Monday, January 21, 2013

Kepelikan Yang Luar Biasa.

Assalammulaikum!

Semalam laptop aku ada masalah. Tiba-tiba sistem komputernya menulis papan skrin laptop.

"Komputer anda sedang mengalami proses kemaskini."

Kemudian sebab lama aku menunggu, aku tutup laptop dengan mencabut wayar caj. Bila aku buka balik.
Tiba-tiba sahaja....

Nak tahu apa masalah yang sungguh luar biasa? Panda Internet Sekuriti aku dah tak ada. Aku rasa kena hack ini. Sungguh luar biasa, walaupun ada pelindungan awan, (Cloud Protection). Atau memang sistem komputer aku rosak. Rugi RM100. Sekarang aku fokus mahu beli Kaspersky Internet Sekuriti 2013. Jenama yang paling dipercayai. Sepanjang aku pakai untuk tahun 2012 tiada masalah langsung, semuanya berjalan dengan lancar.

Dalam kepelikan aku yang sungguh luar biasa, aku meneroka kesemua sistem data dalam laptop aku, akhirnya aku kecewa, Panda Internet Sekuriti aku sudah uninstall sendiri tanpa pengetahuan aku. Memang masa tu aku naik hangin! Macam nak hentak sahaja laptop aku pada masa itu. Dan beberapa kali sistem laptop ini jalan begitu lembab macam siput. Beberapa kali aku "buka-tutup" laptop aku ini, akhirnya aku buang firefox,, semuanya okay.

Aku sarankan kepada semua di luar sana, jangan beli Panda Sekuriti, walaupun Panda sekuriti ini ringan berbanding kaspersky, tetapi Kaspersky tidak layan sistem laptop untuk ditendang keluar. Panda sekuriti sungguh loser. Aku sebagai pengguna sangat kecewa. Selepas ini aku tidak percaya dengan Panda, walaupun dia sungguh comel.

Walaupun Panda Sekuriti ada Cloud Protection, aku lebih percayai kaspersky. Lebih percaya dengan jenama Russia. (Aku rasa lah jenama russia.) Sudah, Itu sahaja kepelikan yang luar biasa. Selepas ini aku tak akan layan janji manis abang jual software antivirus, kerana janji dicapati!

Sekian. Terima kasih, daripada pengguna Panda Internet Sekuriti yang kecewa.
Assalamulaikum.

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...