Monday, December 3, 2012

Cita-cita Di Hati

Assalammulaikum!

Sudah lama aku tidak mengemaskini blog ini. Dalam bulan november sahaja baru tiga entri sempat aku mengemaskini, itupun meluahkan perasaan yang telah lama terpendam dalam bentuk kiasan. Kiasan ker? hehe.

Jadi di bulan dua belas ini, aku mahu bercerita sedikit lah apa yang terasa di hati ini. Cewah, macam filem cinta gitu. Haha! Terus terang aku tidak ada teman wanita! (Amirul aku dah tahu kau tak ada teman wanita sebab kau tu botak, cerita lain boleh tak?) Okay, cerita lain. In shaa Allah, aku akan sambung belajar lagi! Yeah! (Di mana amirul?) Di rumah aku lah der! (Haaaahh!!!!!???)

Itu lah jawapan selalu aku dapat, mereka selalu akan tergaman dan seakan tidak percaya (yang aku ini hensem gila habis lah) hehe. Tidak percaya yang aku ini mahu sambung belajar di rumah. Ala, ambil STPM saja kot, bukannya aku ambil A-level. Huhu.Oleh demikian, aku telah dapat semula guru kegemaran aku. Hahah. Guru ini pernah mengajar aku matematik, kini akan mengajar aku dalam bidang fizik (cewah ayatnya)

Keputusan aku buat ini, merisaukan keluarga aku, mereka memikirkan masa depan aku, mereka takut aku tidak mampu menyara keluarga, yela kan nak bagi makan apa anak dan isteri, kalau tak belajar dan kerja makan gaji dengan gaji kecil. Okay, aku faham, tapi aku percaya, rezeki daripada Allah, bertenang saja, simpan duit kamu dan dadah itu percuma. Wah! Faham tak maksud aku tu? (Jangan salah faham ya!) hihi.

Aku ada cita-cita. Tak salah aku kongsikan cita-cita aku. Dalam hidup aku, aku mahu menjadi manusia yang pelbagai dalam menguasai bidang ilmu, biar lama asalkan dapat.Yeah. Antara ilmu aku nak adalah,

1. Agama.
2. Fizik.
3. Matematik.
4. Falsafah.
5. Muzik.
6. Pengarah Filem.
7. Pelabur dan Usahawan.
8. Penulis Sastera dan Popular (Mengikut kehendak pasaran)


Bidang yang buat aliran duit dalam menyara hidup aku adalah nombor 7. Ya. Sekiranya aku sudah mahir dan mantap pun dalam segi ilmu daripada nombor 1 hingga ke nombor 8, aku tetap bekerja dalam bidang nombor 7. 1 hingga 8 adalah pekerjaan yang menyeronokan, jadi tak kan aku nak biarkan perkara yang seronok terlepas begitu sahaja? Dalam mengapai semua cita-cita ini, aku sekarang mengerakan impian nombor 2 dan 3. Impian nombor 1 itu aku sedang usha Pondok Al-Hidayah di bukit tinggi klang. Ada pengajian separuh masa beb! Itu yang aku berkenan sangat itu. Pada mulanya kata mereka, mengaji kitab dalam bahasa jawi, tertelan air liur baca syaratnya, sekali aku tanya, boleh masuk kalau tak faham dan eja. Kiranya orait dah.

Impian nombor 4 pulak, merealisasikannya adalah membaca, baca buku apa sahaja, dan aktiviti itu akan dijalankan apabila aku berfikir mencari wisdom (hikmah) dalam sesuatu kejadian. Yeah, ia aktiviti yang menyeronokan, lebih menyeronokan kalau jumpa member yang kepala falsafah juga. Impian nombor 5, aku merealisasikan dengan menyertai muzik jalanan, aku join group ini supaya basic alat muzik lain dapat aku belajar juga, kiranya sambil menyelam itu minum air lah. hehe.

Impian nombor tujuh pulak, masih merangkak-rangkak, pembacaan dan bengkel perlu aku hadiri di Kuala Lumpur selepas aku menjalankan blogwalking yang menawarkan kursus bursa saham atau pelaburan hartanah. In shaa Allah, buku sudah beli sedang proses membaca, bengkel atau seminar belum pernah hadir lagi dalam seumuar hidup aku, (aku rasa lah)

Dan impian nombor 8! Ia sudah direalisasikan! Hahaha! (Amirul mana karya kau? Kata sudah direalisasikan!) Begini cerita, selepas aku balik dari PLKN, aku mula menulis puisi, sedang meneroka dunia penulisan itu aku dapat tahu yang Dewan Bahasa Dan Pustaka ada menganjurkan Minggu Penulis Remaja, perrgghh, syarat nak masuk perlu berjaya menyiarkan karya mana-mana penerbit kot, aku kata pada waktu itu, hebat lah! Lepas itu berangan dapat masuk MPR dengan jemputan surat dari DBP.

Kononnya jelah sebab nak masuk MPR ini kena hantar borang kot, mana ada surat tawaran daripada DBP (Fikir aku pada waktu tu) Sekali beb, masa bulan dua belas, aku terima surat daripada DBP, ayah aku bagi surat tu, binggung juga lah akan tertera nama aku di situ dengan logo DBP tu, sekali baca dapat surat tawaran DBP tu!!! Aku baca sekali surat tawaran, kemudian tampar pipi aku kuat-kuat, baca balik baru aku melompat riang! Siap ayah aku tanya "Amirul karya kau hantar itu kau ciplak mana-mana tak?" kau tengok sampai ayah sendiri aku tak percaya aku dapat, dia bukan rendahkan bakat aku, cuma mahu kepastian saja, peerrghh (bakat beb)

Itulah terjadi, akhirnya aku berjaya ke dunia penulisan selepas tamat MPR, cewah. Haha.  Yang akhirnya, nombor enam masih statik tidak bergerak. In shaa Allah, Allah akan bagi jalan untuk aku ke jalan itu. Menjadi pengarah filem adalah satu pekerjaan yang mulia seperti menulis, filem mengerakan gambar atau visual, jadi kesannya lebih hebat kepada penghayatan penonton. Haha!

Itu lah, aku terus terang cita-cita aku, walaupun bergerak sedikit, tapi bertenang, rasailah dunia ini, dan segalanya perlu perancangan.

Assalammulaikum!

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...