Friday, April 20, 2012

Kritikan Karya Diari Mat Despatch Edisi Patah Hati Karya Bahruddin Bekri.

Assalammulaikum.

Bagaimana dengan tajuk di atas. Bunyi seolah keras. Ini adalah kata kunci terbaik untuk bidang pemasaran online :D. Saya hanya bergurau senda sahaja disini. hehe. Siapa lah saya mahu kritik penulis mapan seperti Bahruddin Bekri. Saya menulis disini bagi menerang kepada diri saya dan anda (Yang mungkin mahu tahu) tentang karya saya sebut di atas.

Karya Diari Mat Despatch Edisi Patah Hati ini adalah karya untuk remaja. Kenapa saya membaca?. Ini kerana saya telah menghubungi Editor Senior Rafiza Rahman di bawah syarikat PTS One iaitu anak syarikat PTS. Saya bertanya kepadanya adakah karya di bawah syarikat PTS One ini perlu mengikuti Tenik Surah Yusuf.

Jadi Saudari Rafiza Rahman ini cadang kepada saya membeli buku terbitan PTS One sebagainya rujukan. Jadi saya pun membeli dua buah buku terbitan PTS One. Iaitu Diari Mat Despatch Edisi Patah Hati dan Diari Mat Kilang: Dari Mersing Ke California karya  Ahmad Fairoz Daud. Terus terang buku remaja pertama saya baca dalam penglibatan saya dalam dunia pembacaan serius. hehe.

Penulisan ini adalah mengulas Teknik Surah Yusuf dalam karya Diari Mat Despatch Edisi Patah Hati.


Pertama.

Secara keseluruhannya, cerita mengenai watak utama seorang pemegang Ijazah Ekonomi. Bekerja sebagai Mat Depatch. Dirinya dikelilingi pelbagai masalah. Apa yang menarik. Saya yang masih baru dalam dunia penulisan melihat binaan plot dalam karya nampak semulajadi. Tiada campurtangan penulis (Mungkin ada) kerana penggeraknya adalah sebab dan akibat. Walaupun pelbagai masalah dihadapi. Tetapi sebab dan akibat dalam binaan plot sungguh mesra alam.hehe.

Kedua. Ejaan.

Ada kesalahan ejaan. Mustapa Awal pada mulanya tertiba Mustapa Kamal. Muka surat 70.

Ketiga
Watak wanita. Wanita cantik dalam itu (tidak perlu saya sebut nama watak itu) tidak dinyatakan bentuk muka,bibir,hidung,mata dan sebagai bagi mengambar kecantikan wanita itu. Ini adalah ketetapan utama dalam Teknik Surah Yusuf dan saya fikir Bahruddin Bekri berjaya mengolah cerita dengan bagus dan menarik.

Keempat. Tempat.
Dalam karya ini,tidak ada dinyatakan secara terperinci mengenai pejabat,rumah dan tempat-tempat lain. Ia hanya nyatakan "Balik rumah" tetapi rumahnya tidak diterang. Saya mula baca fikir rumahnya setinggan. Tetapi selepas tamat pembacaan rumah dua tingkat. Dalam Teknik Surah Yusuf teknik realisme tidak ditekankan. TSY tidak menekan secara terperinci latar tempat di dalam karya. Jadi sesiapa mahu menulis menggunakan teknik ini latar tempat di marikh pun boleh kita tulis  :D.

Kelima.
Bahasa Melayu Tinggi. Dalam watak kanak-kanak bahasa digunakan juga dalam Bahasa Melayu Tinggi atau (BMT). Perkataan "Tuhan" apabila berdialog digunakan bagi permahaman kanak-kanak yang dibualnya. Tetapi watak utama berkata pada dirinya sendiri perkataan "Allah" digunakan kepada orang dirinya sebagai orang dewasa. Dalam teknik Surah Yusuf "Bahasa Melayu Tinggi" adalah syarat paling utama. Walaupun kanak-kanak berumur lima tahun dalan boleh bercakap pergunaan Bahasa Melayuu Tinggi wajib digunakan.

