Friday, October 28, 2011

Apabila tiada ucapan-mu,tiada lagi puisi untuk bicara.

Bila ombak menganas,
Pasir menjadi mangsa

Bila hati terpanah
Mata menjadi mangsa

Hati berharap
Badan menanti

Jiwa kecewa
Akal simpati

Bila bintang menunggu cahaya sinar
Sinar zarah kata tak mahu

Kerna hanya kawan
Sinar-nya tiada untuk-ku untuk tertawan.

Aku tak mahu kawan
Kerna kawan tidak menawan

Aku mahu Kepastian-mu
Membina keteguhan-ku

Bina Menanti Berharap.

....................................................................................

Mungkin berdekad kekecewaan ini,
Mungkin Beradab Kesedihan ini

Tiada akan tukang lawak mengubati
Tiada ubat untuk dirawati

Kerna hanya dia bisa megubati
Bila berkata aku sudi.

Tukang cerita sudah bosan
Tukang kayu sudah reput

Mana satu mungkin aku kembali
Apabila dia ada disisi.

...............................................................................

Cinta ini mungkin bisa munsah
Dek tenggelam zaman

Tetapi puisi ini tidak tenggelam
Dek cintaku pada-mu

Yang Mendalam...........

.............................................................................


Hanya Engkau,ada dalam Kitab Puisi Cinta
Aku yang tulis

Masa akan lenyap Kitab itu
Itu mungkin tiada siapa membaca-nya

Zarah akan hilang
Apabila tiada yang gemilang

Jaga Kitab ini dalam gagapan
Apa yang aku risaukan

Apabila Enngkau tiada dalam bayangan

Fajar wajah-mu yang cemerlang,
Aku yang malang


Rengang senyum engkau itu,untuk siapa engkau jodohkan

Lihat huruf depan sekali itu.Dari H sampai ke R..Itu dia nama Miss Liza Sebenar....

................................................................................................


Wednesday, October 19, 2011

Tertarik Dan Berkata

Assalammulaikum,

Okay,dah lama aku tak update blog ini..huhu..sebab aku lebih cenderung kepada study atau rutin kehidupan aku.Walaupun ade keje perlu lakukan seperti Economic and Computer Application homework aku nak mengupdate sebab ade beberapa hal aku nak ceritakan.

Pertama aku telah bercampur-gaul di sebuah kelas di unisel dengan kawan-kawan Lelaki dan WANITA.aku lebih terttumpu pada wanita.Apa yang aku perhatikan,ada seorang wanita yang agak cun mukanya dan terbaik bentuk badannya.Tingkah laku yang ayu,lembut,pemalu,senyap,pandai bergaya dan pakai tudung.Ia membuat aku tertarik padanya.Tertarik tahap manakah?

Tahap 4..Miss Liza tahap berapa? tahap 20!

haahahhaah..

Setiap kali aku lihat atau memperhatikannya,kadang-kala aku berkata, "Aku nak Miss Liza"..sambil membayangkan wajah PERAMAHNYA itu.Apa aku nak cakap ini,walaupun aku tertarik bagai magnet yang kuat,Miss Liza aku mahu,sebab?

Miss Liza dia itu pandai berkomunikasi dan aku suka WANITA yang pandai berkomunikasi walaupun aku kadang-kala senyap sampai mak aku pernah cakap "Tiada perasaan,kalau orang cakap dengan mirul ini"huhu..sebab time tu aku berangan ke tempat alain atau sedang memikirkan perkara lain.

Apa aku boleh cakap,kalau korang lihat wanita itu yang aku gelarkan dia "Miss N" korang akan cakap "Aku rasa dia lagi cun dari Jessica Alba" :).

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera.

Tuesday, October 11, 2011

WordPress

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera

Okay,Mengenai entry ini,aku dengan senang hatinya aku memberitahu korang Pelancaran blog baru aku!cewah!!macam perasmian SYARIKAT PERDANA je..huhu..

WordPress ini bertujuan untuk luahkan perasaan aku dengan lebih mendalam,blog ini untuk luahkan perasaan,tapi blog ini hanya untuk diari kehidupan dan WordPress mengenai kehidupan sekeliling aku..huhu..Apa-apa pun WordPress perkataan-perkataannya amat mendalam sesiapa yang terkena dengan komen aku..huhu..

