kepada orang yang dia sayangi dan teman sejenisnya

Kepada isteri pula,
1. Sebelum anda menggunakan bahasa berbahasa ini kepada suami, sila lihat dulu keadaan suami anda. Jika dia dalam keadaan serius atau kelihatan letih atau mengalami stres, jangan gunakan lagi pendekatan ini. Dibimbangi, ketidakfahamannya nanti boleh menyebabkan jiwa panas barannya mengganas.
2. Kalau keadaan suami kelihatan ceria dan bersedia untuk bergurau senda, bolehlah anda bermanja-manja menggunakan bahasa terbalik berpusing-pusing ini untuk menagih kehendak dan keperluan anda. Kalau dia tidak faham juga, anda hendaklah dengan suara manja menerangkan maksud sebenar. Jangan mengharapkan dia faham sendiri kalau dia kelihatan tidak faham. Nanti anda juga yang kecewa.

Selamat mencuba.
p.s: SHARE kan pada Teman anda supaya mereka FAHAM !!

Faham tak? Cuba baca balik dialog kat atas tu!!
Sumber: Terbaek Network

Wednesday, March 27, 2013

4, 2, 0. Kenderaan bermotor. Hehe


Ferrari 458 Italia, memang superb, dari segi kawalan, design, dan segalanya. Tak pernah uji pandu kereta ini, cuma banyak kali aku menonton video "test car" ramai wartawan auto memuji kawalan dan kelajuan kereta ini. Selain memberi nilai kemewahan, secara langsung ia memberi nilai kepantasan dan keunggulan.


Kedua adalah Ducati 1199 Panigale. Tak banyak aku menonton video motorsikal ini. Sebab aku lebih banyak menonton Yamaha R1. Tetapi aku memilih motorsikal ini kerana ganas dan kecil sedikit, berbanding Yamaha R1 (Pendapat aku sahaja) Mungkin juga kerana ia warna merah. Haha.


Boleh menonton video ini, Ferrari 458 Italia Vs. McLaren MP4-12c 


Ferrari dan Ducati itu kenderaan ber-Sport. Hehe, kalau jalan-jalan dengan bini dan 
anak-anak ini kenderaannya.


Proton Purta

Baru LEGEND, bawa kereta ini ke pasar, hypermarket, rumah saudara-mara kahwin, 
jumpa Mak Mertua, dll. Itu kereta, kalau motorsikal pula, macam mana? 
Ini motorsikalnya.



Yamaha LC 135

Kegunaan motorsikal ini, beli barang runcit belakang rumah atau bawa bini baru 

balik rumah. Hehehe.
Hidup biar simple, sebab simple, semua perkara baik-baik sahaja. Oh, lagi satu. 
Kalau nak bawa bini dan 
anak jalan-jalan, aku guna ini.


Megayacht!

Rumah biar sederhana, tapi Megayacht ada! Hehe. Oklah, setakat ini entri yang 
korang rasa merepek ini.
Assalamualaikum!

Sumber gambar: Google.com

Tuesday, March 26, 2013

Mizz Liza



Bila melihat profile gambar Mizz Liza, teringat pada hari PLKN, tapi itu semua sudah berlalu, hari yang lama, dan jauh di hujung semesta, (Apa aku merepek ini?) hehe

Sebenarnya entri kali aku nak bincangkan tentang masa depan. Masa depan yang tidak diketahui, oleh sesiapa pun. Masa hadapan itu selalu dikaitkan tentang impian seseorang. Sebab impian itu dipasang ketika kita masih kecil lagi, dan impian akan dicapaikan sekiranya kita sudah besar dan matang, kita mahu impian itu digenggam erat. Tapi bagaimana pula impian kita ketika dewasa misalnya? Mahu mengahwini seorang wanita idaman? Adakah ia tidak boleh dicapai kerana dikekang oleh masa dan umur?

Masalah ini sudah ada jawapan, ramai yang kahwin dengan pasangan mereka tidak pernah impikan, tapi mereka bahagia. Ini soal hati dan perasaan. Dan masa kita kecil, kita belum kenal hati sendiri dan hati orang lain. Jadi, bagaimana kita ada impian, sekiranya kita tidak kenal hati kita dengan memilih kerja sesuai dan ada jiwa/hati pada kita?

Bila umur yang sesuai untuk kita pasang impian kita? Dan bila impian kita dapat direalisasikan? Untuk persoalan kedua, aku tak tahu. Persoalan pertama, mungkin aku ada jawapanya.
Aku memasang impian mahu jadi seorang saintis, orang kaya, dan popular. Ya, memang buruk impian (popular) tu. Tapi sepanjang aku dalam proses berkembang hingga sekarang, hanya dua sahaja impian aku yang kekal. Saintis dan orang kaya. Sebab tu apabila menonton Ironman, betul2 beri inspirasi. Popular aku tukarkan menjadi manusia yang sederhana sahaja, dan orang lain menghormati aku sebab ilmu aku, bukan pangkat mahupun harta, sama juga aku menghormati orang kerana ilmu dan umur.

Aku tak tahu sekiranya betul apa aku katakan, aku sudah kenal diri aku semenjak kecil lagi. Sebab? Impian aku, dari dulu hingga kini, sama. Dua impian itu. Tidak semestinya aku berbakat dalam dua bidang itu, cuma ia minat dan impian aku.
Dan Mizz Liza pula, impian terbentuk semenjak aku kenal dia di PLKN dulu.
Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum. ^_^

Monday, March 25, 2013

Harta Milik Kita, Bukan Rezeki Kita.

