Sunday, November 13, 2016

Gumballisme dan Amazing Gumballisme.

Assalamualaikum.

Hari ini, hari lahir aku. Rasa pelik juga. Sebab aku sudah makin membesar, maka tanggungjawab ada, malah makin bertambah. Apa aku mahukan ialah, mahu menulis kembali seperti dulu. Blog juga agak lama tidak dikemaskini. Jika aku terus menulis pasti, boleh menjanakan pendapatan aku.

Waktu sekarang, adalah masa untuk tidur. Disebabkan aku kerja petang. Maka selalunya lambat aku masuk tidur. Layan siaran Cartoon Network, "Amazing Gumball" (Mungkin betul tajuk series itu) Apa seronok tentang Gumball ini? Aku geli hati dengan telatah dia. Seorang tanpa ada perasaan malu. Sering juga dia menimbulkan masalah.

Aku cadang kehidupan seperti Gumball. Bukan pada segi sikap yang tidak tahu malu. Tetapi bebas berfikir. Bebas berfikir, maka kita bebas melakukan hal-hal bertentangan norma kehidupan. Cuba kita fikir tentang manusia selalu berselfie? Mengapa mereka berselfie? Apa mereka mahu tunjukkan? Lebih ironi, jika bukan kalangan "Public Figure"  atau "Artis" atau juga "Personaliti", mereka ada beribu pengikut dan peminat. Tetapi mereka tidak menyumbang apa-apa kepada masyarakat secara khususnya.

Tidak memberi input. Jika "Artis" ada aktiviti seni mereka. Mereka tidak ada apa-apa sumbangan. Aku merujuk golongan "Non Public Figure". Selalunya mereka ini ada gambar mewah atau menawan diletakan di media sosial seperti Instagram. Aku kurang pasti, mereka yang menjadi "follower" tetapi jika ada gambar bertentangan dengan norma kehidupan mereka. Mereka mengecam dan menghina. Ironi sungguh!

Apa aku boleh berikan (Baca:Gelaran) kepada golongan ini adalah, mereka adalah Gumballisme. Gumballisme adalah bermaksud, mereka suka membuat perkara secara tersendiri. Tidak menganggu orang lain. Mereka ada follower dan peminat dengan gambar seksi ataupun gambar yang mewah, yang orang biasa tidak dapat miliki. Hakikatnya, mereka tidak menimbulkan masalah. Cuma pengikut mereka ataupun kuasa viral di media sosial.

Follower yang tidak berpuasa hati, akan tersebar kisah ataupun gambar golongan Gumballisme ini. Kita boleh perhatikan, setiap minggu ada sahaja kisah yang diviralkan. Dari tips yang bermanfaat hingga kisah rumahtangga dan kisah di jalanan. Ia seumpama gosip petang-petang yang selalu kita lihat dalam drama. Makcik-makcik yang duduk di kaki lima berbual tentang khabar angin melandai di kampung.

Selalu yang mengecam dan menghina (Jika tidak setuju) akan berakhir dengan fitnah. Mereka mengecam dan menghina apa yang mereka terima tanpa menunggu maklumat dari pihak lain atau pihak yang sepatutnya memberi kenyataan. Maka aku gelarkan mereka ini "Amazing Gumballisme" Ini kerana sikap Gumball yang ego dan somboing. Kadangkala tidak mahu mengalah benda kecil. Ia tidak memberi makna apa gelaran pada anda, ia cuma gelaran yang terlintas di benak fikiran. Aku menonton series Gumball dan sekarang aku masih belum letih untuk tidur.

Kesimpulannya, golongan ini ada baiknya menyebarkan berita yang sahih dan berinfomasi seperti "Tenaga Fusion" atau "Fusion Power" . Boleh lihat apa itu 'Fusion Energy di sini


Sekian. Terima kasih.



No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...