Apa-apa pun blog tu,sesuai untuk aku,blog ini sesuai untuk diari kehidupan aku :)..

Linknya rahsia.hehe..sebab?..ada sebabnya..Kalau korang tgk,korang inbox fb aku ye?

Mengenai Miss Liza?
Aku hari itu msg dia..hehe..macam-macam comel-comel lak!..eh?.ayat apa aku guna ni?..hehe..Apa aku boleh cakap,time aku msg dia,kakak-kakak tengah makan kat restoran mak aku pandang aku sebab aku tersenyum-tersenyum sorang-sorang..huhu..

Best ar..macam sweet je..APA-APA PUN DIA LAYAN AKU.huhu..hehe..haha..hihi..hoho.hikhik..hukhuk..hakhak..

Percaya lah,aku sihat hari ini :)..

Sekian Terima Kasih Assalammulaikum :)

Saturday, October 8, 2011

Peluang!

Assalammulaikum,

Aku tak cerita panjang untuk Tajuk aku hari ini,Apa yang aku boleh cakap Terima Kasih Ya Allah!!.Beri aku peluang untuk mencapai apa aku kehendaki.:)

Ia Satu yang mengembirakan aku dan Aku happy melakukannya :)

With Allah All Thing is a Possible.

STPM
(SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA)

Semangat
TEKAD 
PENCABAR
MAJU

Nothing Is Impossible


Monday, October 3, 2011

"Tiru Macam Saya,kata Lagenda"

Aku tak peduli apa yang kau kata......
Kalau aku kata A aku hendak A
Kalau kata 4 maka aku hendak 4

Aku akan hadapi Risiko
Walau secebis semangat

Aku akan hadapi Cabaran
Walau setebal kertas tenagaku

 Semangat akan terbina jika aku Semangat
Tiada halangan...
Tiada Cabaran
Kalau ada Keyakinan...


Apa kau cakap aku lemah?
Tidak!
Aku kurang Kemahiran
Aku terima seadanya pada diriku


Kerna aku tahu,

Penerimaan diriku
Umpama,
Menjadi diriku

Ingat lah,

Untuk Menjadi Lagenda.....
Aku perlu tiru cara Lagenda.....

Sunday, October 2, 2011

Wanita Berpurdah 2 & Cerita Miss Liza

Assalammulaikum

Selama tiga hari aku di Unisel.Aku perasaan seorang wanita yang berpakaian tudung labuh dan berpurdah.Apa yang aku nak cakap,aku suka perempuan berpurdah.sebab?aku rasa mereka sangat menghargai diri mereka.Walaupun Miss Liza tak berpurdah dan Miss Liza memang berasal dari sekolah agama.itu sudah cukup aku terpikat padanya.hehe.Semalam aku sebelum balik,aku pandang Wanita Purdah itu dengan renungan tajam.Pandang je memanjang sampaikan Wanita itu perasan dan tidak selesa. Anak mata sekejap pandang berliar-liar tetapi kadang-kala anak matanya pandang kearah aku.Apa yang aku boleh katakan

"EH2!!,MACAM MISS LIZA LAK!."

Cara wanita itu malu-malu dan nampak tak selesa yang aku pandang dia.Sama seperti Miss Liza time aku buat kat kelas Kenegaraan.Tapi Wanita berpurdah itu,ia berusaha cuba lari dari pandangan mata aku.Apa yang dia buat?!!

Dia tolong kakak FISILITATOR itu mengambil air dan makan ringan beri pada kawan-kawannya dibelakang itu,dengan ini dia lari kebelakang.dan aku tak pandang dah.hehe..Pandang dia ingat Miss Liza. Ingat Miss Liza pandang dia..eh2??!!..tak ar..huhu.."Hipotesis katakan."

Kalau tengok matanya wanita itu,mcm citer Ayat-ayat Cinta.Memang cantik oohhhh...hahaha..just puji..Kalau Miss Liza lak,memang cantik sikapnya ooohhhh....hahahaha..

hhhmmm..Ada beberapa orang yang tahu aku minat Miss Liza,banyak dak Plkn lah,dan sorang membe aku.