Keenam
Binaan plot yang bagus berjaya memberi mesej yang banyak perumpamaan dan anologi mungkin juga berfalsafah. Meletakkan watak utama seorang yang jahil berfikir (walaupun lulusan universiti) dengan sudut pandangan pertama. Membuat sekalian pembaca merasa pemikiran Bahruddin Bekri berjaya masuk dalam minda mereka. Kenapa begitu?. Bagi saya sudut pandangan pertama lebih dekat dengan remaja seolah-seolah dirinya sedang membaca kisah orang lain dan apa lebih ilusinya karya Bahruddin Bekri dalam sebuah "Diari" menarik lagi pembacaan mereka.

Ketujuh.
Say senyum seorang apabila watak utama dalam karya sangat jahil cara berfikir. Elemen kejahilan watak utama yang tidak pandai berfikir itu adalah hak Bahruddin Bekri kerana adalah watak ciptaannya untuk mengembangkan plot. Tetapi bagi saya satu kritikan sosial yang bagus kepada Mahasiswa yang bangga menerima ijazah tetapi jahil secara berfikir.

Kelapan.
Ini mungkin kali kedua selepas novel remaja pertama yang pernah baca tetapi tidak pasti apa tajuknya. Novel buat saya ketawa sehingga berguling-guling kalau boleh dan ketawa sekuat hati tetapi sudah larut malam kerana kesian orang lain tidur. Saya jadi tidak keruan kerana membaca sesuatu sambil perut menahan gelak, ia saya boleh terima tetapi jarang saya lakukan. Bagi saya memang lucu watak utama ini.

"Kesembilan"
Dalam Teknik Surah Yusuf dialog perlu banyak dari ayat naratif. Tetapi dengan sudut pandangan pertama yang tidak lewah dan dialog dengan yang baik dan juga naratif yang seimbang. Memang indah saya melihatnya. Saya tidak tahu kenapa dalam jiwa saya seolah-olah membaca kisah yang saya rasa indah dan sering ketawa membacanya. Saya tidak pasti.

Kesepuluh.
Saya menerima ilmu baru. Bahruddin Bekri mengisi pemikiran dari binaan plot dan menyalur melalui dialog dan plot . Sebelum ini saya sering menggunakan dialog meletakkan pemikiran saya. Tetapi dengan perhatian saya teknik dalam karya ini memberi sesuatu pencerahan kepada saya untuk menulis dengan lebih bagus lagi.

Sepuluh sahaja saya dapat berikan. Saya mula mempelajari sesuatu. Saya memang suka mendapat ilmu dari karya yangs serius. Tetapi karya ringan seperti ini saya juga dapat. Bagaimana?. Saya buka sekadar membacan sahaja tetapi saya membaca dengan dapat sesuatu. Ya. dapat sesuatu. Jadi dengan karya terbitan PTS One ini boleh saya menghantar sinopsis dan bab awal kepada Editor Senior Rafiza Rahman untuk buat penilaian. Saya bukan bijak menulis,tetapi saya perlu menulis. :D.

Assalammulaikum :D.
 
P/s: Kesilapan mungkin paling besar dalam hidup aku adalah aku panggil Editor Senior Rafiza Rahman itu dengan panggilan saudara. Hehe. Aku sebenarnay tidak sabar mahu mendapat kerya Rich Dad, Poor Dad edisi bahasa melayu!. :D

2 comments:

  1. sekarang ni pun sy mmg byk baca novel PTS, untuk melihat teknik penulisan. Secara jujurnya saya mula tertarik dengan teknik penulisan mengikut standard BMT. Ia sangat baik sebenarnya. Novel PTS yang buat saya ketawa guling2 hari itu ialah "Che Timah Cermin". Saya terfikir hendak menghantar karya sulung saya...hehehe!!! psstt...boleh pinja tak novel "Diari Mat Despatch" ni....Ain Maisarah pun bagus kan???

    ReplyDelete
  2. Bagus Cikpuan Atie. Saya pun bercadang mahu hantar manuskrip penuh ke PTS. Sebab mereka mengamalkan BMT dan patuh syariah. Memang ya novel PTS seperti BB ini berjaya menarik jiwa saya untuk menulis dalam BB dan syariah.

    Diari Mat Despatch hilang entah kemana. Haha. Biasalah buku bersepah sebelum almari buku dibeli. Hehe. Novel Ain Maisarah saya tidak beli dan baca. Hoho, sebab belum melekat pada jiwa saya. Maaf ya, Cikpuan Atie. Hehe.

    ReplyDelete

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...