Friday, June 20, 2014

Cerita Selepas Lama Tidak Kemaskini Blog

Assalamualaikum!

Sudah lama aku tidak mengemaskini blog ini! Selain malas dan komitmen kerja yang banyak, laptop lama aku pun bermasalah juga! Jadi dengan ada laptop baru ini, harap akan mengemaskini blog sekerap yang mungkin! Oleh demikian, aku mahu bercerita sedikit tentang kehidupan aku yang mula menceburkan diri dalam dunia kesibukan! hehe. Sebelum ini tak lah sibuk sangat.

Bangun pagi pergi kerja, kemudian gerak ke restoran. Cek barang, kemudian pesan ke pembekal. Selepas itu, aku pergi ke Pasar Borong, beli barang yang dipesan oleh pekerja. Siap semua itu, aku pulang. Duduk kedai, ambil pesanan pekerja.

Mula-mula itu boleh kita buat, tetapi selepas kita sudah buat kerja ini berulang kali, memang rasa bosan. Baru aku faham mengapa ada setengah pekerja di dunia amnya dan Malaysia khususnya, akan beralih ke dunia perniagaan. Memang banyak masa dan duit boleh buat dengan kerja yang sedikit. Kata Robert Kiyosaki itu leverage. Maksudnya" Lakukan benda yang sedikit untuk dapat hasilnya banyak!"

Contohnya begini, Ada sebuah kapal untuk bergerak perlu ada dayung, kalau begitu, perlukan ramai anak dayung diperlukan. Adakah itu memerlukan kos yang besar! Jadi mereka hanya guna layar! Menggunakan tenaga yang sedikit untuk mendapatkan hasil yang banyak! Jadi nampak tidak!

Baiklah, itu sahaja perkongsiannya!
Assalamualaikum!

1 comment:

  1. Thx .. dpat skit pngajaran dari snii

    ReplyDelete

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...