Membe2 plkn aku gelarkan Miss Liza ini sebagai Mizz Nina.AHAHAHA..ada sorang member aku ni,kata kat aku,
"Siapa Mizz Nina itu mirul?"

"itu hah,sambil menunjuk kearahnya"

"Yang mana?,yang hitam itu?"

"#$@$%$#%$#^#^"

Time aku naik angin!..tapi biasa2 ar..mungkin dari pandangan matanya lain,pandangan aku lain..huhu..Kalau membe aku jumpa dengan,"mana Mizz Nina kau?"

"hhmm..ada lah tu..hahaha"

aku ingat lagi time kelas Kenegaraan.membe aku yang perempuan ini,minta semua nombor satu kelasnya termasuk aku.time dia bagi kertas itu kat aku..aku cari nama Miss Liza itu,YES,jumpa dan aku ambik fon aku dan taip nombornya.

dan aku ingin msg dia,tapi membe aku cakap

"Mane boleh,nanti dia mungkin tak layan,sebab kau ambik nombornya tanpa keizinan dia"

Aku dapat nombor mungkin sebelum 3 minggu nak balik dari plkn.aku tak msg dia,walaupun ada majalah plkn yang tertera nombornya.aku tak msg dia..aku simpan perasaan itu..simpan..simpan..simpan..aku nak minta nombornya,tapi keadaan kurang mengizinkan.dengan kesabaran aku,

Satu hari sebelum nak balik itu,Jumaat 30 julai 2011,petang itu aku dan membe rapat aku,pergi ke dorm jurulatih,time dengan jalan itu,aku tengah pikir pasal Miss Liza tu,tiba kawan aku ajukan tangannya kearah belakang..dan melihat Miss Liza melabai-labai aku,anak mata aku membesar serta dengan background music sekali..Miss Liza datang kepada aku..Peeerrggghhh..!!..memang syok tul lah time tu..aku pelik macam mana background music hindustan ada sekali dalam keadaan terpegun itu.

Dia bagi aku surat A4 yang tebal.Kertas itu disuruh berikan kepada rakan MC nya.iaitu membe aku gak.
Miss Liza bagi kertas itu,semasa dia hendak melangkah pergi dia berpusing balik dan kata pada aku

"Mir,hari tu kau kata nak fb aku kan?"

"Huh.ye2..(dalam hati ada can ni)"

"Okay2,kau bagi nama kau nanti aku add kau,okay?"

"okay2"

Hahaha..time aku cakap kala-kambut sikit,sebab Miss Liza ada...hhehe..Malam 30 julai 2011 itu dia jadi MC..dalam hati aku cepat ar..habis..cepat ar habis..time nak abis itu!,jurulatih kompeni panggil pulak,wat runsing je..kot2 dia dah naik dorm..time habis perbincangan kompeni itu, aku pergi ke dewan makan cari dia..Yes!..dia betol2..tgh melayan rakan-rakan dia,time melangkah pergi,kawan-kawan dia beredar..Yes,memang betol2..terbaik..

Aku jumpa dia,dia berkata "Mir okay aku MC malam ni?"

aku kata "okay,cuma mircofon tu yang problem"

"Kan!?"kata Miss Liza sambil muka berkerut..

"hah,aku nak fb kau?"

"hah okay2..kau bagi fb kau kat aku?"

"sebab apa?"

sebelum dia nak cakap aku kata."Okay2..aku faham,fb susan nak cari?"(fb Miss Liza sukar nak dicari kerana namanya..kata Miss Liza)

"Hah...tanda mengiakan"

Aku konon2 cari kertas padahal memang tak de kertas.hehe..aku kata pada Miss Liza "Hah,macam ni ar,kau bagi numb kau kat aku ,nanti aku bagi email fb aku kat kau..okay?"

"Hah,okay,sambil mengangguk kepalanya"

Dalam hati bagai Musim kemarau ditimpa Hujan.

"aku pakai digi..kata aku"

"Hah?!digi!!"..muka berubah seperti keadaan marah plus terkejut,seakan-akan tak puas hati aku pakai digi..dalam hati aku,Miss Liza nak msg aku banyak-banyak ni..hehe..tapi mahal lah kan pakai digi..huhu..

