Tuesday, March 15, 2011

Lesen B full , Temerloh , dan Kejadian Spontan

Assalammulaikum,

Okay, Aku nak cerita selama dua hari iaitu Isnin dan Selasa hari ini.

Pada Isnin,

Pada jumaat 11 Mac 2011, Aku lulus ujian test JPJ (46/50) ALHAMDULILLAH. Pada Isnin aku pergi kelas amali 6 JAM disebabkan aku ambik Kereta dan Motorsikal kena lah 6 jam aku kat sekolah memandu, mula pukul 9.00 pagi sampai 4.00 petang lebih.

Masa mula amali Kereta, Seorang lelaki masuk semua pelajar senyap (sebelum masuk pun memang semua senyap) Nama dia kalau betul Yusof kot..Sudah selesai memasang alat-alat Komputernya, Lelaki bernama Yusof itu memandang semua pelajar. bermula dialog

Yusof: Ok semua, saya akan mengajar Khusus amali selama 6 jam..habis sampai pukul 3 petang ini..ucap Yusof sambil memandang jam dinding."

Pelajar semua senyap dan aku mengangguk tanda faham. Tiba-tiba Yusof membuka langkahnya kearah seorang perempuan yang berada kiri depan aku.

Yusof memandang seketika dan bertanya perempuan itu dengan soalan

Yusof: Kamu indo ke?

Perempuan itu menggeleng kepalanya tanda tidak betul.

Dengan kejadian spontan aku dan pelajar sebelah aku tahan gelak. Tahan sekejap je lepas tu ada orang gelak sambil menahan gelak (korang faham?)

Aku pikir (Siot betul pakcik ini..sedap2 je panggil orang tu indon)

Aku tahan gelak ..perut aku macam nak pecah je time tu..10 atau 15 minit aku menahan gelak (nanti kecik hati perempuan tu kan) ..Masa pakcik itu menghadap badannya kedepan skrin aku bantai gelak nampak gigi tapi perlahan je..masa menghadap para pelajar aku tahan sambil tutup mulut..

Tamabahan ( Dialog tu sebenarnya panjang tapi aku pendek kan, sebab aku kurang ingat)huhu..

Selasa

Selasa hari ini aku pergi Temerloh sebab nenek belah Ayah aku sakit. So, aku pergi..Perjalanan dari KLANG sampai Temerloh 2 jam perjalanannya. Sesudah sampai di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Aku dan Mak aku pergi kHospital dulu, Ayah aku pergi cari kereta.
Dalam pengamatan aku (poyo je..hahahaha) aku tengok Hospital ini besar dan first sekali aku ingat ini Hospital swasta..sebab besar punya pun!!..huhuhu..Pada masa itu juga aku usha Nurse Wanita..Waaahhhhhh!!..cun beb!!..serius!!..Yang kurang cantik jadi cantik,Yang cantik bertambah cantik!!..Aku pelik sebab aku boleh tertarik dengan Nurse Wanita..Aku rasa ini semua pasal Uniform Berwarna Putih diorang pakai..memang cun!!..(Aku bukan bermaksud gatal,ni sebab aku teruja..sebab aku rasa semua Nurse kat Hospital tu semua cun..ni yang bertambah musykhil ini)

Masa kat wad nenek aku..aku tengok Nurse ini baik..jaga orang tua,mesra dan selalu senyum..hehehehe..(Ley buat bini, nanti boleh jaga mak sendiri dan MAK MERTUA apabila mereka tua nanti..HAHAHAHAHA..jahat idea kau ini)..

Apa-apa pun Nenek aku stabil dan nampak sedikit sihat ( Semoga bertambah sihat ye Tok)..

Selasa Bahagian 2


Tadi masa balik Temerloh ke Klang..Aku Tanya Ayah aku..

Aku: Ayah kat sekolah memandu tu,ada motor superbike..itu untuk Lesen B full..

Ayah Aku: Ye....??

Aku: Hhhhhmmm ( tanda pasti)

Aku: Kalau buat B full boleh ayah?

