Saturday, January 19, 2013

Mass Marketing Vs Permission Marketing

Assalamulaikum!

Mass Marketing menurut Tuan Firdaus seperti pengiklan yang menyiarkan produk mereka di Tv, Radio, surat akbhar dan majalah. Target pasaran luas, tapi menarik pelanggan membeli produk mereka adalah nasib. Ia seperti memberi sepuluh mata kail, kemungkinan akan dapat dapat lima atau enam sasaran yang tepat.

Itu aku pertimbangkan, mengiklankan produk aku di facebook menggunakan button promote. Kata facebook mereka akan meletakkan iklan aku paling atas news feed. Adakah ia sama dengan Mass Marketing? Sama. Walaupun media berbeza prinsipnya sama seperti papan iklan di lebuhraya. Papa iklan di lebuhraya yang kerap digunakan mungkin dikenakan kadar sewaan yang mahal. Sama juga Personal akaun dengan FanPage akaun facebook, kedua-duanya memberi harga yang berbeza.

Aku keliru, aku mahu menggunakan button promote atau buat sahaja Pemasaran Berizin. Pertimbangan ini perlu waras sebab banyak produk lagi aku perlu jual. Seperti Dropship sahaja sudah ada 300 produk. Produk sendiri adalah Majalah Lama Kreko dan Agen kek buah. Bagaimana?

Sekarang aku perlu pemikiran lateral. Salah satu berfikir pemikiran ini adalah melambatkan membuat keputusan. Apabila kita fikir sedalam dan teliti, kita dapat memilih keputusan yang bijak. Moga begitu, aku perlu bertenang. Sebab perasaan aku sekarang begitu ghairah mahu buat keuntungan.

Sekian. Assalammulaikum!

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...