Sunday, November 4, 2012

Berubah Atau Mati?

Aku mahu luahkan sedikit perasaan aku,

Aku ada tabiat kurang elok iaitu aku perlukan sokongan dari keluarga. Pada pendapat dan prinsip aku tidak mahu tetapi dari sudut hati nun jauh mahukan sokongan keluarga. Sebab aku nak nampakkan diri aku ini matang. Dan terjadi ego disitu. Aku rasa diri aku anak-anak kecil yang mempunyai dada besar tapi penakut. Haha. Aku terima diri aku.

Senang cerita aku perlu keluar dari zon selesa dan hadapi perkara baru, aku tidak pasti bagaimana masa depan diri aku ini, berubah atau mati? Itu persoalan aku, dan persoalan itu masih belum muktamadkan sehingga kini. Berubah atau mati?

Tabiat diri aku, aku mahu semua perkara cepat berlaku, apabila aku study, aku mahu cepat tahu, itu bagus dan sangat aku suka tabiat aku itu, tetapi bagaimana dengan bahasa? Bahasa pada aku, ia bukan cepat persoalan dia, tetapi kekerapan kita gunakan dalam rutin seharian, tetapi tabiat aku mahukan cepat menyebabkan aku berputus asa dalam usaha mempelajari bahasa inggeris mahupun bahasa arab.

Bahasa inggeris sudah tentu aku kena kuasai, tapi bagaimana pula bahasa arab? Sebelum aku mati, aku mahu baca kitab hadis atau apa-apa kitab agama dalam bahasa arab, nilai tambah pada diri aku, aku tahu aku berusaha merebut ilmu Allah. Itu sahaja. Itu aku perlu fikir, berubah atau mati?

Dalam niat aku solat, aku tidak ikhlas sembah pada Allah, sebab dalam setiap solat aku mesti ada secebis perasaan mahu meminta sesuatu daripadanya. Adakah aku ini dikira membodek Allah? Aku rasa setiap kekurangan diri aku, aku sukakannya sebab aku tahu dan sedar. Tapi apa tindakan aku untuk menyelesaikan masalah ini? Ini bukan masalah kewangan yang dihadapi majoroiti masyarakat Malaysia, ini masalah diri atau tabiat. Aku mahu hidup dalam bahagia, dengan akhlak baik berpandukan islam dan Allah menyayangi aku.

Kalau orang kata mana impian aku, aku kata mahu jadi ahli fizik, sedangkan impian aku lebih besar kebahagian yang diberikan oleh Allah. Aku tidak tahu sampai bila aku akan dapat kebahagian atau aku mengejarnya. Sebab aku tahu kebahagian itu sungguh tenang walaupun kita kerja angkat sampah, sebab kita bahagia dalam kehidupan dan segalanya cukup belaka, Antara nilai 400 billion dolar dan kebahagian, aku memilih kebahagian.

Sekian, terima kasih.
Assalammulaikum!

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...