Friday, January 18, 2013

Pemasaran Berizin. Buat Jualan Apabila Prospek Setuju.

Apa Itu Permission Marketing?

1 Secara literalnya, Permission Marketing bermaksud
Pemasaran Berizin. Apa bezanya Permission Marketing dengan marketing sedia ada? Adakah Marketing
sekarang tidak berizin?

2 Seth Godin mengistilahkan Marketing tradisional sebagai Interruption Marketing ataupun Pemasaran
Gangguan. Mengapa namanya begitu? PermissionMarketing merujuk kepada teknik-teknik pemasaran
dan pengiklanan yang 'menyelit' danbersaing untuk mendapatkan perhatian anda
dalam kehidupan seharian. Bayangkan bagaimana keadaannya apabila
kita turun ke pusat bandar. 

Iklan mengepung kita kiri kanan depan belakang melalui
pelbagai medium. Video, bahan bercetak danaudio semuanya digunakan. Malah, peranti
peribadi kita seperti tablet dan telefon bimbitturut menjadi sasaran pengiklan. Interruption Marketing
mengganggu kehidupan seharian kita dalam usahamenyampaikan mesej tentang perkara yang hendak
dijual.


Idea ini baru sahaja saya lakukan dengan mengiklankan di produk saya di FanPage user like sebanyak 100k. Jadi saya memberi harga produk, email dan nombor telefon untuk dihubungi. Kemudian apabila mereka sms saya bermaksud mereka berminat. Tetapi apabila saya menghabis baca ebook tulisan Firdaus Ariff katanya Pemasaran Berizin tidak mengasak prospek untuk membeli, tetapi mencapai jualan apabila pelanggan bersetuju/berizin kita menjual pada mereka. 

Dalam keadaan ini mental pelanggan dan kesediaan pelanggan mendengar adalah tinggi. SIlap saya sebelum ini adalah mengasak pelanggan dengan meletakkan harga barang itu. Sepatutnya memberi umpan supaya mereka berminat mengetahui produk saya.

Sekarang saya berjaya menjual! Hehe!

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...