Tuesday, March 15, 2011

Lesen B full , Temerloh , dan Kejadian Spontan

Assalammulaikum,

Okay, Aku nak cerita selama dua hari iaitu Isnin dan Selasa hari ini.

Pada Isnin,

Pada jumaat 11 Mac 2011, Aku lulus ujian test JPJ (46/50) ALHAMDULILLAH. Pada Isnin aku pergi kelas amali 6 JAM disebabkan aku ambik Kereta dan Motorsikal kena lah 6 jam aku kat sekolah memandu, mula pukul 9.00 pagi sampai 4.00 petang lebih.

Masa mula amali Kereta, Seorang lelaki masuk semua pelajar senyap (sebelum masuk pun memang semua senyap) Nama dia kalau betul Yusof kot..Sudah selesai memasang alat-alat Komputernya, Lelaki bernama Yusof itu memandang semua pelajar. bermula dialog

Yusof: Ok semua, saya akan mengajar Khusus amali selama 6 jam..habis sampai pukul 3 petang ini..ucap Yusof sambil memandang jam dinding."

Pelajar semua senyap dan aku mengangguk tanda faham. Tiba-tiba Yusof membuka langkahnya kearah seorang perempuan yang berada kiri depan aku.

Yusof memandang seketika dan bertanya perempuan itu dengan soalan

Yusof: Kamu indo ke?

Perempuan itu menggeleng kepalanya tanda tidak betul.

Dengan kejadian spontan aku dan pelajar sebelah aku tahan gelak. Tahan sekejap je lepas tu ada orang gelak sambil menahan gelak (korang faham?)

Aku pikir (Siot betul pakcik ini..sedap2 je panggil orang tu indon)

Aku tahan gelak ..perut aku macam nak pecah je time tu..10 atau 15 minit aku menahan gelak (nanti kecik hati perempuan tu kan) ..Masa pakcik itu menghadap badannya kedepan skrin aku bantai gelak nampak gigi tapi perlahan je..masa menghadap para pelajar aku tahan sambil tutup mulut..

Tamabahan ( Dialog tu sebenarnya panjang tapi aku pendek kan, sebab aku kurang ingat)huhu..

Selasa

Selasa hari ini aku pergi Temerloh sebab nenek belah Ayah aku sakit. So, aku pergi..Perjalanan dari KLANG sampai Temerloh 2 jam perjalanannya. Sesudah sampai di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Aku dan Mak aku pergi kHospital dulu, Ayah aku pergi cari kereta.
Dalam pengamatan aku (poyo je..hahahaha) aku tengok Hospital ini besar dan first sekali aku ingat ini Hospital swasta..sebab besar punya pun!!..huhuhu..Pada masa itu juga aku usha Nurse Wanita..Waaahhhhhh!!..cun beb!!..serius!!..Yang kurang cantik jadi cantik,Yang cantik bertambah cantik!!..Aku pelik sebab aku boleh tertarik dengan Nurse Wanita..Aku rasa ini semua pasal Uniform Berwarna Putih diorang pakai..memang cun!!..(Aku bukan bermaksud gatal,ni sebab aku teruja..sebab aku rasa semua Nurse kat Hospital tu semua cun..ni yang bertambah musykhil ini)

Masa kat wad nenek aku..aku tengok Nurse ini baik..jaga orang tua,mesra dan selalu senyum..hehehehe..(Ley buat bini, nanti boleh jaga mak sendiri dan MAK MERTUA apabila mereka tua nanti..HAHAHAHAHA..jahat idea kau ini)..

Apa-apa pun Nenek aku stabil dan nampak sedikit sihat ( Semoga bertambah sihat ye Tok)..

Selasa Bahagian 2


Tadi masa balik Temerloh ke Klang..Aku Tanya Ayah aku..

Aku: Ayah kat sekolah memandu tu,ada motor superbike..itu untuk Lesen B full..

Ayah Aku: Ye....??

Aku: Hhhhhmmm ( tanda pasti)

Aku: Kalau buat B full boleh ayah?

Ayah aku: Buat lah..Nanti kalau ada rezeki terus beli Motorsuperbike tak ada lah buang masa nak ambik lesen lagi.

Aku terkejut sebab ayah aku sokong aku ambik Lesen B full,Sebab lesen B full ini Mahal kan? itu yang aku rasa lah..huhuhuhuhu...lepas tu aku tanya mak aku..

Aku: Boleh mak?

Mak aku senyap je..hahahahahaha..aku faham maksud itu..Tapi lepas tu..Mak aku setuju!!..

Aku cakap Ayah aku, Motorsuperbike ini pakai Clutch..Sebab aku tak pernah tunggang motor yang pakai Clucth..Ayah aku cakap tak pe nanti diorang ajar..lepas tu ayah aku cakap kalau ada Lesen B full semua Motor boleh bawa...Tapi aku masih was-was lagi nak ambik Lesen B Full..

Malam tadi, aku jumpa Pakcik aku "Pak teh". Pak teh aku ini pernah beli Motorsuperbike..Aku cakap kat dia

Aku: Pak teh saya nak ambik Lesen B full ini...

Pak Teh: Bagus lah..Senang nanti..Tak buang masa..

Setelah 20 minit atau 30 minit kemudian aku cakap lagi

Aku: Nanti belajar Motorsuperbike kalau jatuhkan rosak berat pulak tu..dah lah Motorsuperbike tu mahal..

Pak Teh: Tak ada apa..Sebab Motorsuperbike tu diorang sewa dan ada Insuran..Kalau jatuh tak ada apa.

Baru puas hati aku..sebab perkara macam ini bermain difikiran aku..

Motorsuperbike idaman aku...

Ini lah Ducati!!..HAHAHAHAHAHAHA...Macam Anak jutawan je..Harga motor ini sama dengan Harga kereta Toyota Vios..(Betul ke?)

Aku cakap kat mak aku, "Mak tak yah susah beli Nanti nak beli Kereta Satria Neo CPS, Duit tu beli lah Motorsuperbike"

"Tak ada2..Nak beli Motor tu kena guna Duit sendiri..."

Macam Confirm2 dapat je Satria Neo CPS tu..huhuhuhuhuhu....

Mak kalau tak nak beli Motorsuperbike..Hantar meminang kat perempuan ini jadi lah......HUHUHUHUHU...

Tambahan Lagi..

Lesen B Full ini belum Confirm lagi..Nanti esok mak aku jumpa Pak cik Ibrahim..iaitu Pak cik yang menguruskan Lesen aku ini..Apa-apa pun aku teruja nak dapat Lesen ini..

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...