Ayah aku: Buat lah..Nanti kalau ada rezeki terus beli Motorsuperbike tak ada lah buang masa nak ambik lesen lagi.

Aku terkejut sebab ayah aku sokong aku ambik Lesen B full,Sebab lesen B full ini Mahal kan? itu yang aku rasa lah..huhuhuhuhu...lepas tu aku tanya mak aku..

Aku: Boleh mak?

Mak aku senyap je..hahahahahaha..aku faham maksud itu..Tapi lepas tu..Mak aku setuju!!..

Aku cakap Ayah aku, Motorsuperbike ini pakai Clutch..Sebab aku tak pernah tunggang motor yang pakai Clucth..Ayah aku cakap tak pe nanti diorang ajar..lepas tu ayah aku cakap kalau ada Lesen B full semua Motor boleh bawa...Tapi aku masih was-was lagi nak ambik Lesen B Full..

Malam tadi, aku jumpa Pakcik aku "Pak teh". Pak teh aku ini pernah beli Motorsuperbike..Aku cakap kat dia

Aku: Pak teh saya nak ambik Lesen B full ini...

Pak Teh: Bagus lah..Senang nanti..Tak buang masa..

Setelah 20 minit atau 30 minit kemudian aku cakap lagi

Aku: Nanti belajar Motorsuperbike kalau jatuhkan rosak berat pulak tu..dah lah Motorsuperbike tu mahal..

Pak Teh: Tak ada apa..Sebab Motorsuperbike tu diorang sewa dan ada Insuran..Kalau jatuh tak ada apa.

Baru puas hati aku..sebab perkara macam ini bermain difikiran aku..

Motorsuperbike idaman aku...

Ini lah Ducati!!..HAHAHAHAHAHAHA...Macam Anak jutawan je..Harga motor ini sama dengan Harga kereta Toyota Vios..(Betul ke?)

Aku cakap kat mak aku, "Mak tak yah susah beli Nanti nak beli Kereta Satria Neo CPS, Duit tu beli lah Motorsuperbike"

"Tak ada2..Nak beli Motor tu kena guna Duit sendiri..."

Macam Confirm2 dapat je Satria Neo CPS tu..huhuhuhuhuhu....

Mak kalau tak nak beli Motorsuperbike..Hantar meminang kat perempuan ini jadi lah......HUHUHUHUHU...

Tambahan Lagi..

Lesen B Full ini belum Confirm lagi..Nanti esok mak aku jumpa Pak cik Ibrahim..iaitu Pak cik yang menguruskan Lesen aku ini..Apa-apa pun aku teruja nak dapat Lesen ini..

Monday, March 14, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Dah tahan aku kena tunggu FREE TIME ini. Aku nak tengok Filem Hikayat Merong Mahawangsa ini!!..Ramai orang cakap cerita ini "BEST" sebab jalan ceritanya..Hhhhmmm,aku dapat bayangkan. Apa-apa pun aku nak tengok cerita "Buatan Malaysia" ini tak selalu pengarah MALAYSIA buat Filem Epik ini.HUHUHU..

Aku nak tengok!!!!!!!!...

(Aku nak tambah Nilai RM 500 ratus ribu duit KRU Studio)

Tambahan
(Aku rasa kalau Afdlin Shauki bagi bajet RM 100 juta boleh buat cerita macam ini dan lagi pengarah cerita "Setem" itu..(sori tak tahu Namanya) ) Apa-apa pun walaupun aku belum tengok lagi, Aku nak ucapkan Tahniah dan berterima kasih pada KRU Studio untuk mewarnai Filem tempatan..HAHAHAHA..over gitu.. ;)

Sunday, March 13, 2011

Apabila

Aku hari ini,pada saat ini aku nak sambung kerja aku yang tak siap beberapa hari lepas. Tu lah APABILA tidak konsistten membuat sesuatu kerja.banyak kerja akan datang pada hari berikutnya. Ia perlu ditandingi dengan segeranya (hehehehehehe) . Banyak peminat suruh minta sambung huhuhuhu :) (Ooopppsss peminat !!!)... Ok, tak perlu risau wahai peminatku aku akan mnyambungnya sekarang untuk kita sama-sama rasa (feeling).


sila lawati akupunyapasallah.blogspot.com

Thursday, March 10, 2011

Bagaimana Anda Menonton Youtube?