Assalamualaikum!

Ingat entri yang lepas? Aku luahkan perasaan aku. Bahawa aku mahu bahagia. Bahagia di dalam kesedaran yang nyata. Jadi, apa telah terjadi selepas aku menulis entri itu?

Beberapa hari kemudian, aku pergi jusco untuk hantar kereta  kakak aku cuci di carwash. Juco Bukit Raja. Aku pun seperti biasa hantar dan kemudian pergi ke tingkat satu. Lepak di MPH, memang niat aku tak mahu beli apa-apa buku, sebab banyak buku belum aku habis baca lagi. Aku pun termenung ke sana, sini. Lihat buku tanpa ada rasa membeli. Membelek-belek, melihat kak-kak universiti sedang cari buku yang tomel-tomel. Aku pun lepas terokai banyak rak buku (Novel, motivasi, agama dan ilmu perniagaan.)

Aku pun duduk berhadapan rak buku motivasi dan agama. Tengok buku ditingkat paling bawah. Belek punya belek, terjumpa satu buku, judupnya "Mudahnya Menjemput Rezeki" terbitan Galeri Ilmu. Aku baca beberapa muka surat. Orang keliling nak lalu dihadapan aku, aku bagi ruang. (Takkan aku nak buat macam ruang peribadi aku sendiri pulakkan? Hehe)

Aku pun baca, memang betul-betul lain aku dapat rasakan. Jiwa aku menjadi tenang. Baca punya baca, aku pun ambik keputusan, nak beli buku ini, tetapi terdetik di minda aku, cukup ke duit aku nak beli? Sebab aku baru beli topup RM30 dan duit aku hanya tinggal seringgit yang banyak. Aku tak kira jumlahnya. Jadi aku risau tak cukup.

Harga buku itu, RM18. Jadi aku pergi ke bilik air jusco, malu lah beb kalau kira duit kat situ. Hehe. Masa aku pergi ke bilik air itu, aku menangis beb! Tak tahu kenapa beb! Haha. Mungkin sebab perjelasan penulis itu tentang kekuasaan Allah dan rezeki.

Aku pun kira duit itu dalam bilik air, selepas melepaskan hajat. Cukup beb! Tiba-tiba ada duit note RM5, tiga keping! Cukup beb! Kemudian, aku pun pergi beli buku.

Nak tahu apa kandungannya? Nanti aku cerita. Okay, baba! Assalamualaikum!

Thursday, March 21, 2013

Saya comel. Anda pula bagaimana?

Aku nak merepek.

Dalam hidup, aku nak rasa bahagia, datang bahagia dalam hidup aku, maka rasa bahagia lah semua perkara. Apa kita lakukan, semuanya akan baik-baik sahaja, haha! Ini juga entri luahan perasaan. Perasaan ini bukan terpendam, cuma nak dikongsi.

Seronok kalau bahagia itu datang, walaupun aku sedar aku kejar mencari harta di dunia, tapi aku tak tahu bagaimana kesedaran orang alim melihat dunia. Mereka rasa cukup dan mereka bahagia, tapi adakah mengumpul kekayaan itu tidak bahagia? Adakah melakukan perniagaan hidup akan rasa tersempit dengan masalah?

Walaupun aku nafikan pada diri aku, tapi ia tidak dapat beri aku kesedaran tentangnya. Kesedaran itu pada aku penting, dengannya aku kenal makna kata-kata aku. (Sekarang ini aku cuma cakap kosong sahaja) aku tak tahu bagaimana aku mahu jalankan kehidupan sebagai seorang usahawan yang berjaya, sebab aku melihat usaha aku ini tidak cukup. Sudah aku kata, walaupun aku kata perkara betul iaitu, tidak cukup usaha, tetapi tidak beri kesan pada diri aku, sebab aku tiada kesedaran tentangnya. Korang faham, kan?

Jadi apa perlu aku lakukan? Aku perlu happy. Itu sahaja aku fikirkan setakat ini. Biarlah semua perkara baik-baik sahaja.
Babai, assalamualaikum!

Layan Perasaan.

Assalamualaikum!

Kesempatan ini aku mahu beri ucapan TAHNIAH kepada sepupu aku yang cemerlang keputusan SPM. Memang speechless lah. Haha. Aku yang teruja pula. Seorang dapat semua A+, seorang lagi dapat 5A 4B, memang awesome.

Baiklah, dah lama aku tak kemaskini blog ini. Aku bukan apa, aku cuma tiada mood nak menulis, asyik mengelamun sahaja. Entah, ini cubaan katakan, datang dari diri sendiri. Hihi. Aku ada berita gembira. Berita gembira tentang aku, bukan fasal kak aku yang baru kahwin. Mizz Liza tak datang, walaupun sudah dijemput.

Katanya ada program, (aku rasa lah) kemudianlah, aku cerita apa berita gembira tu. Korang akan angguk-angguk sahaja, sebab ia berkaitan proses pembelajaran. Hoho!

Pengakuan.
Sememangnya aku dah ketagih nak belajar, belajar apa-apa sahaja yang mencabar minda aku dan sememangnya perkara yang aku minat. Wah! Melihat kejayaan sepupu, terasa ingin belajar semula dengan cara formal. Aku ingin luahkan perasaan, jadi mohon layan lah perasaan aku ini. Haha!

Baiklah, babai. Assalamualaikum!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...