Wednesday, June 27, 2012

Pisang Belakang.

Kassim melangkah kecil sambil perhatikan kenderaan Mescedes Benz, jarang-jarang ditemui di negara kotor ini. Tanpa peduli pisang goreng paling sedap di negaranya di tepi jalan. Walaupun gerai usah menjual goreng pisang boleh roboh dengan tolakan satu jari. Pemiliknya kaya, tapi hanya memandu motor automatik untuk meniaga di kawasan bandar.

Siseh pisang yang tidak disusun dampil hanya mengalaskan lantai kotor. Meloya tekak Kassim. Keadaan itu tidak memutuskan pelanggan setia pisang goreng pontianak ini. Sudah kotor gerainya, nama pisang pula menakutkan. Berkerut dahi Kassim adakah memakan pisang goreng pontianak ini, pada malam hari dirinya akan menghisap darah manusia?

Sangkaan Kassim mungkin betul. Semalam Kassim melihat peniaga pisang goreng pontianak ini mencantas buah pisang di belakang gerainya yang ditutupi zink. Seperti zink untuk pembinaan. Walaupun satu pokok pisang sahaja yang ada, pokok pisang itu menghasilkan buah yang banyak. Sah sangkaan Kassim pisang pontianak ini ada sumpahan keramat.

Walaubagaimanapun, pelanggan setia pisang goreng pontianak tidak menghiraukan keadaan kebersihan gerai atau nama pisang yang menakutkan. Sehingga ada pelanggan menangkap gambar sebagai kenangan, sedang Kassim tidak sempat untuk mencengkak pinggang ala-ala action kamen. Kerana Kassim bangga ada pelanggan baru yang teruja mengambil gambar gerai pisang goreng pontianak walaupun kotor dan menakutkan. Tetapi itu tidak sempat, kerana Kassim mahu melangkah pulang ke rumah melalui gerai pisang goreng pontianak berhampiran dengan gerai Kassim sendiri. Hanya meneduh gerainya dengan payung merah dan kain biru yang selalu digunakan kontraktor cat.

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...