Bagaimana Anda Menonton Youtube?



Kita sering menggunakan YouTube. Untuk menonton klip-klip video lagu yang kita minati, menonton episod-episod rancangan televisyen yang dimuat naik, menonton klip-klip ceramah dan sebagainya.

Namun, pernahkah kita terfikir apakah sebenarnya yang berlaku tatkala kita mengklik pada butang “Play” di laman YouTube tersebut?

Apabila seseorang memuat naik sesebuah video, kemana video tersebut pergi? Apa yang terjadi sebenarnya?

Entri ini merupakan terjemahan kepada entri “This Is How YouTube Works” terbitan laman web teknologi terkenal, Gizmodo, berdasarkan kepada gambarajah yang dihasilkan oleh Time Warner Cable.

Berikut gambarajah yang dimaksudkan. Klik untuk paparan lebih besar:

This Is How YouTube Works - Time Warner Cable

Dalam gambarajah di atas, terdapat dua watak iaitu Mariam (Mary) dan Jefri (Jeff). Situasi yang berlaku adalah – Mariam akan memuat naik sebuah video ke YouTube, dan Jefri akan menonton video tersebut di laman YouTube. Secara ringkasnya, terdapat 3 proses yang berlaku.

  1. Mariam memuat naik video rakamannya (Langkah 1 hingga 5)
  2. Jefri menekan butang “Play” pada video tersebut ketika melayarinya menggunakan laptop di rumahnya. (Langkah 5 hingga 9)
  3. Video tersebut dihantar ke laptop Jefri dan ditayangkan. (Langkah 10 hingga 13)

Saya akan cuba terjemahkan setiap langkah di atas menggunakan Bahasa Malaysia ringkas agar kita dapat sama-sama memahaminya.

Langkah-Langkah

  1. Mariam merakam video kucingnya bermain menggunakan telefon bimbit. Kemudian, menggunakan telefon bimbit tersebut, Mariam memilih pilihan untuk “Upload” (Muat naik) ke laman YouTube.
  2. Telefon bimbit Mariam kemudiannya mengemaskan video tersebut dalam bentuk pakej protokol internet (IP). Kemudiannya, telefon bimbit tersebut akan mengubah kod pakej protokol internet tersebut kepada kod signal radio untuk dihantar melalui signal telefon bimbit.
  3. Pencawang telefon bimbit berdekatan akan menangkap (capture) kod signal radio tersebut, dan mengubahnya kepada kod elektrik berwayar.
  4. Video yang dalam bentuk kod elektrik berwayar tersebut kemudiannya dihantar dari pencawang telefon bimbit, kepada suis dan router dari bandar ke bandar, negara ke negara sehingga tiba ke komputer server YouTube di sesuatu tempat.
  5. Komputer server YouTube kemudiannya menerima kod elektrik tersebut, dan menukarkannya kembali kepada bentuk pakej video. Video tersebut disimpan di dalam server, dan menunggu sehingga seseorang ingin menontonnya.
  6. Jefri membuka Internet Explorer, memasuki laman YouTube, dan membuka URL video yang dimuat naik Mariam tadi lantas menekan butang “Play”.
  7. Laptop Jefri mengubah arahan “Play” sebentar tadi, menjadi kod signal radio WiFi lalu dihantar ke pemancar/penerima WiFi rumah Jefri.
  8. Pemancar/Penerima WiFi rumah Jefri kemudiannya mengubah arahan kod signal radio tersebut kepada kod elektrik.
  9. Kod-kod elektrik itu seterusnya dihantar melalui suis dan router, dari bandar ke bandar, negara ke negara, sehinggalah tiba ke komputer server YouTube.
  10. Komputer server YouTube menerima kod elektrik tersebut dan mengenalpasti arahan untuk “Play” daripada Internet Explorer milik Jefri. Ia kemudiannya memilih format video terbaik mengikut Internet Explorer Jefri, dan menghantar format video terbaik tersebut secara terus (streaming).
  11. Paket-paket video “streaming” tersebut dihantar melalui suis dan router, dari bandar ke bandar, negara ke negara, sehinggalah tiba ke pemancar/penerima WiFi di rumah Jefri.
  12. Pemancar/penerima WiFi tersebut kemudiannya mengubah paket-paket tersebut kepada kod signal radio WiFi, dan memancarkannya kepada Laptop Jefri.
  13. Laptop Jefri kemudiannya menerima (capture) kod signal tersebut melalui WiFi. Internet Explorer pada laptop Jefri kemudiannya menafsirkan kod tersebut kepada video, dan memainkannya di skrin Jefri. Jefri kini boleh menonton video kucing Mariam!

