Sunday, September 2, 2012

Cinta: Perkara Sama, Tapi Rasa Berbeza.

Assalammulaikum !

Entri aku pada malam ini mahu mengulas fasal CINTA. C.I.N.T.A-XPDC!

Cinta Pada Allah-Rasa Berbeza.
Cinta Pada Rasul-Rasa Berbeza.
Cinta Pada Manusia-Rasa Berbeza.

Apa yang berbeza dalam konteks ini? Tahap.

Aku merasa tahap ini walaupun tidak ke puncak rasa cinta itu. Setiap kategori pula isi cinta itupun berbeza.

Cinta Pada Allah-Sungguh Manis.
Cinta Pada Rasul-Manis Lazat.
Cinta Pada Manusia-Manis.

Oleh demikian. Kenapa dan mengapa aku mencintai manusia aku dibuai perasaan Rindu. Bila aku mengambil sekeping gambar yang menenangkan perasaan ombak rindu ini, perasaan rindu itu lenyap tapi masih membuak-buak. Kenapa ia muncul perasaan rindu itu? Adakah mungkin Cinta aku pada Allah  tidak ditahap paling tinggi sehingga aku tidak rindu setiap kali aku mahu solat?

Memang ya. Tidak perlu aku mengulas lebih. Cinta itu berputik apabila disentuh tangan-tangan halus. Bukan halus apa kau sangka, halus rupawan manusia!

Kerana itu cinta itu buta dan cantik itu subjektif. Begitu juga kita melihat dunia. Setiap pandangan dan pengalaman kita berikan adalah subjektif kecuali kita mencerap apa yang ada disekitar kita.

Contoh aku berikan. Dimana kita berada, perasaan rindu pada suatu tempat yang memberi kenangan pada diri. kesan itu mungkin datang dari pengalaman atau pandangan kita yang terperam di minda. Lalu memberi luahan rindu atau kasih yang kita sudah meninggalkan atau meninggalkan sesuatu tempat. Contoh PLKN. Kesan pada jiwa (rindu) itu ada datang dari manusia. Kita berbual, bersuka ria, bersosial dan kita makan bersama, tidur bersama, mandi bersama. nakal bersama, solat bersama dan sebagainya.

Apabila kita bertanya pada bekas pelatih PLKN apa yang mereka rindu. Mereka akan memberi pelbagai pendapat, pandangan atau pengalaman mereka sendiri tentang PLKN  dan tidak tertinggal ialah tempat atau kem PLKN itu sendiri itu paling terkesan.

Sama seperti manusia yang bercinta. Kita rindu orang jauh sebab, rindu mahu dengar suara mereka, rindu dengan sikap mereka dan lain-lain tetapi yang paling terkesan ialah wajah, susuk tubuh atau rupawan mereka. Itu berlaku pada aku.

Melihat wajah TSO, kesan gambar itu membawa ke  dunia khayalan yang nun jauh di sana.

K, babai.
Assalammulaikum !

2 comments:

  1. Cinta tak kan kemana.. Kejarlah Cita-cita dulu.. Baru lah kejar cinta... Yang penting.. Agama mesti teguh.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, terima kasih kerana membaca entri saya. Ya, saya setuju pendapat anda wahai Crew Fathi.

      Terima kasih! :DD

      Delete

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...