Sunday, December 23, 2012

Cuba Kita Fikir Bersama.

Semalam rakan saya memberitahu bahawa dia sedang giat menulis sebuah buku untuk bangsa Malaysia. Walaupun katanya dia tulis ini bukan bersifat politik kepartian, tetapi apa yang ditulis itu adalah tanggungjawab dan rasa bimbang dirinya pada rakyat Malaysia yang mudah ditipu. Saya terdiam sejenak apabila dia berkata pada saya dalam perbualan kami di telefon,

"Amirul, you cuba fikir, bagaimana pelajar lepasan peperiksaan awam di Malaysia yang banyak dapat A semua bodoh dan jahil tentang kehidupan mereka? Mereka seolah tidak berfikir dan tidak kemampuan untuk berfikir. Malah lebih teruk pendidikan di Malaysia ini semakin teruk, sebab mengapa? Sebab lepasan guru-guru di maktab tidak berkualiti!"

Nota: Ayat diatas mungkin tidak sama apa yang diucapkan oleh rakan saya itu, tapi mungkin maksudnya sama.

Perkara itu sudah lama saya fikirkan. Tentang pendidikan dan kemampuan seseorang berfikir. Apabila saya membaca buku"Why We Want You To Be Rich" tulisan dua jutawan hebat dunia. Saya tertarik tentang penjelasan Donald Trump tentang Groupthink. Iaitu mereka yang mengikuti kumpulan tertentu dalam kehidupan mereka, atau lebih jelas, seperti seorang pengembala kambing yang memberi arahan kepada kambing-kambingnya. Seseorang yang berjaya dengan IQ kewangan tidak mungkin akan terikut-ikut pada mana-mana grup atau kumpulan. Sebab itu mereka kaya.

Cuba kita fikirkan, apabila seorang cikgu berkata tentang impian, mereka galakkan anak murid mereka berjaya dalam bidang akademik, supaya memiliki kereta besar, rumah besar, jawatan besar, isteri besar, dan lain-lain yang besar. Tidakkah kita fikir juga, cikgu itu seorang punyai ilmu dan berjaya dalam bidang akademik, sekiranya tidak bagaimana dia boleh jadi seorang guru! Tapi mengapa cikgu tidak miliki kereta besar, rumah besar dan semua yang besar-besar?

Cerita cikgu dan seorang pelabur yang dinyatakan oleh saya memang berbeza, tetapi pandangan kedua-dua itu sangat relevan.

"Memang pelik, apabila seorang pelabur memandu kereta BMW ke Wall Street, mendengar seorang penasihat kewangan yang menaiki kereta api bawah tanah ke tempat kerja."

Nota: Lebih kurang begitu maksud Robert.

Seperti Donald Trump dan Robert Kiyosaki bimbang tentang masalah pengurangan golongan kelas menengah di Amerika. Rakan saya bimbang golongan pendidikan semakin mengecil di Malaysia berbanding golongan cemerlang dalam akademik yang sedang mengembang saban tahun.

Nota akhir: Tolong guna otak.

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...