Saturday, September 8, 2012

Blog Ini Berwajah Baru

Assalammulaikum !

Alhamdulillah. Melihat blog berwajah baru ini, menguatkan semangat untuk menulis. Haha. Sekiranya sekali pandang seperti blog informasi popular yang kita biasa lihat di facebook dengan link URL mereka tersebar secara viral. Baik. Saya telah mengambil keputusan bahawa blog ini kekal sebagai blog peribadi! Yeah, jom tepuk ramai-ramai! HUHA-HUHA! hAh?

Website informasi saya akan bina yang baru dengan modal yang baru.  Website itu saya akan dedahkan perkara yang baru yang orang awam tidak tahu dari segi pendidikan, kesihatan, ekonomi, sosial dan lain-lain yang mungkin akan menjadi kontroversi. Sesungguhnya website itu bukan website politik atau organisasi tertentu tetapi sebuah website memberitahu kepada umum apa yang mereka tidak tahu dan tertipu selama ini.

Dari segi geografi pendedahan itu bukan terhad pada Malaysia sahaja tetapi isu global, cewah ayatnya. Saya akan lakukan kerjasama ini dengan pihak tertentu yang ada autoriti untuk meluahkan pandangan mereka dalam bidang kepakaran mereka masing-masing. Jadi, perkara ini adalah menarik kerana dibincangkan dan diulas oleh mereka yang betul-betul pakar. Sehingga kini saya hanya mengenali seorang sahaja yang perjuangkan bidang kesihatan ini dan sesungguhnya orang itu sangat saya kenali.

Akhir kata, satu fenomena akan berlaku di Malaysia, cewah. Macam orang politik aku berbicara ini. Baik, Assalammulaikum semua! 

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...