Petunjuk:

Garisan tidak terputus melambangkan saluran internet melalui wayar.

Garisan terputus-putus melambangkan saluran internet tanpa wayar.

Penutup:

Alhamdulillah, kini kita tahu bagaimana YouTube berfungsi! Sungguh canggih teknologi masa kini, yang membolehkan video dikongsi dan ditonton dengan mudah. Semua langkah di atas berlaku dalam masa yang cukup singkat! Dan berjuta-juta kali langkah di atas sedang berlangsung dengan serentak tatkala anda membaca ayat ini!

Inilah kehebatan teknologi. Ayuh, kita pelajari dan fahami teknologi-teknologi ini, agar kita dapat memanfaatkannya, inshaAllah..

Sumber dari: http://me.leokid.my/youtube

Sila-sila lah masuk banyak maklumat boleh diperolehi.. :)

Friday, March 4, 2011

Tak de password

Amin dan Ali mereka berdua adalah housemate. mereka ambil kos yang sama iaitu Jurutera

Pada suatu hari, Amin menghadapi masalah. Komputer dia kena virus jadi komputer itu dibaiki. Amin meminjam komputer daripada Ali.. Ali mengizinkanya atas sebab kawan.
Bila Amin membuka komputer Ali..Amin berkata

Amin: Ali apa password komputer kau?

Ali: tak de password

Amin: ye lah tu..habis tu komputer ni minta password..apa password kau?

Ali: tak de password

Amin: kau cakap betul-betul...aku banyak kerja ni..apa password kau..

Ali: Alaaaaaaaaa, bape kali aku nak cakap tak de password....

Amin: kau ni terdekut betul lah!!..pinjam pun tak boleh terdekut!!

Ali: Sedap2 je,kau cakap aku ni terdekut..Kau tu sebenar tak faham aku cakap!!

Amin: Mane de aku tak faham!!..Kau lah tak faham..aku cakap komputer kau minta password,kau cakap tak de password!!

Ali: ye lah..betul lah tak de password!!

Amin:Habis tu..kenapa komputer kau minta password mangkuk!!

Ali: Kau lah mangkuk!!!..Password aku "tak de password" mangkuk!!

Amin:$@#$%#$%#^#^T#@%^$%^$#^$#!

Thursday, March 3, 2011

Alex ferguson Vs Amirul Mohamed


Amirul: Hello Sir Ferguson..Saya akan beli Kelab ini dengar harga 500 juta pound..

Alex: Hahaha..Awak tak mampu beli kelab ini..

Amirul: Keluarga Glazer tawar hanya 450 juta pound, tapi saya mahu bayar 500 juta pound. Jadi apa yang tidak cukupnya?

Alex: Ye, saya tahu keluarga Glazer hanya tawar 450 juta pound, Mungkin awak terlepas pandang sesuatu..

Amirul: Apa?

Alex: Awak sedang bermimpi..

Amirul: !$@$%^%#^$%^&$&$%^%&$!

