Thursday, December 20, 2012

Sebuah Perjuangan Kecil-Mengapa Aku Pilih Jalan Ini?

Assalammulaikum!

Baik. Terus terang aku katakan, bahawa aku yang pilih jalan ini (Jalan yang dianggap pelik dan bodoh) untuk menduduki peperiksaan STPM. Keluarga aku memaksa aku selepas pengumuman keputusan SPM 2010 supaya menyambung pengajian di universiti. Tapi, aku tidak mahu. Sebab aku mahu capai cita-cita aku. Aku dapat rasakan, ketika itu dalam buat keputusan itu, aku rasakan seperti apa aku mahukan ini bukan milik aku. Seperti takdir tuhan sudah tetapkan bahawa aku tidak boleh ambil aliran sains.

Memang rasa putus asa, memang ada rasa itu, aku tidak nafikan. Tapi, bagaimana aku terus percaya dalam pilihan aku itu? Dalam sejarah, usahawan dunia. Seseorang usahawan itu menjadi jutawan apabila mereka bertahan apa jua situasi berlaku pada mereka. Dalam masa yang sama mereka mencari jalan. Jalan itu akan membawa mereka keluar daripada masalah. Aku bakal keluar sedikit masalah ini pada tahun depan dan minggu ini (22,12,2012)  apabila aku mula belajar silibus STPM ini.

Berbulan-bulan aku buntu mula januari hingga oktober 2012. Aku betul-betul rasa membazirkan masa. Boleh bayangkan aku tidak mula belajar, dan aku rasa tidak ada apa-apa dalam dada. Setiap malam aku menangis, kerana aku tidak puaskan hati mak aku.  Mak aku suruh aku sambung belajar, dia amat risaukan aku. Dia takut aku miskin, dia takut aku tidak dapat kahwin dengan anak dara orang. Semuanya sebab AKU TIDAK SAMBUNG BELAJAR!

Aku berusaha sambung belajar ke kolej dengan kursus Pra-Diploma Sains. Tetapi gagal. Aku cuma tidak cukup syarat. Aku tidak ada sains tambahan, walaupun sains aku A. Aku tidak merayu. Sebaliknya aku teruskan usaha aku itu. Untuk maklumat, aku bekerja dengan mak aku, dan kumpul duit sedikit demi sedikit, untuk menampung pembelajaran aku. Aku terima sahaja.

Mak aku bukan tidak mampu membelanjakan sebahagian duitnya untuk pendidikan aku. Cuma mak aku tidak setuju apa aku mahu buat sekarang. Aku faham apa makna ilmu. Aku menuntut ilmu sains, bukannya aku mahu jadi jurutera supaya aku jadi kaya dan kehidupan terjamin seperti anggapan semua orang. Aku mahu menuntut ilmu Fizik Teori dan Matematik Tulen. Aku mahu selesaikan masalah LOA. Ya. Law Of Attraction atau Hukum Tarikan.Ini penting. Sebab apa penting!

Biarlah rahsia. Perkara ini sesuai aku berdebat dengan orang yang faham tentang LOA. Sesungguhnya aku menuntut ilmu ini tidak menjaminkan aku jadi kaya mahupun menjadi jejaka ideal untuk menarik anak dara diluar sana, seperti mana diharapkan mak aku. (Sekali lagi aku kecewakan mak aku). Sebab itu aku menjadi seorang yang pelbagai. Sesetengah orangnya melihat ia awesome. Itu bukan matlamat aku menjadi seorang yang awesome, cuma dalam kehidupan ini, kita perlu tahu apa keghairahan kita pada sesuatu dan kita mesti punya lakukan  perkara itu!

Aku seronok jadi diri aku, walaupun aku banyak kekurangannya. Usah kita takuti ancaman atau keliruan masa depan. Takuti diri kita sendiri. Sebab ia musuh utama ada dalam diri. Mengapa? Mesti klise kan ayat itu?  Mudah sahaja, terus terang aku takut subjek Bahasa Inggeris, tetapi secara realitinya Bahasa Inggeris itu hantu ke atau jembalang? Bukan kan? Tapi mengapa kita gelisah dan takut pada Bahasa Inggeris? Sebab aku tidak yakin dan aku takut akan diri aku tidak berjaya menjawab soalan kertas BI. Jadi rakan-rakan aku di universiti mahupun kolej, jangan takut pada diri kita. Teruskan! (Doa yang sama untuk aku, terutama subjek BI. Amin)

Setiap manusia mesti ada impian atau cita-cita. Tetapi,  kita mengejar mesti berpandukan pada keghairahan atau keseronokkan kerja kita lakukan, bukan bersandarkan cita-cita kita. Sekian, terima kasih kerana membaca celoteh aku!

Assalammulaikum!




No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...