Aku kata "takpe,,aku ada pakai Maxis.."..baru turun muka berkerutnya..

"Okay bagi numb maxis"

aku kata "numb ini baru lagi,aku kurang ingat..kau bagi numb kau kat aku..nanti aku msg guna numb maxis"

Miss Liza bagi numb dia kat aku,walaupun aku dah tahu numb dia sejak sekian lamanya..Kiranya cara ini aku mintak izin lah..aku setuju kata-kata member rapat aku tu..

Dia bagi numb dia..aku tekan untuk kompen tu numbnya..memang sah,tertera nama Miss Liza Sebenar pada papan skrin fon aku..aku rasa time ti aku miscall dia.huhu..

Aku dan dia berjalan,berborak sekejap..aku kata "esok nak balik dah"time tu muka Miss Liza seperti bimbang aku lihat,dan aku kata balik "laaaa,,nanti kita boleh jumpa kan?kat jj bukit tinggi?".mukanya berubah,ia tersenyum apabila aku kata seperti itu.

Miss Liza kata "Hah,nanti kita boleh keluar jalan-jalan."

Dalam hati aku,maksud kau berdating ke?

aku hanya tersenyum dia kata begitu..lepas tu berborak kosong,aku melangkah pergi sambil senyum seorang diri..

Itu sahaja,aku ingin cerita mengenai Miss Liza masa di plkn.Okay terima kasih kerana membacanya sampai habis.
Untuk Miss Liza,jaga diri elok di Negori orang itu.

Sekian,Terima Kasih
Assalammulaikum :



Saturday, October 1, 2011

VIDEO OPEN HOUSE RESTORAN SRI HAS

Assalammulaikum,Pada 26 SEPTEMBER 2011,Family aku ada buat Open House untuk pelanggan Restoran SRI HAS.dan diatas sana adalah video yang aku ambil.Jadi tgk ar ye..:)
Assalammulaikum :)

UNISEL & STPM

Assalammulaikum,Salam Sejahtera.

Semalam pukul 1.00 pagi aku balik rumah,balik dari Unisel (Universiti Selangor).Aku belajar di UNIVERSITI sekarang!IPTS!huhu..IPTA atau Study diluar negara insyallah satu hari nanti.huhu.Selama aku di Unisel.apa yang aku boleh cakapkan.aku rasa senang.Kiranya aku tak nervous sangat.Aku biasa-biasa sahaja.Alhamdulillah.Fisilitator okay,semua The Best.NC and TNC memang macam seorang GURU CEMERLANG DI SEKOLAH.sebab?hhmm..Cara mereka berborak dengan kami seperti sudah kenal lama.Selesa lah dengan diorang.

Kebanyakan intake september ini banyak lepasan STPM.so,kalau tanya "ambik apa?" "Pengurusan Industri" "oh,dip kan?" "degree :)". diploma boleh tahan gak. Aku ambik  "Foundation Of Manegement".Senang citer,dulu aku ada tulis kat blog yang aku nak ambik STPM kan?..Keluarga aku,keluarga Pak Lang aku,dan lain-lain melarangkannya.huhu..apa yang aku boleh cakap. Aku faham diorang mungkin ingin aku belajar lebih tinggi.padahal STPM itu pun tinggi gak..huhu..kebanyakan alasan diorang "STPM tu untuk orang non-bumi" "STPM untuk orang tak berjaya spm" "STPM itu hardcore" dan lain-lain.apa yang aku boleh cakap,aku faham.sebab apa aku faham?..aku apa faham apa pemikiran TRADISI yang ada sekeliling dunia family aku,maksud aku kehidupan sekitar hidup family aku. Aku tak salahkan diorang,cuma aku rasa macam kecewa ar,sebab diorang menerima apa sahaja kata-kata Pemikiran Popular ini. Pemikiran Popular ni sebenarnya ikut trend.Contoh "Penggunaan Kad kredit ia satu yang membebankan sekiranya tidak terkawal,tetapi kenapa masih ramai yang menggunakan Kad kredit yang tidak terkawal?" ini contoh yang John C.Mawell. mungkin lebih kurang contohnya itu. Orang ramai beranggap mengambil STPM ini orang-orang yang kurang berjaya spmnya.atau contoh-contoh yang aku berikan di atas. Pemikiran Popular ni apa aku yang boleh cakap,Mereka ini adalah orang-orang yang tidak berfikir secara kritis. itu sahaja. dan pendapat aku siapa yang ambik STPM ini orang hebat.sebab?mereka berani!.mereka ada keyakinan.mereka ada semangat.

