Monday, January 7, 2013

Esok Mula Misi!

Assalammulaikum!

Esok akan bermula misi aku menjual barang. Perlu menulis ayat memujuk atau ayat promosi yang baik supaya aku dapat menarik duit mereka daripada dompet dengan cara seni! Cewah! Aku menyewa fan page yang ada 100k user like di FB. Dengan itu boleh lah aku menjual barang aku dengan mengikut jadual yang ditetapkan owner page itu.

Dalam kepala aku sudah terbayangkan, walaupun aku ambik sedikit pelanggan daripada seratus ribu orang itu sudah banyak keuntungan aku dapat. Hehe!

20 pelanggan X 30 Ringgit= RM600!
200 X 30 Ringgit= RM6,000!
2000 X 30 Ringgit= RM 60,000!

jeng3! 2000 pelanggan aku ambik hanya, dua peratus sahaja daripada 100k pelanggan di fan page dia. Fan page itu memang niche perniagaan.

Andaikan aku dapat satu minggu 2000 pelanggan, kalau empat minggu bersamaan 1 bulan, aku dapat 8000 pelanggan! Kiranya sebulan keuntungan aku (Darab 30 ringgit) adalah, RM240,000! (Dua Ratus Empat Puluh Ribu Ringgit!) Itu sebulan kalau dikirakan setahun? RM 2880000! (Dua Juta Lapan Ratus Lapan Puluh Ribu Ringgit!) Haha!

Okay, itu cuma imiginasi aku sahaja. Memang SuperNova ataupun HiperImiginasi betulkan? HAHA! Duit dah berjuta apa lagi, jumpa bapa Mizz Liza lah kan. Semoga aku jadi jutawan! Amin! Itu sahaja entri kali ini. Oh ya, aku jual ebook dan harga tak tetap. Apa yang lebih penting perlu dapatkan pelanggan! :D

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...