Wednesday, May 30, 2012

Agamawan Agen Perubahan

Wah sudah lama aku tidak berblog. Bulan jun adalah bulan aku nanti-nantikan. Kenapa?. Sebab mungkin ada pilihanraya. Wah
! Amirul cerita fasal politik lah!. Haha. Relaks di sini aku tidak bantai mana-mana parti. Cukup Ustaz Azhar Idrus yang mengkritik sesiapa yang terasa.

Baik. Ustaz Azhar Idrus. Apa yang ada pada Ustaz Azhar Idrus?. Pendapat Aku. Dia adalah seorang mahkluk Allah yang benar-benar dan individu yang pertama semenjak aku bayi hingga kini adalah manusia yang berani untuk menyebarkan kebenaran dan lantang bersuara. Seorang agamawan yang cukup lantang. Intelektual, seniman, karyawan, budayawan, Ilmuwan, ahli akademi tidak bersuara isu-isu Ustaz Azhar Idrus bangkitkan.

Agamawan seperti ini lah bagi aku sangat bagus. Duduk di tengah-tengah masyarakat yang masih mencari-cari kebenaran dan hala tuju hidup. Lebih bagus lagi jika semua seniman karyawan, budayawan, ilmuwan, ahli akademi, intelektual awam dan agen perubahan bersama-sama dengan Ustaz Azhar Idrus. Pertama kali dalam hidup aku masyarakat mengangkat seorang ustaz untuk memimpin masyarakat dengan beritahu mereka apa yang mereka perlu lakukan dalam hidup berpandukan agama islam.

Ketika ini. Agamawan seperti Ustaz Azhar Idrus telah berjaya menonjolkan dirinya di tengah-tengah masyarakat yang keliru tentang agama. Bagaimana Ustaz Azhar Idrus berjaya menonjolkan diri sehingga sekarang mereka menyambut kedatangan Ustaz Azhar Idrus seperti selebriti?. Ustaz Azhar Idrus berjaya menimbul atau mengubah persepsi belajar agama wajib pada semua orang muslim. Seperti Tony pengasas Airasia mengubah persepsi masyarakat menaiki kapal terbang tidak mahal apa yang disangka seperti slogannya berbunyi "Kini sesiapa boleh menaiki kapal terbang." Ustaz Azhar Idrus ajar mereka agama islam itu mudah dan tidak menbebankan individu. Dan loghat terengganu yang pekat dan berkesan memikat pendengar yang mendengarnya.

Dalam sejarah Ustaz Azhar Idrus yang belajar agama ketika umurnya 25 tahun. Ia mengubah persepsi bahawa menuntut ilmu agama bukannya masa kita kecilsahaja atau untuk jadi alim perlu belajar waktu kecil lagi. lambat atau cepat bukan persoalan. Tapi ditekankan oleh Ustaz Azhar Idrus adalah kesungguhan dalam menuntut ilmu agama. Walaupun tidak pergi ke pondok untuk belajar, asalkan ada guru yang arif tentang agama islam untuk belajar dengannya. Ia inpirasi kepada semua anak muda termasuk saya.  Adanya Ustaz Azhar Idrus buat masyarakat tidak segan untuk bertanya persoalan agama. Pernah saya tonton ceramah ustaz lain yang  memuji Ustaz Azhar Idrus kerana penyampaian dia dalam menjawab isu agama cukup memikat anak muda.

Persoalan di sini. Apa kaitan seorang agamawan Ustaz Azhar Idrus dengan pilihanraya? Adakah Ustaz Azhar Idrus calon di suatu kawasan parlimen atau DUN?. Tidak. Jauh sekali. Tapi sejarah membuktikan. Agen perubahan yang menonjol boleh menumbang kerajaan sedia ada. Seperti berlaku revolusi di iran. Bukan parti lawan perlu menonjol. Tidak perlu saya celoteh panjang. Tunggu dan lihat keputusan PRU ke 13 ini.

Sekian, terima kasih.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...