Tuesday, July 9, 2013

Restoran Dan Hartanah,

Assalamualaikum!

Kali ini aku mahu cerita fasal Restoran dan Hartanah. Mengapa restoran dan kenapa hartanah? Dua bidang ini adalah berbeza dalam subjek perniagaan, Restoran perniagaan yang menjalankan perkhidmatan makanan, dan hartanah, perkhidmatan ruang perniagaan dan perumahan.

Keluarga aku miliki restoran, sememangnya kalau memiliki restoran dan berbisnes, semua usahawan mahukan keuntungan yang maksimum. Tetapi sekiranya kita tidak endahkan untuk memaksimumkan keuntungan, banyak cashflow akan keluar untuk pusing modal dalam perniagaan. Salah satu beban aku nampak dalam restoran adalah kita perlu bayar sewa kedai. Ya. Sewa kedai akan semakin meningkat, itu pasti.

Usaha mengabungkan Restoran dan hartanah akan meningkatkan nilai aset dalam perniagaan kita. Secara tidak langsung kita memilih ruang kedai yang sesuai untuk bisnes kita. Dalam pelaburan hartanah, lokasi adalah satu perlu diambil kira, sekiranya salah pilih lokasi, tiada siapa mahu menyewa tapak hartanah kita, sebab sukar memperolehi pelanggan di sekitar itu.

Memilih hartanah yang Hot ini banyak kaedahnya, tapi aku bukan mahu cerita tentang kaedahnya, aku mahu cerita tentang idea, Restoran dan hartanah. Kalau aku memiliki hartanah sendiri, kemudian aku buka restoran, dengan hasil keuntungan itu aku bayar pinjaman kepada pihak bank, kemudian lama kelamaan, hartanah itu menjadi milik aku.

Selepas hartanah sudah jadi milik aku, aku sudah bebas dari liabiliti perniagaan yang besar. Dan fokus cashflow untuk kegunaan lain. Tapi bagaimana pula bisnes restoran sekadar persimpangan jalan sahaja?
Mudah, cari penyewa, menyewa hartanah kita!

Tapi bagaimana pula hartanah aku itu tiada siapa mahu menyewanya?
Mudah! Sebelum kita beli hartanah, pasti kita akan cari hartanah yang senang dan menjadi tumpuan orang ramai. Jadi fikir semula, adakah bisnes restoran mengalami kerugian disebabkan lokasinya tidak strategik? Tanpa mengira faktor servis restoran dan makanannya.

 Bisnes restoran boleh aku ringkaskan adalah.

Chef yang tepat, makanan sedap.
Sistem pengurusan betul, servis yang mantap.
Kekal restoran itu, apabila memiliki hartanah!

Apa-apa pun ini pendapat aku sahaja, semenjak aku kira cashflow dan mengakaunkan (Secara asas) pembelanjaan kredit dan debit restoran mak aku.

Tapi idea restoran dan hartanah sudah lama bertapak, contohnya, Mcdonald. Kita boleh lihat Mcdonald ada tapak khas untuk restoran mereka. Tanda mereka bukan sekadar melabur dalam bisnes restoran tetapi dalam bidang hartanah. Restoran mereka menjadi rujukan kepada para pelabur hartanah untuk membeli hartanah di sekitar dan berdekatan restoran Mcdonald.

Sekian. Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...