Tip Menjadi Penulis Bestseller!


Tip Menjadi Penulis Bestseller.

Aku baru habis baca tadi. Buku ini memang terbaik sebab dari awal sampai keakhir buku memberi apa yang aku nak tahu dalam bidang Dunia penulisan terutama bidang Penulisan Buku Bukan Fiksyen. Best ayat-ayat dia, sebab memang mudah aku faham apa yang disampai buku ini. Lepas baca, Aku skodeng laman web dia tup-tup dia JURULATIH PENULIS BEBAS DAAAAA..

Ni website dia. http://www.zamrimohamad.com/

Hahahaha.. Nanti hujung minggu aku nak buku pasal benda ini lah..huhuhuhu..

Tambahan,

Buku ini aku rasa..Aku macam kat bengkel penulisan kot..

Wednesday, March 2, 2011

Alaksi : Pemerintah Terakhir (Sinopsis)

Sudah sembilan abad peristiwa hitam manusia berlalu. Bermula perang dunia ketiga dan ke empat. Kuasa Nuklear digunakan pada perang dunia ketiga dan pedang digunakan pada perang dunia keempat. Perang dunia ketiga amat lah dahsyat sehingga memusnahkan hampir seluruh tamadun manusia dan teknologi peradaban manusia. Perang Dunia keempat berlaku manusia menggunakan pedang seperti orang-orang dahulu kala. Setelah peperangan dunia berakhir, Manusia bangkit semula dengan membina peradaban yang lebih maju berbandaing oleh nenek-moyang mereka dahulu. Peradaban manusia pada masa ini tidak menggunakan sistem demokrasi tetapi menggunakan Sistem Khalifah. Dunia telah melantik satu pemimpin untuk mentadbir seluruh umat manusia di muka planet dan planet berdekatan dengannya.Alaksi adalah kawasan empayar yang ditaklukinya empayarnya sangat luas.Khalifah telah memerintah selama tujuh abad tetapi Khalifah yang dipimpin oleh Khairul Iman mengalami pengolakan politik dan kurang persefahaman jemaah menterinya dalam mentadbir Empayarnya. Di samping itu, Puak-puak pemberontak telah melancarkan serangan di planet di bawah naungan Alaksi sehingga kini tiga planet telah berjaya di jajah oleh puak pemberontak. Puak pemberontak ingin menawan semua empayar Alaksi dan seterusnya Empayar Galaksi Muhsinin yang ditadbir oleh seorang Khalifah juga. Alaksi mempunyai kekuatan tentera yang lengkap pada masa dahulu tetapi pada pemerintahan Khalifah Khairul Iman telah mengalami pembelotan oleh pegawai-pegawai tenteranya oleh sebab itu dengan mudah sahaja tiga buah planet di takluk oleh puak pemberontak. Galaksi Alaksi berjiran dengan Galaksi Muhsinin mereka adalah rumpun manusia yang sama iaitu nenek-moyang mereka penduduk asal bumi. Galaksi Alaksi mempunyai hubungan akrab dengan Galaksi Muhsinin dengan pertukaran teknologi,ketenteraan,sosial budaya dan lain-lain lagi. Khalifah mempunyai seorang putera iaitu Khairul Ilham yang berumur 83 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki tunggal bernama Khairul Izhar dan nama gelaran dia adalah "The Great Izhar" yang berumur 16 tahun. Khairul Ilham telah berkahwin sebanyak tiga kali. Isteri pertama beliau mengurniakan 3 puteri, setelah isteri pertama beliau meninggal dunia Khairul Ilham berkahwin dengan isteri kedua pada umur 60 tahun. Hasil hubungan dengan isteri kedua beliau mengurniakan 2 puteri, setelah isteri beliau meninggal disebabkan faktor kesihatan. Khairul Ilham berkahwin sekali lagi dan berharap dapat dikurniakan seorang putera untuk mewarisi takhta Kerajaan ini. Khairul Izhar dapat gelaran "The Great Izhar" disebabkan cadangan beliau kepada Ketua Jeneral Angkatan Seluruh Tentera bersekutu Alaksi supaya menghantar Pasukan Elit Komando Gred "A level" terlebih dahulu sebelum menyerang pada sebuah planet secara keseluruhan. Cadangan ini bertujuan mengurangkan kos dan mengurangkan korban dalam peperangan berlangsung.Selain itu,Pasukan Elit Komando Gred "A level" perlu memusnahkan terlebih dahulu semua peluru Perpandu Pintar Kawalan Komputer milik puak pemberontak untuk memudahkan Tentera-Tentera Bersekutu memasuki planet itu. Sebelum itu Planet itu sudah dijajah oleh Puak pemberontak tetapi dengan kebijaksanaan Khairul Izhar cucu kepada Khalifah Khairul Iman telah menyelamatkan Empayar datuknya sendiri. Pada ketika itu Khairul Izhar umur hanya tujuh tahun. Golongan elit amat bangga dengan kebijaksanaan Khairul izhar itu. Kebijaksanaan Khairul Izhar amat di takuti oleh golongan Ultras Anti-Khalifah. Golongan ini telah wujud sejak abad ke lima lagi. Mereka golongan yang tidak suka dipimpin oleh bangsa lain mereka mahukan kemerdekaan untuk berkerajaan sendiri. Tetapi suara mereka mereka tidak didengar oleh khalifah pada zaman itu. Golongan UAK ini pernah angkat senjata untuk menentang permerintahan Khalifah tetapi mudah dipatahkan Pasukan Elit Komando "C level" seramai 115 orang. Pada zaman pemerintahan Khairul Iman mereka tidak menggunakan senjata tetapi menggunakan akal fikiran mereka untuk membunuh semua waris Khalifah.

