Wednesday, October 30, 2013

Khalifah Vs Bayangan Dajjal


 Assalamualaikum.

Tajuk diatas merujuk karya novel saya. Sejujurnya saya tidak buat lagi draf pertama pun, sebab semua idea disimpan dengan baik di dalam kepala.  Bila mula menulis itu belum ada kata putus lagi. Sebab, banyak kajian lagi perlu diteliti untuk memberi kesan konflik yang kuat dan emosi.

Idea ini pernah dibincang dengan kenalan saya, lepas mula membentangkan idea ini, mereka ada gelak dan ada yang tidak percaya apa yang saya cakap. Tidak mengapa, yang penting karya ini memang terbaik, sebab apa terbaik, saya selalu berfikir dan terus berfikir. Jarang sikap saya berfikir secara konsisten untuk sebuah idea kasar. Bayangkan bila bangun tidur sudah berfikir plot-plot karya ini, itu belum masuk tidur. Kadang-kadang saya lewat tidur disebabkan asyik berfikir tentang hal ini.

Karya lebih menjurus fiskyen islam. Kalau genre selalu banyak fiksyen cinta dan fiksyen sains. Ini menumpu kepada fiksyen islam. Ya, sebuah karya yang direka khusus untuk islam. Ia bukan cinta islam, kahwin islam, atau lain-lain. Fiksyen islam menyentuh semua aspek dalam islam. Ia bukan juga mengenai seorang belajar agama islam perlu sekolah di pondok, ada juga belajar islam dengan guru dan sekolah formal, semua ada perbezaan dan kesamaan dalam menuntut ilmu. Itu saya mahu lakukan. Saya mahu lakukan watak-watak karya ini pelbagai dan berbeza perangai mereka. Bukan maksud saya cerita islam yang ada watak baik vs watak jahat, akhirnya (Happy Ending) watak jahat itu bertaubat.

Apa mahu saya buat, watak jahat memberi kesan kepada pembaca bagaimana mereka berubah. Berubah dengan seorang watak istimewa. (Bukan watak istimewa seperti tanah kubur, apabila jumpa Pak Adi dengan watak jahat mesti watak jahat itu mati) Ia lebih kepada itu. Setiap bab dalam novel itu, watak istimewa ini berjumpa pelbagai jenis manusia. Watak jahat itu berjumpa watak istimewa ini dengan pelbagai sebab mereka jadi begitu. Ia sesuatu yang kompleks dan beremosi.

Senang cerita, karya ini mebentangkan kepada pembaca tentang harapan ulama, insan, muslim, kristian, Hindu, Budhha, dan lain-lain yang dipimpim oleh seorang Khalifah.Khalifah yang menghadapi cabaran yang getir bila berhadap dengan Bayang Dajjal.

Sekian, terima kasih.

Tujuan entri ini ditulis adalah, saya menjemput mana-mana ahli agama yang sudi bekerjasama dengan saya. Boleh hubungi saya melalui email: amsrihas87@gmail.com
Bantuan ahli agama ini supaya saya tidak tergelincir dalam memahami dan mengarang karya ini. ^_^

No comments:

Post a Comment

Rakan Amirul Mohamed Berkata..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...