Thursday, February 23, 2012

Tawaran Dewan Bahasa Dan Pustaka

Assalammulaikum.

Berita ini sudah lama cuma aku baru ingin memberitahu kepada korang apa yang berlaku beberapa hari lepas.Pada 10 Febuari selepas aku keluar dari bilik aku sebab aku ingin pergi ke Restoran mak aku,ayah aku memberi aku satu sampul surat,lalu aku melihat dengan teliti.Apa yang aku lihat ialah sarung surat rasmi dari DBP (Dewan Bahasa Dan Pustaka).Jadi aku macam pelik sebab apa surat dari DBP hantar ke rumah aku,siap tulis nama aku lagi.Aku berfikir DBP baca blog aku ke sampai hantar surat untuk betul tulisan bahasa melayu dalam blog aku.Haha.Jadi aku pun buka lah sampul surat rasmi DBP itu dan aku terkejut gila sambil tangan aku mengigil memegang surat rasmi DBP itu sebab aku diterima undangan DBP untuk menyertai Minggu Penulis Remaja.DBP mengatakan aku ada potensi dalam bidang sastera ini selepas mereka meneliti karya Puisi aku di Majalah Dewan Siswa.

Aku menghantar tiga Puisi kepada editor Majalah Dewan Siswa.

1) Wahai Ilmu
2) Saintis Terunggul
3) Kitab Puisi Cinta

Puisi aku yang berjaya adalah Wahai Ilmu.Kitab Puisi Cinta ini mengenai Cinta.Korang nak bace?!..HAHA..nanti2 ye..huhu..

Pada mulanya aku tidak tahu menahu yang karya Puisi aku telah berjaya disiarkan oleh Majalah Dewan Siswa.Maklumat ini pun editor Majalah Dewan Siswa aku bertanya padanya.Jadi apa yang aku boleh kata disini aku amat bersyukur sekali kerana bakat aku ada dalam bidang penulisan ini.Program Minggu Penulis Remaja ini terhad kepada 30 orang sahaja,pada esoknya aku pos guna perkhidmatan Pos EXPRESS memang betul esok sampai.Dijamin sampai.(Memang sampai pun).

Jadi untuk korang yang ingin membaca Puisi aku yang telah berjaya disiarka di Majalah Dewan Siswa ini,ini link nya,Puisi ini telah dipotong kerana ini dari Majalah Dewan Siswa Online.

Majalah Dewan Siswa November 2011

Jadi disini,secara kesimpulannya aku rasa diri aku betul-betul dihargai.

OK itu sahaja
Assalammulaikum..:)

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...