Wednesday, March 2, 2011

Alaksi : Pemerintah Terakhir (Sinopsis)

Sudah sembilan abad peristiwa hitam manusia berlalu. Bermula perang dunia ketiga dan ke empat. Kuasa Nuklear digunakan pada perang dunia ketiga dan pedang digunakan pada perang dunia keempat. Perang dunia ketiga amat lah dahsyat sehingga memusnahkan hampir seluruh tamadun manusia dan teknologi peradaban manusia. Perang Dunia keempat berlaku manusia menggunakan pedang seperti orang-orang dahulu kala. Setelah peperangan dunia berakhir, Manusia bangkit semula dengan membina peradaban yang lebih maju berbandaing oleh nenek-moyang mereka dahulu. Peradaban manusia pada masa ini tidak menggunakan sistem demokrasi tetapi menggunakan Sistem Khalifah. Dunia telah melantik satu pemimpin untuk mentadbir seluruh umat manusia di muka planet dan planet berdekatan dengannya.Alaksi adalah kawasan empayar yang ditaklukinya empayarnya sangat luas.Khalifah telah memerintah selama tujuh abad tetapi Khalifah yang dipimpin oleh Khairul Iman mengalami pengolakan politik dan kurang persefahaman jemaah menterinya dalam mentadbir Empayarnya. Di samping itu, Puak-puak pemberontak telah melancarkan serangan di planet di bawah naungan Alaksi sehingga kini tiga planet telah berjaya di jajah oleh puak pemberontak. Puak pemberontak ingin menawan semua empayar Alaksi dan seterusnya Empayar Galaksi Muhsinin yang ditadbir oleh seorang Khalifah juga. Alaksi mempunyai kekuatan tentera yang lengkap pada masa dahulu tetapi pada pemerintahan Khalifah Khairul Iman telah mengalami pembelotan oleh pegawai-pegawai tenteranya oleh sebab itu dengan mudah sahaja tiga buah planet di takluk oleh puak pemberontak. Galaksi Alaksi berjiran dengan Galaksi Muhsinin mereka adalah rumpun manusia yang sama iaitu nenek-moyang mereka penduduk asal bumi. Galaksi Alaksi mempunyai hubungan akrab dengan Galaksi Muhsinin dengan pertukaran teknologi,ketenteraan,sosial budaya dan lain-lain lagi. Khalifah mempunyai seorang putera iaitu Khairul Ilham yang berumur 83 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki tunggal bernama Khairul Izhar dan nama gelaran dia adalah "The Great Izhar" yang berumur 16 tahun. Khairul Ilham telah berkahwin sebanyak tiga kali. Isteri pertama beliau mengurniakan 3 puteri, setelah isteri pertama beliau meninggal dunia Khairul Ilham berkahwin dengan isteri kedua pada umur 60 tahun. Hasil hubungan dengan isteri kedua beliau mengurniakan 2 puteri, setelah isteri beliau meninggal disebabkan faktor kesihatan. Khairul Ilham berkahwin sekali lagi dan berharap dapat dikurniakan seorang putera untuk mewarisi takhta Kerajaan ini. Khairul Izhar dapat gelaran "The Great Izhar" disebabkan cadangan beliau kepada Ketua Jeneral Angkatan Seluruh Tentera bersekutu Alaksi supaya menghantar Pasukan Elit Komando Gred "A level" terlebih dahulu sebelum menyerang pada sebuah planet secara keseluruhan. Cadangan ini bertujuan mengurangkan kos dan mengurangkan korban dalam peperangan berlangsung.Selain itu,Pasukan Elit Komando Gred "A level" perlu memusnahkan terlebih dahulu semua peluru Perpandu Pintar Kawalan Komputer milik puak pemberontak untuk memudahkan Tentera-Tentera Bersekutu memasuki planet itu. Sebelum itu Planet itu sudah dijajah oleh Puak pemberontak tetapi dengan kebijaksanaan Khairul Izhar cucu kepada Khalifah Khairul Iman telah menyelamatkan Empayar datuknya sendiri. Pada ketika itu Khairul Izhar umur hanya tujuh tahun. Golongan elit amat bangga dengan kebijaksanaan Khairul izhar itu. Kebijaksanaan Khairul Izhar amat di takuti oleh golongan Ultras Anti-Khalifah. Golongan ini telah wujud sejak abad ke lima lagi. Mereka golongan yang tidak suka dipimpin oleh bangsa lain mereka mahukan kemerdekaan untuk berkerajaan sendiri. Tetapi suara mereka mereka tidak didengar oleh khalifah pada zaman itu. Golongan UAK ini pernah angkat senjata untuk menentang permerintahan Khalifah tetapi mudah dipatahkan Pasukan Elit Komando "C level" seramai 115 orang. Pada zaman pemerintahan Khairul Iman mereka tidak menggunakan senjata tetapi menggunakan akal fikiran mereka untuk membunuh semua waris Khalifah.

Sekian,Terima Kasih
(Sinopsis Alaksi:Pemerintah Terakhir)

Tambahan,
(Jika Saudara Azrul Jaini penulis buku berjudul Galaksi Muhsinin membaca Sinopsis ini. Saya ingin menyatakan saya telah membaca buku Galaksi Muhsinin itu Ia sangat menarik,tertarik dan teruja pada saya disebabkan diperintah oleh seorang Khalifah dalam empayar Galaksi Muhsinin itu. Di sini saya ingin menyatakan ini adalah imiginasi saya sahaja dan sinopsis ini adalah gambaran kasar saya. Walau apa-apa sinopsis ini adalah suka-suka sahaja. :)

Tambahan lagi
Mungkin saya nak buat Novel kot..Insyallah..

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...