Wednesday, April 11, 2012

Petikan Hati (Puisi)

Siapa antara kalian
mahu tahu sesuatu perkara?

Mari sini,ada satu rahsia dan jenaka
kebarangkalian pun ada celaka.

Di bumi kalian dan saya pijak ini
Ada rahsia.

Bahasa saya dan kalian
Dibelakangkan
Gasang si celaka mahu kemajuan.

Di kotaraya kalian mahu
sesuap nasi
Ada jenaka.

Para raja di kota raya
Mahu kalian bersamanya
Untuk mengkayakannya.

Bukan raja sultan
Raja pemodal.

Tidak kenal erti kemanusiaan
Hanya kerna di rasuk kapitalisme.

Mati kalian beribu keluar kilang
Ciptaan tiada idealisme.
Bersiap siaga bersama raja.

Hanya sesuap nasi seperti kalian.
Payungan mereka sahaja kalian itu harapkan.


Apa untuk celaka?
Tiada.
Hanya kebarangkalian.

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...