Semasa aku daftar di kaunter Unisel.aku duduk bersebelahan seorang lelaki yang berasal P.pinang. aku kata "ambik apa?" "Pengurusan Pentadbiran" "oh,apa dip? "degree" "oh,STPM? "Ye,STPM".Perasaan aku pada tu aku cakap "Wow,hebat nya ambik STPM.".Aku tak pandang sebelah mata sesiapa yang ambik STPM,kerna mereka ini amat pandai sebab apa?

boleh bagi kat aku budak-budak yang pandai-pandai dan suruh mereka duduki STPM.Mereka mungkin ambik kalau tidak ditakluki pemikiran TRADISI. Kalau mereka tak mahu,mereka tak adalah pandai mana.Aku kata disini,STPM ini tinggi Level Study-nya.Kalau mereka betul-betul pandai kenapa mereka tak mahu duduki STPM?sebab mereka dikelilingi Pemikiran Popular.Budak pandai ia tidak takut ambik STPM Kerna?sebab dia tidak ditakluki Pemikiran Popular..disini jelas yang dia seorang punyai Pemikiran Kritis dalam membuat keputusan.dan ini baru betul-betul pandai.

Kepada Pelajar STPM
Kalau korang tanya mereka-mereka yang berjaya diluar sana,apa rahsia mereka berjaya? Kata mereka "Jika saya berusaha,saya akan dapat..Jika saya memberi,saya akan menerima" faham?..tak kisah apa falsafah mereka yang berbentuk pelbagai yang tersirat,mereka tahu apa yang mereka mahukan mereka perlu bermula dengan minda. Mereka akan positifkan minda mereka dan merangsangkan Pemikiran Positif ke arah apa yang mereka mahukan..dan lama kelamaan akan wujud tabiat berfikir Positif,dan wujud Falsafah mereka sendiri

Pelajar-pelajar yang pandai akademik memcabar lagi kepandaiannya.Memang ada,Golongan ini memang belajar dengan ihklas.menuntut ilmu dengan penuh ghairah.menghargai ilmu langit meninggi.dan mereka suka perkara yang mereka tak ketahui,dan mereka ingin mengetahui nya.mereka suka cabaran,mereka sanggup ambil risiko.sebab apa mereka buat semua itu?.."mereka mencari kebenaran"Semangat mereka umpama "Jika mereka ingin menoreh Gunung yang tinggi dan besar dengan tangan mereka,nescaya mereka akan melakukan,jika mereka ingin lakukan.Kalau korang nak tahu siapa kawan-kawan korang ada sifat macam ni..tanya mereka tentang subjek yang mereka anggap Paling susah. dan tunggu jawapan mereka.Kalau mereka kata negatif bukan lah sifat yang di atas kalau mereka kata "Aku rasa memerlukan usaha dan ketekunan pada tahap yang tinggi atau lebih kurang ayatnya atau Positif ayatnya.Mereka adalah golongan itu.
jadi korang berusaha belajar walaupun korang dari STPM.Jika orang menghina anda,mereka sebenar toyol dan bodoh(Pemikiran Popular).Anda seorang hebat.Kalau korang tanya golongan diatas itu apa yang mereka lakukan semua ini?sebab apa? mereka akan kata " Orang pandai bukan dari keputusan akademik,tapi mereka yang menimba ilmu itu adalah orang pandai  dan orang pandai akan menilai kepandaian mereka  apa yang saya boleh buat dengan ilmu mereka ada untuk menyelesaikan sesuatu masalah"

Jadi golongan adalah golongan yang berfikir dari kebiasaan masyarakat umum. Mereka mencari kebenaran dalam sesuatu masalah..Mereka menimba ilmu bukan untuk segulung Ijazah tetapi hanya mengetahui kebenaran yang sebenar.
 Sekian Terima Kasih :)
Assalammulaikum :()

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...