Wednesday, January 16, 2013

Akan Bermula!

Assalammulaikum!

Tengahari tadi baru sahaja aku mendaftarkan diri untuk program dropship. Ya! Program droship! Tahu? Check kat Pak Cik G. Google la. Harga boleh tahan dan aku optimis dalam sebulan aku dapat sekurang-kurangnya 500 ringgit! Baik. Bagaimana mahu membuat jualan di internet. Pada aku ada dua medium jualan di internet.

Pertama Facebook.

Tahun lepas aku ada membaca satu kajian yang dibuat oleh satu syarikat di Malaysia tentang kekerapan pengguna Malaysia menggunakan media sosial Facebook. Tidak silap aku, hampir 13 juta pengguna! Tempoh, aku tak ingat. Kekerapan online menggunakan facebook adalah hari sabtu dan ahad! Ya, waktu begitu memang ramai orang online.

Lagi satu, pengguna Malaysia akan online apabila ada peristiwa besar, seperti kemenangan Piala AFF Suzuki. Ada sahabat aku, post satu isu yang hangat ketika itu boleh berjaya mendapat 20,000 like pada post sahabat aku itu.

Lihat besar ke tidak, pemasaran dalam facebook. Sudah tentu besar! Dan baru-baru ini aku ada baca satu kajian pengguna Malaysia lebih kerap menggunakan perkhidmatan kewangan online seperti Maybank2u, Cimbclick dan lain-lain pada tahun 2012 sahaja sudah mencapai 2 billion ringgit transaksinya!

Kedua menggunakan SEO.

Ya! Perluka website sendiri kemudian upah orang pakar dalam bidang IT supaya memprogramkan SEO. Sebab SEO ini terlalu rumit sekiranya memang tiada asas dalam bidang IT. Aku ini HTML sahaja faham itu pun sedikit sahaja yang faham. Haha!

Itu sahaja kaedah menjual di internet. Lain kali aku sambung. Target paling tinggi dalam impian rasionalistik adalah mencapai 10k sebulan. Baiklah, babai! Assalammulaikum!

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...