Saturday, December 21, 2013

Rancangan Modifikasi Untuk Modenas GT128

Assalammualaikum!

Sudah lama aku tidak mengemaskini blog. Wah! Menghilang diri sekejap. Ceh! Ayat macam retis gitu.

Bukan aku tidak mahu mengemaskini blog, cuma ada masalah sedikit dengan laptop aku. Itu kadangkala mood itu datang dan pergi sahaja apabila mahu menulis. Berbalik kepada tajuk yang asal. Aku tidak lagi modifikasi kapcai aku lagi cuma, itu hanyalah rancangan aku. Antara yang sedang berkira dengan duit mahupun hari mahu dimuktamadkan untuk modifikasi adalah,

-Carb UMA 24MM
-Coil API (Faito 7400)
-Disc Plate 300MM Racing Boy
-Caliper Brek V2 4 PISTON Racing Boy
-Braket GT128 V2 4 PISTON.

Itu adalah senarai SparePart yang perlu dicari. Setelah mencari sendiri dan bertanya kawan2 Rider yang menunggang Modenas GT128. Carb UMA 24MM adalah paling kecil dalam keluarga Carb UMA yang ada, sebab kecil supaya tidak perlu tukar ekzos. Kalau tukar, keluar bunyi perang. Nanti abang JPJ jeling mata, kena saman ekor. Membazir sudah..

Harga untuk miliki SparePart lebih kurang dalam RM2K. Sebab Full Set Brek Racing Boy sahaja sudah RM1300. Carb UMA 24MM RM200++ dan Coil API kawan kata dalam RM70. Jadi lebihan duit itu bayar kepada pomen yang diupah untuk pasang SparePart itu. Kalau sendiri yang pasang memang makan hari la.

Keinginan untuk mengubah Modenas GT128 ini adalah disebabkan aku terkejut pada mula2 menunggang kapcai ini, bila Honda EX5 memotong dengan bergaya dan hensem walaupun meter GT128 kau dah cecah 100KM. Bukan dengki atau benci kepada penunggang Honda EX5. Cuma kepelikan sahaja yang membelenggu dalam kotak fikiran aku. Sebaik sahaja peristiwa itu, dapat pengetahuan dari kawan2 rider tentang GT128 ini. Memang GT128 ini berat motornya dan bukan jenis kapcai yang Speedster. Tetapi bila menunggang ada gaya dan kelas yang tersendiri. Cewah~~

Baiklah, itu saja perkongsian aku setakat ini. Babai.

Assalamulaikum!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...