Sekian,Terima Kasih
(Sinopsis Alaksi:Pemerintah Terakhir)

Tambahan,
(Jika Saudara Azrul Jaini penulis buku berjudul Galaksi Muhsinin membaca Sinopsis ini. Saya ingin menyatakan saya telah membaca buku Galaksi Muhsinin itu Ia sangat menarik,tertarik dan teruja pada saya disebabkan diperintah oleh seorang Khalifah dalam empayar Galaksi Muhsinin itu. Di sini saya ingin menyatakan ini adalah imiginasi saya sahaja dan sinopsis ini adalah gambaran kasar saya. Walau apa-apa sinopsis ini adalah suka-suka sahaja. :)

Tambahan lagi
Mungkin saya nak buat Novel kot..Insyallah..

Tuesday, March 1, 2011

Alaksi : Pemerintah Terakhir

Entah..tiba-tiba je aku rasa nak buat cerita fiksyen walaupun cerita aku ISD (Isteriku Seorang Doktor) belum siap..aku mungkin akan tukar tajuk ni ISD ni sebab tak kena dengan jalan ceritanya..

Kahkahakahakaha !!! (Aku pun tak tahu sebab apa aku gelak..)

Sinopsis cerita Alaksi ini belum siap..sebab ILHAM ni baru je datang beberapa minit tadi sebelum aku tulis di papan blog aku...hikhik..

Hhhhmmm..banyak kerja aku kena buat..aku ni seorang yang kurang disiplin dalam melakukan kerja.. kejap nak buat ni, kejap lagi nak buat itu.. so tak ade keputusan muktamad..

(Jadi nya.. banyak lah kerja terbengkalai..huhu..)

Kena serius Amirul Mohamed!
dalam melakukan kerja anda!
Jadi Contohi pelajar2 yang cemerlang yang pandai menguruskan masa mereka!

(Sekarang pukul 2.09 Am aku tak tido agi..huhuhu..)

Tambahan!
Sesiapa kenal aku tolong tambah kredit blog ni ye.. Alaaaa.. KLIK je iklan NUFFNANG..huhuhu..
Setiap Klik anda Amat lah berharga!
HAHAHAHAHAHAHAHA !!!!!

Amirul Mohamed Blogger yang OK!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...