Sunday, April 22, 2012

Penulisan Blog

Assalammulaikum.

Saya mahu buat blog peribadi kedua. Blog ini adalah catatan serius. Saya kira blog kedua ini adalah berani mati. Catatan dalam blog itu mungkin akan melibat perkara-perkara yang serius. Politik,Isu semasa,pandangan saya dan sebagainya. Blog ini bertujuan mencatat segala karya saya di situ.

Saya mula menyedari kepentingan selepas saya membaca buku Tips Penulis Bestseller karya Zamri Mohamad. Blog boleh bikin jadi buku kerana blog melatih kita menulis dan berkongsi kepada orang ramai ia mewujudkan kredibiliti penulis di dunia maya.

Jadi saya mula fikir mahu miliki blog yang serius. Seperti bloh Abang lufti yang saya kira serius walaupun penulisan penyampaiannya santai. Blog ini saya sayang mahu gunakan untuk tujuan khusus saya. Kerana semua tajuk adalah sungguh peribadi disini. Banyak kisah cinta saya tulis di sini. Jadi Blog memang untuk tujuan peribadi.

Saya mula berfikir. Jika saya ada blog yang serius dan mula karya di situ. Siapa mahu membacanya?. Saya kurang pasti fasal perkara ini. Saya melihat blog-blog yang serius tiada "Follower" mereka. tetapi pageview mereka sungguh mengujakan saya.

Penulis seperti itu bagus dalam membina kredibilitinya dalam penulisan dunia maya. Saya berpendapat saya mahu lakukan apa mereka lakukan. Tujuan utama saya adala melatih diri dalam pelbagai penulisan di blog tersebut.

Itu sahaja.
Assalamulaikum

P/s: Saya akan maklumkan kepada anda semua apabila blog saya maksudkan itu sudah ada dan bersedia untuk anda membacanya. :D

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...